Tarikh Penting IPO Di Bursa Malaysia: Proses, Jadual & Case Study Lengkap

Loading...

Memahami tarikh penting IPO di Bursa Malaysia adalah langkah wajib bagi mana-mana pelabur yang ingin memohon saham IPO dengan lebih berkeyakinan dan teratur. Setiap penyenaraian mempunyai jadual yang telah ditetapkan — bermula daripada tarikh prospektus diterbitkan, tarikh permohonan IPO dibuka dan ditutup, tarikh balloting, tarikh kredit saham ke akaun CDS, hinggalah ke hari penyenaraian rasmi.
Apabila pelabur mengetahui semua tarikh penting IPO ini lebih awal:
Bagi pihak syarikat pula, penetapan tarikh penting IPO ini memastikan setiap proses memenuhi syarat regulatori daripada Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC), sekaligus menjadikan proses penyenaraian lebih lancar dan teratur.
Untuk Newbie yang masih tak faham apa tu saham IPO boleh baca Disini:Apa Itu IPO Atau Saham Terbitan Awam?
| Fasa | Julat Masa Biasa | Apa Yang Berlaku |
|---|---|---|
| Penyediaan & pra-pemasaran | Minggu – bulan | Syarikat siapkan prospektus & lantik penasihat |
| Prospektus diterbitkan | 2–4 minggu sebelum buka permohonan | Jadual indikatif (Indicative Timetable) diumumkan |
| Pembukaan permohonan | Hari 0 | Pelabur boleh mula apply IPO |
| Penutupan permohonan | Hari 5–10 | Tarikh akhir hantar permohonan |
| Balloting & peruntukan | 1–3 hari selepas tutup | Proses undian & pembahagian unit |
| Notis peruntukan | Hari sama / hari seterusnya | Notifikasi berjaya atau tidak |
| Bayaran balik | 1–3 hari bekerja | Refund untuk permohonan gagal |
| Hari Penyenaraian | 3–10 hari selepas allotment | Saham mula didagangkan di Bursa Malaysia |
Ini adalah fasa paling panjang. Antara kerja yang dibuat:
Fasa ini memastikan syarikat betul-betul bersedia untuk menjadi syarikat tersenarai.Proses ini besar dan mahal.
Sebab itu tak semua syarikat mampu ke IPO.
Dokumen Paling penting dalam penyenaraian IPO
Dalam prospektus ada Info-info penting seperti:
Apabila prospektus diterbitkan:
Inilah dokumen rujukan paling penting untuk pelabur.
Pelabur bijak baca dan kaji prospektus terlebih dahulu sebelum apply.

Download kat sini,Teknik nak analisis Prospectus:Panduan Pelabur Bijak:Elak Terperangkap Permainan Halus Promoter IPO
Baca Selanjutnya nak tahu kat mana nak cari Info berkenaan IPO Baru:Cara Cari Prospektus IPO Baru
Pada hari ini:
Permohonan biasanya dibuka selama 5–7 hari.
Tips Untuk Pelabur:
Tarikh akhir hantar permohonan.
Permohonan lewat automatik akan direject.Kalau terlepas — peluang habis.
Jika IPO ‘hot’ dan mendapat permintaan tinggi:
Untuk IPO tertentu, allotment diberi keutamaan kepada kategori tertentu mengikut prospektus.
Apa yang berlaku pada hari ini:
Permohonan yang tak berjaya akan dapat refund(duit dipulangkan semula):
Hari yang dinanti-nantikan pelabur dengan penuh debaran,lagi-lagi yang dapat Lot gajah tu:
Harga naik atau turun selalu nya bergantung kepada:
Baca Lebih lanjut artikel kami berkenaan Market Sentimen:Kepentingan Memahami Pengaruh Sentimen Pasaran Dalam Saham
Untuk anda memahami dengan lebih mendalam situasi sebenar bagaimana perlaksanaan Tarikh-tarik penting IPO ini,anda boleh baca disini: Jadual IPO Bursa Malaysia: Flow Lengkap & Case Study IPO BMS Holdings Berhad
Pen Drive Ajaib Mahersaham,padat dengan Ilmu-Ilmu saham. Bantu transform diri anda dari Zero to Hero berkaitan pengatahuan Asas Pelaburan Saham Malaysia & Global.Dapatkan Cepat,Stock Sangat Terhad dah akhir tahun.
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Tempoh permohonan IPO biasanya dibuka selama 5-10 hari. Pelabur perlu memastikan mereka apply sebelum tarikh penutupan kerana permohonan lewat akan ditolak secara automatik.
Balloting adalah proses undian untuk membahagikan unit saham secara adil kepada semua pemohon apabila permohonan IPO melebihi unit yang tersedia. Setiap pemohon mempunyai peluang yang sama untuk mendapat saham.
Unit saham biasanya masuk ke akaun CDS pada hari yang sama atau seterusnya selepas tarikh allotment diumumkan. Anda boleh semak melalui portal broker atau bank tempat anda membuka akaun CDS.
Ya, anda boleh menjual saham pada hari penyenaraian (listing date) selepas saham mula didagangkan di Bursa Malaysia. Ramai pelabur mengambil keuntungan pada hari pertama jika harga pembukaan lebih tinggi daripada harga permohonan.
Untuk memulakan perjalanan pelaburan saham anda, anda memerlukan akaun CDS (Central Depository System). Kami menawarkan bantuan lengkap untuk mendaftar akaun CDS dengan mudah: