Peluang dalam saham? Saham ini apa?

Sejak PKP 1.0 iaitu Mac 2020 ramai mula mengenali saham. Ramai mula membuka akaun cds sebab tidak mahu terlepas peluang dalam saham. Tetapi jangan ambil mudah. Jika kita main ikut orang sahaja boleh menyebabkan kerugian yang besar. Mula kita akan berkata saham ini tipu. Saham ini scam dan lain-lain lagi. Disebabkan itu nak mulakan pelaburan dalam saham perlu ilmu.
Peluang dalam Saham? Saham ini apa?
Soalan biasa akan ditanya, saham ini apa? Saham adalah pegangan hak milik sesebuah syarikat dalam bentuk ekuiti. Saham yang boleh dimiliki oleh public atau orang ramai adalah syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Syarikat-syarikat ini adalah jenis Berhad.Saham adalah tentang kehidupan kita
Kita mungkin selalu isi minyak samada di PETRON ataupun PETRONAS sebelum pergi kerja. Selain itu, kita gunakan tenaga elektrik dan setiap bulan kita kena bayar bil letrik kepada TNB. Hampir rata-rata daripada kita ada ASTRO dekat rumah. Jika cerita bab kereta pula, ramai juga yang pakai kereta PROTON kalau bukan PERODUA. Hakikatnya setiap hari kita ada berurusan atau menggunakan perkhidmatan dari syarikat-syarikat yang kita sebut di atas. Sebab itu saya menyatakan saham adalah tentang kehidupan kita. Yang mana dalam keadaan sedar atau tidak sedar kita pernah berurusan dengan syarikat syarikat yang listed di Bursa Malaysia ini.Tahukah kita bahawa syarikat-syarikat ini ada diniagakan di Bursa Malaysia?
Stesen minyak Petronas diuruskan oleh PETDAG (Petronas Dagangan) manakala stesen minyak PETRON ada kaitan dengan saham PETRONM. ASTRO dan TENAGA (TNB) turut disenaraikan. PROTON adalah produk oleh salah satu anak syarikat di bawah DRB-HICOM. Jelas sekali memang kita dikelilingi oleh syarikat syarikat yang listed di Bursa Malaysia. Mungkin sahaja tidak sedar tentang kewujudan mereka di Bursa Malaysia.Saham adalah satu cabang bisnes
Mengapa saya katakan saham adalah satu cabang bisnes dan ia merupakan satu peluang? Ini kerana kita boleh menjadi sebahagian daripada syarikat tanpa menguruskan syarikat tersebut yang mana dikenali dengan “SHAREHOLDER” . Apabila kita membeli saham sesebuah syarikat, ia juga bermaksud kita memilikki sebahagian daripada bisnes syarikat tersebut. Contoh kita membeli saham syarikat ABC Berhad dan ABC Berhad setiap suku tahun membuat keuntungan. Para pelabur akan yakin dan minat dengan syarikat syarikat yang membuat keuntungan. Jadi ia akan menarik minat ramai lagi untuk membeli saham syarikat tersebut. Jadi bila ini berlaku harga pegangan saham yang kita beli di ABC Berhad mula naik .Disitu kita akan mendapat keuntungan yang mana di kenali dengan “CAPITAL GAIN”. Selain itu dalam saham kita pun boleh dapat “DIVIDEN”. Inilah cabang bisnes dalam saham. Kita beli saham syarikat tersebut dan kita menerima pulangan dalam bentuk “CAPITAL GAIN” atau “DIVIDEN”.Kesimpulan
Pelaburan saham merupakan suatu bentuk pelaburan yang berisiko tinggi namun menawarkan pulangan yang lumayan melalui capital gain dan dividen. Penting untuk anda belajar ilmu saham terlebih dahulu sebelum mula melabur.
Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu saham dan bagaimana ia berfungsi?
Saham adalah unit pemilikan dalam sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham, anda menjadi sebahagian pemilik syarikat tersebut dan berpeluang mendapat keuntungan melalui capital gain (kenaikan harga) atau dividen.
Berapa modal minimum untuk mula melabur saham di Malaysia?
Di Bursa Malaysia, anda boleh mula melabur dengan serendah beberapa ratus ringgit. Minimum pembelian adalah 1 lot (100 unit saham), jadi modal bergantung kepada harga saham yang dipilih.
Apakah perbezaan antara capital gain dan dividen?
Capital gain adalah keuntungan yang diperoleh apabila anda menjual saham pada harga lebih tinggi daripada harga belian. Dividen pula adalah pembahagian keuntungan syarikat yang dibayar kepada pemegang saham secara berkala.
Adakah pelaburan saham sesuai untuk pemula?
Ya, pelaburan saham sesuai untuk pemula dengan syarat anda perlu belajar ilmu asas terlebih dahulu. Mulakan dengan memahami konsep asas, analisis fundamental, dan pengurusan risiko sebelum membuat pelaburan pertama anda.
Mula Langkah Pertama Anda
Bersedia untuk mula melabur? Buka akaun CDS dengan Mahersaham hari ini dan mulakan perjalanan pelaburan anda bersama remisier bertauliah.
Masih baru dan ingin belajar dari asas? Dapatkan ebook percuma Mahersaham sekarang untuk panduan lengkap pelaburan saham.