Analisis Fundamental Dalam Saham

Loading...

Artikel kali ini saya akan mengupas cara teknik untuk untung dalam saham guna analisis fundamental, juga berserta contoh analisis fundamental saham. Sejauh mana ianya boleh digunapakai dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia ataupun peringkat global?
Ini adalah bahagian dalam topik analisis saham. Sebelum hendak memulakan analisis saham, adalah lebih baik jika anda sudah pun mempunyai akaun cds. Jika masih belum ada akaun cds atau akaun saham, boleh ke Apa Itu Akaun CDS Dan Cara Buka Akaun CDS Mplus Online.
Di bawah ini pula senarai link artikel berkaitan analisis fundamental. Anda digalakkan untuk bookmark page ini bagi memudahkan pencarian berkaitan topik analisis fundamental.
Analisa Fundamental VS Analisa Teknikal
2 Jenis Analisa Saham – Fundamental dan Teknikal
4 Kriteria Analisis Fundamental
CARA ANALISA SAHAM GUNA MALAYSIASTOCK.BIZ
TEKNIK CANSLIM-CARA CARI SAHAM BAGUS
Catalyst dalam Saham
Cara Buat Kajian Fundamental Analisis Mudah & Cepat
Saham Undervalued dan Cara Kenal Pasti
Saham Fairvalued dan Cara Kenal Pasti
Saham Overvalued dan Cara Kenal Pasti
Cara Setup Saham Superstock
“Value Investing Strategy”
Magic Formula Investing
Cara Dapatkan Dividen-5 Perkara Wajib Tahu!
Perkara Wajib Tahu Tentang Dividen
Tarikh-tarikh penting pemberian dividen supaya layak dapat
Pembayaran Dividen Syarikat Boleh Dilaburkan Semula
Analisis Fundamental dalam saham adalah usaha untuk mengenalpasti nilai sebenar atau ‘intrinsic value’ sesebuah syarikat.
Ada banyak cara, banyak mazhab untuk mengira nilai sebenar sebuah syarikat. Di sini hendak saya tekankan, pelaburan saham adalah art (seni) dan juga science (sains). Ada yang kita boleh kira, namun wujud juga faktor diluar apa yang kita dapat lihat dengan mudah.
Analisis Fundamental paling kerap digunakan oleh pelabur-pelabur saham jangka masa panjang.
Pelabur yang memilih analisis fundamental, mereka henda membeli pada harga di bawah paras nilai sebenar – keadaan yang mereka panggil harga diskaun atau undervalued.
Mereka percaya, diberikan masa, harga saham akan naik semula ke harga yang sama seperti nilai sebenar atau ‘intrinsic value’ syarikat – satu keadaan yang juga dipanggil sebagai ‘Fair Value’.
Aspek Quantitative adalah aspek yang mengambil kira perkiraan. Berdasarkan nombor.
Jadi sumber yang utama adalah Financial Statements. Antara financial statements yang kerap kita jumpa adalah Balance Sheet, Income Statement dan Statement of Cash Flow.
Aspek Qualitative pula adalah lebih subjektif.
Hal ini kerana ianya disandarkan kepada ciri-ciri yang sukar diukur seperti kecekapan dan kewibawaan CEO atau sesebuah pengurusan syarikat.
Brand atau nama yang sudah tidak asing lagi dalam masyarakat.
Dalam kesemua analisis saham, matlamat analisis adalah mencari harga yang sesuai untuk ‘entry’.
Dalam analisis fundamental, harga yang sesuai untuk pembelian saham adalah harga diskaun.
Bagaimana hendak tahu harga itu diskaun atau tidak?
Diskaun berdasarkan apa?
Tak ramai yang akan mendedahkan berkaitan analisis fundamental dan cara mencari saham yang ‘undervalue’ dalam kelas-kelas peringkat beginner seperti kelas asas saham.
Hal ini mungkin menjadi antara salah satu sebab kenapa komuniti kita lebih terdedah dengan analisis teknikal sahaja.
Secara ringkasnya, mereka yang menggunakan analisis saham terdiri daripada dua aliran :
Hakikatnya value dan growth adalah sesuatu yang perlu disekalikan – valuegrowth investing.
Hal ini kerap ditekankan oleh pelabur hebat dan terkenal Warren Buffett.
Warren Buffett dalam salah satu suratnya kepada pemegang saham menceritakan,
But how, you will ask, does one decide what’s “attractive?” In answering this question, most analysts feel they must choose between two approaches customarily thought to be in opposition: “value” and “growth.” Indeed, many investment professionals see any mixing of the two terms as a form of intellectual cross-dressing.
We view that as fuzzy thinking (in which, it must be confessed, I myself engaged some years ago). In our opinion, the two approaches are joined at the hip: Growth isalways a component in the calculation of value, constituting a variable whoseimportance can range from negligible to enormous and whose impact can be negative as well as positive.
In addition, we think the very term “value investing” is redundant. What is “investing” if it is not the act of seeking value at least sufficient to justify the amount paid? Consciously paying more for a stock than its calculated value – in the hope that it can soon be sold for a still-higher price – should be labeled speculation (which is neither illegal, immoral nor – in our view – financially fattening)
Antara ringkasannya adalah :
Modal itu hakikatnya bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya adalah faktor masa, personaliti pelabur itu sendiri, kemampuan menanggung risiko.
Tuan/puan boleh membaca artikel-artikel berkaitan modal dalam artikel berikut Cara Bermain Saham Dengan Modal Kecil
Namun saya cadangkan anda habiskan senarai penuh tutorial di Panduan Pelaburan Saham Secara Komprehensif.
Dalam Bursa Malaysia banyak sebenarnya teknik kita boleh guna tetapi ia perlu melalui proses yang banyak untuk kita dapat best entry dengan teknik tersebut.
Jadi kali ini saya ajar anda untuk untung di Bursa Malaysia dengan teknik Analisis Fundamental.
Dalam teknik ini ia agak selamat kerana kita mencari kaunter-kaunter yang Analisis Fundamental sudah kukuh.
Dalam teknik ini, kita fokus kepada beberapa term yang penting. Dari term-term ini yang menjadi satu teknik yang kebabooom

Earnings bermaksud keuntungan yang diperoleh syarikat.
Setiap suku tahun (quarter) dan setiap tahun (annual) syarikat perlu mengumumkan laporan kewangan mereka, dan dalam laporan kewangan tersebut kita boleh melihat earnings syarikat.
Apa yang perlu kita tahu? Kita kena tahu dalam syarikat itu berapa keuntungannya. Nak tahu earnings kita tengok 2 benda penting iaitu :




Dalam bahagian Financial Information ada beberapa term kita kena WAJIB ambil tahu. Antaranya adalah :

Mesti ramai tertanya cara nak kajikan? Teknik ini paling mudah dan tidak perlukan software yang power-power pun. Hanya menggunakan malaysiastock.biz sahaja.
Kita akan dapat semua benda yang saya share diatas dari website ini. Bila dah dapat kajian cuba listkan kajian. Baru kita nampak detail.
Contoh macam gambar di bawah. Ia hanya contoh cara nak list bukan BUY CALL SIGNAL ye!

Dah siap list baru kita rasa yakin. Baru betul apa keputusan yang kita ingin buat. Orang pun akan pandang kita adalah salah seorang trader yang berilmu.

Dah siap kajian baru kita masuk planning. Planning ini adalah untuk kita set GOAL kita.
Berapa lama ingin masuk dan berapa keuntungan kita akan dapat.
Contoh anda target masuk harga RM0.910 dan keluar bila capai RM1.00.
Jadi ini adalah matlamat utama anda!
Jadi apa-apa yang berlaku pun, fokus anda adalah RM1!
Mungkin boleh capai TP ini dalam masa 1 hari, mungkin 7 hari or mungkin 2 minggu.
Itu semua boleh berlaku tetapi kerana anda sudah ada planning so anda tidak perlu risau lagi.
Anda juga wajib setkan berapa cutloss.
Waktu planning ini anda yang sendiri decide anda ingin jadi trader macam mana.
Ada orang short term, ada yang mid term dan ada yang long term.
Itu semua mengikut emosi anda. Jika anda tidak boleh tunggu sehingga setahun jadi anda tidak boleh LONG TERM INVESTOR.
Mungkin layak sekadar mid term.
Bila anda telah siap semua apa yang saya kupaskan tadi anda telah memilikki satu kajian yang anda sendiri yakin dan ia sangat berguna.
Jadi anda tidak perlu lagi follow buy call sesiapa.
Teknik saya ceritakan ini lebih fokus kepada mid term dan long term trader.
Nampak macam mudah tetapi ramai yang abaikan teknik saham mudah yang boleh memberikan anda KEUNTUNGAN mungkin lebih 50% dalam masa 3 bulan.
Selain itu dengan teknik ini juga ia mengurangkan risiko untuk anda MELEBUR dalam saham kerana anda telah membuat kajian terperinci malahan hanya membeli syarikat yang kukuh sahaja dari segi fundamental.
Analisis fundamental saham adalah kaedah mengkaji nilai sebenar (intrinsic value) sesebuah syarikat berdasarkan data kewangan seperti earnings, revenue, ROE dan market cap. Matlamat utamanya ialah mencari saham yang undervalued untuk dibeli pada harga diskaun.
Analisis fundamental menilai kesihatan kewangan dan nilai sebenar syarikat menggunakan laporan kewangan, manakala analisis teknikal mengkaji pergerakan harga dan volume saham melalui carta. Kedua-duanya boleh digabungkan untuk keputusan pelaburan yang lebih tepat.
Gunakan laman web seperti malaysiastock.biz untuk menyemak kriteria seperti ROE melebihi 10%, revenue dan profit trend yang meningkat, serta quarter report yang konsisten. Saham undervalued mempunyai harga pasaran di bawah nilai intrinsik syarikat.
Analisis fundamental lebih sesuai untuk pelaburan jangka sederhana hingga panjang. Pasaran mungkin mengambil masa berminggu hingga bertahun untuk mencerminkan nilai sebenar sesebuah syarikat, jadi kesabaran dan perancangan trade yang rapi amat penting.
Analisis fundamental adalah asas penting bagi sesiapa yang ingin membina portfolio pelaburan kukuh dan mengurangkan risiko kerugian — tetapi ia memerlukan pemahaman yang betul tentang cara membaca laporan kewangan.
Jika anda baru bermula, muat turun ebook asas pelaburan percuma kami untuk memahami konsep-konsep penting sebelum mula melabur.
Sudah bersedia untuk mula melabur? Buka akaun CDS anda untuk mula membeli saham pertama di Bursa Malaysia.