Saham Undervalued dan Cara Kenal Pasti

Kajian saham undervalued dibuat secara fundamental analisis. Indikator kajian saham bagi menentukan harga saham boleh di dapati dalam annual report dan klsescreener.com
Anda boleh melakukan strategi kajian saham di dalam long term bagi seseorang investor. Saham undervalued boleh diandaikan dengan harga saham yang murah dan sesuai untuk membelinya.
Maksud saham undervalued ialah saham yang mempunyai harga semasa atau pasarannya lebih rendah daripada harga sebenar. Hal ini menunjukkan saham undervalued adalah saham murah secara fundamental dan merupakan harga saham bawah target.
Berdasarkan kajian secara fundamental analisis, carian saham undervalued biasanya akan menggunkan beberapa indikator penting.
Antara indikator:
- Earning per share (EPS)
- Price to earning (PE ratio)
- Growth rate
- Capital structure substitution – asset pricing formula
- Price earning to growth (PEG ratio)
- Sum of perpetuities method
- Return on invested capital (ROIC)
- Return on assets (ROA)
- Price to sales (PS)
- Market cap
- Enterprise value (EV)
- EV to sales
- EBITDA
- EV to EBITDA
Cara Cari Saham Undervalued
Hanya menggunakan indikator:
- EPS
- PE ratio. Formula PE ratio = (market price per share / earning per share )
Apa itu EPS?
EPS ialah nilai perolehan bagi setiap saham bagi sesebuah syarikat. Nilai EPS boleh didapati di dalam annual report. EPS yang bernilai positif akan menjadi tumpuan para investor untuk mencari kaunter.
Apa PE ratio?
Nilai PE ratio merujuk kepada harga saham semasa syarikat dan nilai EPS.
Contoh: Harga saham A = RM 10 & nilai EPS saham A RM 1
Maka, PE ratio saham A = RM 10/ RM 1
= RM 10
Nilai PE ratio bagi setiap sektor yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah berbeza. Contoh bagi nilai PE ratio 10-15 adalah saham undervalued.

Ini merupakan contoh web bagi anda yang ingin membuat kajian saham secara fundamental analisis.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Apa itu saham undervalued?
Saham undervalued ialah saham yang didagangkan pada harga lebih rendah berbanding nilai sebenar syarikat berdasarkan analisis fundamental seperti PE ratio dan PB ratio.
2. Bagaimana cara mengenal pasti saham undervalued?
Anda boleh mengenal pasti saham undervalued dengan menganalisis PE ratio (contoh: 10-15 dikira undervalued), PB ratio, serta membandingkan harga saham semasa dengan nilai intrinsik syarikat melalui data di annual report dan klsescreener.com.
3. Adakah semua saham undervalued selamat untuk dibeli?
Tidak semestinya. Sesetengah saham undervalued mungkin mempunyai masalah asas seperti hutang tinggi atau prestasi kewangan yang merosot. Oleh itu, pelabur perlu membuat kajian menyeluruh sebelum membuat keputusan pelaburan.
4. Apakah perbezaan antara saham undervalued dan overvalued?
Saham undervalued didagangkan pada harga lebih rendah daripada nilai sebenar, manakala saham overvalued didagangkan pada harga lebih tinggi daripada nilai sebenar. Kedua-duanya boleh dikenal pasti melalui ratio analysis.
Kesimpulan
Memahami konsep saham undervalued adalah langkah penting dalam pelaburan saham. Dengan menggunakan indikator seperti PE ratio dan PB ratio, anda boleh membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak.
Mahu mula melabur saham hari ini? Buka akaun CDS dengan Mahersaham dan dapatkan bimbingan pelaburan profesional. Jangan lupa muat turun ebook percuma asas saham untuk panduan lengkap bermula dari sifar!