Cara Setup Saham Superstock
<p>Assalamualaikum dan selamat sejahtera.,Ramai pelabur baru ingin tahu cara setup saham Superstock di TradingView, tetapi masih keliru bagaimana indikator ini berfungsi. Sebenarnya, setup Superstock sangat mudah dan ia boleh membantu…</p>

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.,Ramai pelabur baru ingin tahu cara setup saham Superstock di TradingView, tetapi masih keliru bagaimana indikator ini berfungsi. Sebenarnya, setup Superstock sangat mudah dan ia boleh membantu pelabur membuat keputusan lebih cepat dalam pasaran saham. Dalam artikel ini, kita akan lihat langkah-langkah penting, kelebihan, serta tips penggunaan indikator ini.
Apa Itu Superstock?
Teknik superstock ini berdasarkan buku How To Make Money In Stocks oleh William J O’Neil.Superstock ialah indikator teknikal yang direka untuk membantu pelabur mengenal pasti peluang beli dan jual saham. Ia memudahkan proses analisis dengan memberi signal visual terus di carta. Bagi pelabur runcit di Malaysia, Superstock sering digunakan bersama indikator lain seperti RSI dan EMA untuk meningkatkan ketepatan entry dan exit.
Korang boleh dapatkan buku ini di kedai buku yang berhampiran dengan kawasan masing-masing.
Dalam teknik superstok ini saya akan menerangkan beberapa perkara termasuklah;
- – Intro : Hybrid technique
- – Fundamental Analysis-Financial analysis
- – Technical Analysis
- – Trading Plan
- – Case Study
Sebelum saya mula, ada beberapa perkara yang korang perlu tahu mengenai superstock ini.
- Teknik ini hanya sesuai untuk mereka yang selesa dengan mid term dan long term.
2. Yang ingin cuba melabur dalam syarikat-syarikat yang kukuh FA dan digabungkan dengan TA
3. Potensi pulangan sebanyak 100-300% setahun
4. Tidak ada jaminan tidak akan rugi dalam 30%-50%.
Oleh itu saya berpesan kepada semua,jumlah kerugian 30%-50% adalah besar.
Namun begitu sekiranya kita ingin pulangan yang besar sebanyak 100%-300% maka tidak mungin risiko kecil.
Amat mustahil juga sekirannya risiko hanya dalam 3%-5% sahaja.
Justeru, risiko berkadaran dengan potensi keuntungan yang kita hendak perolehi.
Agar sukar sekali sekiranya kita menginginkan pulangan yang besar dengan risiko yang kecil.