Risiko Warrant Yang Anda Perlu Tahu

Loading...

Warrant merupakan salah satu tempat yang ada dalam saham untuk membuat keuntungan.
Namun begitu bukan semudah minum teh tarik sambil sembang kedai kopi untuk buat PROFIT 6-10% sehari.
Jika ada yang cakap memang terjamin 100% untung itu nampak BENORRR MAU SCAM.
Sebab SAHAM ini kita tidak mampu jangka 100% pergerakan harga naik maupun turun, tapi dengan ilmu kita tahu nak elak risiko kerugian.

Bagi yang follow posting man, man ada cerita tentang “Apa itu warrant” , “Cara Convert Warrant bagi yang nak expired” dan “5 Perkara wajib tahu sebelum beli warrant”
Antara sebab para trader suka trade warrant adalah MURAH, CEPAT DAPAT UNTUNG DAN UNTUNG SEHARI TINGGI jika kena gaya.
Ini merupakan antara faktor utama.
Namun begitu artikel kali ini bukan benda itu man nak ceritakan. Man nak kongsi antara RISIKO yang ada dalam WARRANT
Setiap warrant yang dikeluarkan mempunyai tarikh luput. Semakin dekat warrant dengan tarikh luput semakin kurang keuntungan kita kerana beberapa faktor seperti, HARGA MAHAL, MANIPULASI 3rd PARTY dan lain-lain lagi.
Risiko ini jika syarikat yang menerbitkan warrant itu tidak mampu memenuhi tanggungjawabnya ketika pelaksanaan warrant. So yang rugi adalah para traders.
Kerana harganya yang murah berkemungkinan berlakunya WARRANT MANIPULATION.
Pelabur yang ada duit banyak akan membeli dalam VOLUME yang banyak untuk mengerakkan harga.
Bila harga dah bergerak pelabur lain pun akan terfikir yang WARRANT tersebut memang menguntungkan maka mereka mula masuk.
Namun sebenarnya volume besar-besaran itu adalah satu taktik untuk jerung-jerung ini mengambil profit.
Sebab itu sebelum masuk kita kena kaji terlebih dahulu.
Warrant yang dah nak ‘expired’ biasa akan berlaku WARRANT MANIPULATION, seperti yang man dah cerita di atas.
Oleh sebab itu, dalam nak memilih WARRANT, tuan puan perlu tengok balik posting man tentang “5 PERKARA WAJIB PERLU TAHU SEBELUM MEMBELI WARRANT”.
Adakah tuan puan rasa ada risiko lain berkaitan warrant yang man belum tulis?
Jika ada, boleh isi pada ruangan komen.
Jika ada persoalan lain pun boleh kemukakan, man akan cuba yang terbaik untuk menjawab persoalan tersebut.
Dalam siri warrant kita sudah hasilkan beberapa artikel lain dalam usaha untuk menjelaskan kekeliruan ramai orang dalam pengiraan ataupun risiko yang terlibat dalam jual beli warrant.
Antara artikel yang tuan puan boleh baca :
Risiko utama termasuk tarikh luput (warrant boleh menjadi tidak bernilai), volatiliti harga yang tinggi, dan risiko premium yang berlebihan. Warrant juga tidak menerima dividen seperti saham biasa.
Tidak, kerugian maksimum dalam warrant adalah terhad kepada modal yang dilaburkan. Namun, anda boleh kehilangan 100% modal jika warrant tamat tempoh tanpa nilai.
Antara cara mengurangkan risiko: pilih warrant dengan tempoh luput yang panjang, pastikan premium munasabah, pantau pergerakan saham induk, dan jangan laburkan lebih daripada yang mampu rugi.
Warrant syarikat (WA, WB) mempunyai tempoh lebih panjang tetapi boleh dilute oleh penerbitan baru. Warrant berstruktur (CA, CB) mempunyai tempoh lebih pendek dan nilainya bergantung sepenuhnya kepada penerbit (bank pelaburan).
Fahami risiko dengan mendalam sebelum melabur dalam warrant — ilmu asas saham yang kukuh adalah asas yang penting.
Belum ada akaun? Buka akaun CDS melalui Mahersaham untuk mula melabur di Bursa Malaysia.
Baru bermula? Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk bina asas pelaburan sebelum melabur dalam warrant.
Bacaan lanjut: