Warrant Inari dah expired apa nak buat ni? Belajar Cara Nak Convert Warrant

Artikel kali ini adalah kesinambungan dari artikel Apa itu Warrant yang ditulis sebelum ini.
Jika anda belum membacanya, boleh klik di sini.
Warrant Hampir Expired
Inari warrant ini expired pada 4/6/2018 jam 5.00 petang. Jadi bagi yang memiliki WARRANT INARI apa akan berlaku?
BURN MACAM TU JE KE?
TAWAKKAL JE LA?
REDAH JE LA?

Di atas adalah surat dari INARI AMERTRON BERHAD kepada NOTICE TO WARRANTHOLDERS IN RELATION TO THE EXPIRY AND LAST DATE FOR THE EXERCISE OF WARRANTS 2013/2018
Antara yang best saham ini, semua benda kita boleh tahu. Just diri kita ni nak tahu ke idok. heehehehe.
Untuk yang tidak tahu, INARI WARRANT ini telah wujud pada 25 APRIL 2013 dan 4/6/2018 warrant expired. Maksudnya ramai trader telah buat duit dari warrant ini sebelum ini. Tapi sesuatu benda pun tidak kekal. Diri kita macam tu jugak. Setiap yang bernyawa pasti akan mati jua. Jadi setiap WARRANT yang boleh buat profit kaw-kaw pasti akan LUPUT jua. heehehehe.
Sebenarnya sebelum dia luput TRADER patut dah tahu bila hari last WARRANT itu di niagakan. Contoh warrant inari last trade adalah 16/5/2018. Mungkin ada trader yang terlupa or busy so terpegang warrant sampai hari expired date. Kalau ikut cara man, man ada tips sendiri dalam nak trade warrant. Dalam posting lain man akan share nanti.
So bagi yang terpegang warrant sampai hari EXPIRED DATE. Allah je taw hatinya berdengup kuat mana. Semua benda x kena je. Ia melibatkan duit ni!!! Betul tu, sebab itu dalam posting ini man nak cerita ye. Sebenarnya kita boleh CONVERT WARRANT INARI ke MOTHER SHARE. Jika kita tidak buat macam ini memang kita burn 100%. Contoh beli WARRANT modal RM5000.00 so kalau x CONVERT rugi RM5000.00 lar. Banyak tu!!!
Langkah Mudah Convert Warrant
So langkah2 perlu di buat untuk convert warrant ke MOTHER SHARE
- Buat Money Order kepada “INARI WARRANTS ACCOUNT” —-> (Exercise Price adalah RM0.088 seunit) So kalau ada 10 000 unit. Kiraannya RM0.088 X 10 000 = RM880 jumlah kena.
- Buat Money Order RM20.00 kepada “MEGAPOLITAN MANAGEMENT SERVICES SDN BHD” —> caj perkhidmatan.
- Isi borang untuk convert warrant ke MOTHER SHARE

Form yang perlu diisi - Hantar Money Order dan Borang ke alamat berikut sebelum pukul 5.00 petang 04/06/2018Megapolitan Management Services Sdn Bhd
No. 45-5, The Boulevard
Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur
Tel No.: 03- 2284 8311
Jika anda tidak buat langkah2 seperti di atas so anda akan BURN WARRANT anda tu. Hanya tinggal kenangan sahaja. ehehehehehe.
Bacaan lanjut
Dalam siri warrant kita sudah hasilkan beberapa artikel lain dalam usaha untuk menjelaskan kekeliruan ramai orang dalam pengiraan ataupun risiko yang terlibat dalam jual beli warrant.
Antara artikel yang tuan puan boleh baca :
- Apa Itu Warrant?
- Cara Kira Premium Warrant
- Risiko-risiko Warrant
- 5 Perkara Berkaitan Warrant Wajib Tahu Sebelum Beli Warrant
Soalan Lazim (FAQ)
Apa yang berlaku apabila warrant expired?
Apabila warrant tamat tempoh tanpa ditukar (convert), ia menjadi tidak bernilai dan pelabur akan kehilangan keseluruhan pelaburan. Oleh itu, penting untuk memantau tarikh luput warrant.
Bagaimana proses convert warrant kepada saham induk?
Pelabur perlu menghubungi broker untuk memulakan proses conversion. Anda akan membayar exercise price yang ditetapkan dan warrant akan ditukar kepada saham induk dalam beberapa hari bekerja.
Bilakah masa terbaik untuk convert warrant?
Masa terbaik untuk convert ialah apabila harga saham induk melebihi jumlah harga warrant dan exercise price, menjadikan conversion menguntungkan. Jangan tunggu saat akhir kerana proses mengambil masa.
Apa risiko jika tidak convert warrant sebelum tamat tempoh?
Warrant yang tidak ditukar sebelum tarikh luput akan menjadi tidak bernilai sepenuhnya. Pelabur akan kehilangan 100% pelaburan dalam warrant tersebut tanpa sebarang pampasan.
Memahami proses conversion warrant adalah penting untuk melindungi pelaburan anda.
Belum ada akaun? Buka akaun CDS melalui Mahersaham untuk mula melabur di Bursa Malaysia.
Baru bermula? Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk bina asas pelaburan yang kukuh.
Bacaan lanjut: