Apa itu warrant? Ada beza tak warrant WA , WB , WC dan CA ?

Apa itu warrant?
Warrant atau dalam Bahasa Malaysia di sebut sebagai waran adalah antara istilah dalam saham yang pelabur-pelabur di Bursa Malaysia khususnya akan selalu jumpa.
Lebih-lebih lagi untuk yang masih baru, istilah ini pastinya menimbulkan banyak tanda tanya dan jika maklumat dicari di enjin carian seperti Google, kadang-kadang lebih menambah kekeliruan.
Kalau kita buka platform, pasti akan terjumpa kaunter-kaunter yang belakang nama kaunter tersebut itu ada huruf seperti berikut :
1. WA, WB, WC, WD, WE
2. CA, CB, CE, CD
3. WR, HB

Definisi Warrant
Ia adalah sijil kebenaran yang membenarkan seseorang itu untuk membeli saham sesebuah syarikat pada harga diskaun dalam tempoh yang ditetapkan. Namun begitu pemilik warrant bukan pemegang saham kerana saham sebenar belum dimiliki lagi.
Dalam erti kata lain pemegang warrant tidak layak terima sebarang DIVIDEN, BONUS yang syarikat akan berikan dan yang paling penting tidak layak mengundi bagi sesi mesyuarat agung tahunan syarikat tersebut.
Jika belum belajar berkaitan saham sebenar atau saham induk, tuan-tuan dan puan-puan boleh baca apa itu saham di link ini.
Jenis-jenis warrant
1.Waran Syarikat
WA, WB, WC, WD, WE
Ia dipanggil WARRANT. Warrant ini dikeluarkan oleh syarikat tersebut dan minima memegang warrant ini adalah 5 tahun malahan ia boleh ditukar ke MOTHER SHARE dan pergerakan turun naik harga berdasarkan MOTHER SHARE.
2.Waran Berstruktur
-CA, CB, CE, CD
Ia dipanggil CALL WARRANT. Dikeluarkan oleh BANK atau PIHAK KETIGA bukannya syarikat tersebut. Berstatus TIDAK SYARIAH
Antara contoh BANK atau PIHAK KETIGA tersebut adalah Macquarie.
Minima perlu pegang warrant ini adalah 6 bulan dan maksima 1 tahun selain itu ia tidak boleh tukar kepada MOTHER SHARE. Pergerakan turun naik harga berdasarkan indicator sahaja tidak mempengaruhi pergerakan MOTHER SHARE.
-WR
Borang untuk dapatkan warrant.
Ia dikenali sebagai Hedging dan ia adalah Put Warrant yang dikeluarkan oleh Third-party bukannya BANK atau SYARIKAT dengan bertujuan mengimbangi kerugian dan pergerakannya berlawanan dengan MOTHER SHARE. Berstatus TIDAK SYARIAH
Kesimpulan
Ringkasnya, warrant adalah sejenis instrumen dalam saham yang juga dibenarkan untuk diniagakan atau dijual beli.
Mempelajari selok belok berkaitannya adalah penting untuk memaksimakan keuntungan kita dalam pasaran saham Bursa Malaysia.
Untuk topik selanjutnya kita akan kupas kelebihan beli warrant dan kenapa syarikat/bank serta third party ingin mengeluarkan warrant.
Kita juga akan mengajar cara-cara hendak mengira premium, apa itu exercise price, gearing ratio yang ramai lagi masih tak faham.
Bacaan lanjut
Selain itu, dalam siri warrant ini juga kita sudah hasilkan beberapa artikel lain dalam usaha untuk menjelaskan kekeliruan ramai orang dalam pengiraan ataupun risiko yang terlibat dalam jual beli warrant
Antara artikel yang tuan puan boleh baca :
- Belajar Cara Convert Warrant
- Cara Kira Premium Warrant
- Risiko-risiko Warrant
- 5 Perkara Berkaitan Warrant Wajib Tahu Sebelum Beli Warrant
Soalan Lazim (FAQ)
Apa beza warrant WA, WB, WC dengan CA, CB?
WA, WB, WC ialah waran syarikat yang dikeluarkan oleh syarikat itu sendiri dengan tempoh minimum 5 tahun dan boleh ditukar kepada saham induk. CA, CB pula ialah waran berstruktur (structured warrant) yang dikeluarkan oleh bank pelaburan dengan tempoh lebih pendek (6-24 bulan).
Bolehkah pemegang warrant terima dividen?
Tidak. Pemegang warrant bukan pemegang saham sebenar, jadi mereka tidak layak menerima dividen, bonus, atau mengundi dalam mesyuarat agung tahunan syarikat.
Apa itu convert warrant dan bagaimana caranya?
Convert warrant bermaksud menukar warrant kepada saham induk (mother share) pada harga pelaksanaan (exercise price) yang ditetapkan. Proses ini dilakukan melalui broker atau platform dagangan anda.
Adakah warrant lebih berisiko daripada saham biasa?
Ya, warrant lebih berisiko kerana ia mempunyai tarikh luput. Jika tidak ditukar sebelum tamat tempoh, warrant akan menjadi tidak bernilai. Namun, warrant juga boleh memberikan pulangan berlipat ganda kerana harganya yang lebih rendah.
Sebelum melabur dalam warrant, pastikan anda memahami asas pelaburan saham dan mempunyai akaun yang betul untuk mula berdagang.
Jika anda belum mempunyai akaun pelaburan, buka akaun CDS melalui Mahersaham untuk mula melabur di Bursa Malaysia dengan sokongan komuniti pelabur.
Masih baru? Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk fahami asas saham sebelum beralih ke instrumen lanjutan seperti warrant.
Bacaan lanjut: