Platform i-Invest KWSP boleh labur Unit Trust sendiri

Loading...

Ramai pencarum KWSP tak tahu bahawa ada platform KWSP untuk melabur dalam unit trust. Melalui platform ini, pelabur boleh gandakan simpanan mereka dengan lebih strategik
Sistem baharu platform i-Invest diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membolehkan ahli kwsp kini melabur dalam unit trust.
Platform ini menyediakan perkhidmatan layan diri dalam portal i-Akaun. Ahli kwsp hanya perlu login ke portal i-Akaun KWSP.
Kemudian ahli boleh pilih sebanyak 389 dana dari pelbagai kategori seperti equity, mixed assets, bond, money market dan property trust.
Kesemua dana ini diluluskan di bawah Skim pelaburan Ahli KWSP. Jadi anda tidak perlu bimbang.
Selain itu, platform i-Invest sangat flexible.
Ahli-ahlinya dapat membandingkan setiap dana yang ditawarkan oleh institusi pengurus dana pada bila-bila masa dan dimana sahaja.
Ia membolehkan ahli memantau, menguruskan dana pelaburan, mengetahui prestasi maklumat dan status dana hanya melalui i-Akaun sahaja.
Jika sebelum ini, dalam ketidakstabilan ekonomi menyebabkan ramai pelabur unit trust gelisah apabila prestasi dana mereka jatuh dan tidak menentu.
Tetapi, kini pelabur dan penasihat pelaburan tidak perlu pening kepala memikirkan hal berkenaan.
Pelabur berpeluang membuat analisa sendiri dan membuat keputusan sendiri jika mahu menjual atau beralih ke dana yang lebih baik prestasinya.
Situasi ini samalah dengan situasi bagi pelabur saham sekalipun.
Perlu ada ilmu untuk kaji prestasi turun naik saham mereka. Kemudian buat keputusan dan trading plan untuk uruskan dana supaya mendapat keuntungan.
Jadi tak rugi pun kalau anda peruntukkan masa dan tenaga untuk belajar saham disamping tahu menguruskan dana unit trust sendiri juga.
Disamping itu, jika melabur melalui ejen caj jualan/perkhidmatan yang akan dikenakan adalah sekitar 6%.
Namun, kemudahan pelaburan i-Invest menetapkan caj jualan boleh dikatakan percuma dan lebih rendah.
KWSP menguatkuasakan had maksima adalah 0.5% berbanding 3% jika transaksi offline melalui ejen.
Malah ahli juga boleh memindahkan sehingga 30% daripada jumlah simpanan dari Akaun 1 untuk dilaburkan dalam dana-dana yang berpotensi.
Ahli-ahli boleh membuka akaun untuk melabur dalam unit trust dengan mana-mana institusi pengurusan dana melalui kemudahan sistem baharu ini.
Ketua pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias percaya bahawa KWSP akan menjadi dana pencen pertama di dunia yang menghubungkan dana persaraan anggota dengan perkhidmatan pelaburan dalam talian.
Oleh itu, ahli-ahli KWSP kini boleh melabur sendiri dalam Unit Trust tanpa melalui ejen lagi.
Tambahan pula, banyak caj atau kos dapat dikurangkan dengan kemudahan sistem baharu ini.
Maka, buatlah perancangan pelaburan yang tepat demi masa depan yang cerah.
i-Invest adalah platform pelaburan dalam talian oleh KWSP yang membolehkan ahli melabur dalam unit trust secara terus tanpa melalui ejen, dengan caj jualan yang lebih rendah.
KWSP menguatkuasakan had maksima caj jualan sebanyak 0.5% sahaja melalui i-Invest, berbanding sehingga 3% jika transaksi dilakukan secara offline melalui ejen.
Ahli KWSP boleh memindahkan sehingga 30% daripada jumlah simpanan Akaun 1 untuk dilaburkan dalam dana-dana unit trust yang berpotensi melalui platform i-Invest.
Ya, semua dana yang tersedia melalui i-Invest telah diluluskan dan dipantau oleh KWSP serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk memastikan keselamatan pelaburan ahli.
Selain unit trust melalui KWSP, anda juga boleh melabur secara terus dalam saham di Bursa Malaysia untuk potensi pulangan yang lebih tinggi.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia dan pelbagaikan portfolio pelaburan anda.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk memahami perbezaan antara pelaburan unit trust dan saham serta strategi yang sesuai untuk anda.
Bacaan lanjut: