Kenapa Penting Letak Nama Waris Untuk KWSP

Loading...

Ramai hari ini ada akaun kwsp tetapi terlupa untuk letak nama waris atau buat penamaan.
Ada juga yang tak tahu pun penting ke untuk letak nama waris ni. Ya penting!
Jika akaun kwsp anda tiada penama akan membawa kesusahan di kemudian hari. Jadi dalam artikel ini akan menerangkan kenapa penting letak nama waris untuk KWSP dan buat penamaan.
Penamaan adalah memilih individu atau institusi untuk menerima dan mentadbir simpanan KWSP kita sekiranya kita meninggal dunia kelak.
Kita wajib membuat perancangan awal dengan membuat penamaan ini bagi mengurangkan kesulitan dan juga untuk memastikan waris kita mendapat jaminan kewangan selepas kita meninggal dunia nanti.
Untuk proses meletakkan nama waris ini, anda boleh memilih individu atau institusi seperti Amanah Raya Berhad, ARB untuk menguruskan akaun kwsp selepas meninggal. Individu mestilah:
1. Berumur 18 tahun ke atas
2. Warganegara Malaysia ATAU Penduduk Tetap. Jika bukan warganegara, mestilah teleh menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998
Individu atau institusi yang terlibat bertindak sebagai wasi atau pentadbir yang bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan kita kepada waris-waris yang berhak mengikut Undang-undang Islam apabila kita meninggal.
Sekiranya kita memilih institusi ARB sebagai penama, pihak ARB akan menjadi pentadbir kepada 100% simpanan kita dan menguruskan harta kita selepas kematian kita nanti
Dengan meletakkan nama waris bagi akaun KWSP, maka akan memudahkan penama untuk mengeluarkan wang tersebut dan mengagihkan harta kepada waris-waris mengikut keperluan dan keadaan.
Tetapi jika tiada waris, proses tuntutan akan menjadi lebih rumit kerana akan memakan masa yang lama untuk membolehkan waris kita menuntut wang tersebut.
Sekiranya tiada penama, akan menyebabkan kerumitan kepada ahli keluarga kita kelak.
Apabila ahli keluarga kita datang untuk tuntut harta tersebut, proses unutk menuntut akan makan masa yang lama kerana memerlukan pengesahan dan proses yang panjang.
Boleh jadi proses ini akan mengambil masa sehingga setahun lamanya baru selesai waris dapat tuntut harta tersebut.
Dengan membuat penama, sebenarnya kita telah pun menyediakan waris kita peninggalan harta yang kita miliki.
Sekurangnya dengan peninggalan harta ini dapat menbantu waris atau keluarga kita untuk meneruskan kehidupan dengan bekalan wang tersebut.
Anda juga perlu tahu bahawa ramai yang meninggal hari ini tetapi tidak sempat menguruskan harta mereka dan menyebabkan banyak isu yang berlaku seperti harta tidak dituntut dan sebagainya.
Jadi untuk mengelakkan kesulitan di kemudian hari, anda wajib letak nama waris untuk kwsp anda.
Tak tahu macam mana nak letak nama waris untuk kwsp?
Jangan risau isi sahaja Borang Penamaan Online di Portal KWSP. Kemudian hantar sahaja di mana-mana cawangan kwsp yang berdekatan. Siap!
Pasikan juga penama yang anda letakkan itu adalah orang yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
Semoga bermanfaat!
Penamaan KWSP adalah proses melantik individu yang dipercayai untuk menerima dan mengagihkan simpanan KWSP anda sekiranya anda meninggal dunia.
Anda boleh melantik sehingga 4 orang penama dan menetapkan peratusan bahagian masing-masing mengikut kesesuaian.
Isi Borang Penamaan KWSP 4 secara online di portal i-Akaun KWSP dan hantar ke cawangan KWSP berdekatan untuk pengesahan.
Simpanan KWSP akan dibayar kepada waris mengikut undang-undang, tetapi prosesnya lebih rumit dan mengambil masa yang lebih lama.
Selain merancang penamaan KWSP, penting juga untuk anda mula membina portfolio pelaburan sendiri supaya waris anda mempunyai lebih banyak sumber kewangan pada masa hadapan.
Jom buka akaun CDS bersama Mahersaham dan mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: