Mengapa Pengeluaran KWSP 'Lump-Sum' Berbahaya & Berisiko Untuk Jangka Masa Panjang?

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, persaraan datang dengan satu keputusan besar: apa nak buat dengan duit KWSP?
Dan realitinya, hampir semua orang buat keputusan yang sama — keluarkan semuanya sekaligus.
Masalahnya, rakyat Malaysia kini hidup lebih lama. Jangka hayat semakin meningkat, ramai hidup hingga usia 70-an dan ke atas. Ini bermakna duit persaraan perlu bertahan berdekad, bukan sekadar beberapa tahun seperti dahulu.
Budaya Keluarkan Duit Sekaligus
Di bawah sistem KWSP sekarang, pencarum boleh mengeluarkan keseluruhan simpanan apabila mencecah umur 55 atau 60 tahun.
Statistik menunjukkan sekitar 97% ahli memilih untuk keluarkan semua, walaupun majoriti bersara dengan simpanan kurang daripada RM50,000.
Jika dibelanjakan RM1,000 sebulan, jumlah ini hanya cukup untuk lebih kurang empat tahun sahaja.
Perancang kewangan, V Rajendaran, menjelaskan bahawa kebanyakan pesara kehabisan simpanan dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas bersara.
Tanpa pendapatan tetap dan disiplin kewangan yang kukuh, ramai cenderung berbelanja berlebihan atau membuat pelaburan yang tidak sesuai.
Menurut beliau, budaya pengeluaran sekaligus ini bukan sahaja mempercepatkan kehabisan duit, malah meningkatkan risiko kemiskinan pada usia tua.
Hidup Lebih Lama, Kos Sara Hidup Makin Tinggi
Jangka hayat rakyat Malaysia kini sekitar 76 tahun, bermakna ramai memerlukan sumber pendapatan untuk 20 tahun atau lebih selepas bersara.
Ahli ekonomi, Madeline Berma, pernah menyatakan bahawa kenaikan kos sara hidup menjadikan keadaan lebih mencabar.
Pengeluaran berulang — termasuk melalui Akaun Fleksibel — menunjukkan ramai menggunakan simpanan KWSP untuk menampung perbelanjaan harian.
Sejak penstrukturan semula KWSP pada Mei 2024, caruman kini dibahagikan kepada tiga akaun:
Akaun Persaraan (Akaun 1) – 75%
Akaun Sejahtera – 15%
Akaun Fleksibel (Akaun 3) – 10%
Akaun Fleksibel membolehkan pengeluaran pada bila-bila masa, bertujuan membantu pencarum ketika kecemasan.
Semasa pandemik, kerajaan juga membenarkan pengeluaran khas melalui skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.
Lebih RM145 bilion dikeluarkan oleh 7.3 juta ahli akibat kehilangan pekerjaan dan pendapatan.
Walaupun langkah itu perlu pada ketika itu, kesannya dijangka berpanjangan.
Gabungan jangka hayat lebih panjang, kos hidup meningkat dan pengeluaran sekaligus berisiko memburukkan lagi masalah persaraan pada masa depan.
Warga Pencen "Lubuk Emas" Scammer
Selain isu kehabisan simpanan, pengeluaran KWSP secara sekaligus juga membuka ruang besar kepada penipuan (scam). Ramai pesara yang baru menerima wang dalam jumlah besar menjadi sasaran sindiket pelaburan palsu, skim cepat kaya, forex tidak berlesen dan penipuan atas talian.
Dengan tahap literasi kewangan yang terhad serta terdesak mencari pulangan pantas, sebahagian pencarum terpengaruh dengan janji pulangan tinggi tanpa memahami risiko sebenar. Dalam banyak kes, simpanan persaraan yang dikumpul puluhan tahun lesap dalam masa beberapa bulan sahaja.
Lebih membimbangkan, terdapat kes di mana pesara dipujuk oleh “ejen pelaburan” atau kenalan sendiri untuk melabur menggunakan keseluruhan wang KWSP yang dikeluarkan, kononnya sebagai modal pusingan atau pelaburan jangka pendek.
Tanpa perlindungan pendapatan bulanan dan tanpa mekanisme kawalan, mangsa bukan sahaja kehilangan wang, malah terpaksa bergantung kepada anak-anak atau bantuan kerajaan untuk kelangsungan hidup.
Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah pengeluaran lump sum bukan sekadar isu disiplin kewangan, tetapi juga isu perlindungan sosial dan keselamatan kewangan warga emas.
Pengajaran Dari Negara Lain & Jalan Ke Hadapan

Banyak negara lain menghadkan pengeluaran penuh simpanan persaraan bagi melindungi pesara.
Singapura melalui CPF Life menyediakan bayaran bulanan seumur hidup secara wajib
Jerman hanya menawarkan pencen bulanan tanpa pilihan keluarkan sekaligus
Sweden melaraskan bayaran berdasarkan jangka hayat
UK membenarkan pengeluaran fleksibel, tetapi memerlukan khidmat kewangan terlebih dahulu
Pendekatan ini bertujuan memastikan simpanan persaraan tidak habis terlalu awal.
Di Singapura, sebahagian simpanan secara automatik ditukar kepada pendapatan bulanan bermula umur 65 tahun — tiada pilihan keluarkan semua.
Di Jerman, pencen awam dibayar setiap bulan sepanjang hayat.
Sweden pula menyesuaikan manfaat pencen mengikut jangka hayat rakyat, supaya sistem kekal mampan dan adil.
Rajendaran mencadangkan supaya Malaysia mewajibkan annuitisation separa — sebahagian simpanan dijadikan pendapatan tetap untuk keperluan asas, manakala sebahagian kecil masih boleh dikeluarkan.
Beliau juga mencadangkan KWSP membangunkan produk mirip annuiti yang menjamin pendapatan seumur hidup, di samping memperkukuh pendidikan kewangan sebelum persaraan.
Pengajaran Untuk Semua
Apabila rakyat Malaysia hidup lebih lama dengan simpanan yang semakin kecil, model pengeluaran sekaligus jelas tidak lagi mampan.
Pengalaman global menunjukkan sistem bayaran berstruktur bukan bertujuan menyekat kebebasan, tetapi memastikan pesara tidak kehabisan duit sebelum hayat berakhir.
Masa depan sistem persaraan Malaysia memerlukan perubahan fokus — daripada pengeluaran sekali gus kepada jaminan pendapatan jangka panjang.
Sumber:NST Online
Sediakan Payung Sebelum Hujan
Tak salah pun sebenarnya nak keluarkan Wang persaraan kita hatta sekaligus pun.Ini Duit jerit payah kita bekerja bertahun-tahun lamanya.Yang penting kita perlu ada disiplin dan ilmu untuk menguruskan nya sebaik mungkin dalam mengharungi sisa-sisa hidup di dunia ini
Imam Syafie berkata “Sesiapa yang inginkan dunia, hendaklah dia mempunyai ilmu, sesiapa yang inginkan akhirat, hendaklah dia mempunyai ilmu, sesiapa yang inginkan kedua-duanya, maka hendaklah dia mempunyai ilmu.
Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mempelajari Ilmu-ilmu yang dapat mengembangkan lagi duit yang ada supaya dapat mencipta satu income stream melalui pelaburan saham-saham Dividend.

Time is Running Out
Hari persaraan semakin hampir, kos hidup terus meningkat, tetapi ramai masih tiada portfolio pelaburan yang benar-benar boleh menjana income konsisten setiap bulan.
Tanpa ilmu yang betul, saham hanya jadi instrumen spekulasi — bukan asset persediaan di hari tua.
Melalui Pakejgold MaherSaham ini,kami membantu anda membina foundation ilmu pelaburan saham yang kukuh, supaya anda mampu membina portfolio berkualiti tinggi yang berpotensi menjana pendapatan jangka panjang sebagai persediaan kewangan masa depan.
Masalah sebenar bukan saham — tetapi masuk usia persaraan tanpa pelan dan kemahiran.
Selepas menyertai Pakej Gold ini, anda bukan sekadar belajar teori saham, tetapi membina keupayaan membina portfolio saham-saham Dividend berkualiti tinggi di pasaran US dan Malaysia:
Mampu membina portfolio dividen berkualiti tinggi
Anda tahu cara memilih dan menyusun saham dividen yang kukuh dan mampan, merangkumi pasaran Malaysia dan Amerika Syarikat, dengan fokus kepada aliran tunai konsisten, bukan sekadar dividen sementara.
Menjana pendapatan melalui dua sumber utama: capital appreciation dan dividen dalam mata wang USD
Anda faham bagaimana menggabungkan kenaikan harga saham dan pendapatan dividen untuk membina pendapatan pelaburan jangka sederhana hingga panjang, termasuk kelebihan pendedahan kepada US Dollar sebagai mata wang global.
Mahir membaca dan menganalisis laporan kewangan syarikat secara mendalam
Anda bukan lagi pelabur yang takut dengan nombor. Anda mampu membaca, memahami dan menilai financial statements, serta mengenal pasti “hidden treasure” — syarikat berkualiti tinggi yang masih belum dihargai pasaran, sama ada di US Market atau Bursa Malaysia.
Cekap membuat penilaian (valuation) yang praktikal dan mudah difahami
Anda tahu membuat valuation secara ringkas tetapi berkesan, tanpa perlu terperangkap dalam analisis perbandingan yang kompleks atau memeningkan kepala. Fokus anda adalah nilai sebenar perniagaan, bukan semata-mata pendapat pasaran.
Bijak mentafsir data, berita dan risiko geopolitik untuk melaras portfolio
Anda mampu menginterpretasi data ekonomi, laporan berita dan perkembangan geopolitik dengan rasional, dan menggunakan maklumat tersebut untuk melaraskan portfolio secara strategik — bukan bertindak panik atau beremosi.
Mengamalkan mindset seorang businessman dalam pelaburan saham
Anda tidak lagi melihat saham sebagai simbol di carta, tetapi sebagai pemilikan perniagaan sebenar. Setiap pelaburan dinilai dari sudut model perniagaan, daya saing, aliran tunai dan ketahanan jangka panjang.
Memahami dan mengaplikasikan prinsip Value Investing yang terbukti berjaya
Anda benar-benar faham konsep value investing — pendekatan yang telah membawa Warren Buffett menjadi antara pelabur paling berjaya di dunia — dan tahu bagaimana menyesuaikannya dengan realiti pasaran semasa.
⭐️Dapatkan Segera,Masa Berjalan,Nak Diskaun 20% masukan kupon GOLD20,hanya 10 orang terpantas sahaja:
https://app.mahersaham.com/pakejgold/873

Mulakan Pelaburan Anda
Ilmu pelaburan adalah langkah pertama. Tapi tanpa tindakan, ilmu tidak akan membawa hasil.
📖 Pelajari Asas:
Dapatkan ebook percuma kami untuk panduan lengkap.
📈 Mula Melabur:
Untuk melabur di Bursa Malaysia, buka akaun CDS sekarang.