Cara Isi Akaun Mplus Global

Malacca Securities Sdn Bhd (Mplus) telah mula melebarkan platform nya untuk mula berdagang di luar negara. Ini memberi peluang kepada pelabur untuk terlibat sama melabur di pasaran luar negara.
Namun, untuk melabur di Mplus Global ini, pelabur diminta untuk mendaftar sekali lagi walaupun sudah memiliki akaun CDS Mplus untuk Bursa Malaysia.
Jadi, saya akan terangkan satu persatu cara untuk mengisi pendaftaran akaun Mplus Global, khas untuk pengguna sedia ada Mplus.
Anda juga boleh membuka akaun Mplus Global ini walaupun anda bukan client sedia ada Mahersaham.
Langkah-langkah isi akaun Mplus Global
- Tekan link ini untuk membuka akaun : Buka Akaun Mplus Global
Anda akan dibawa ke page Mplus Global.

2. Isi emel atau nombor telefon anda.
PENTING —–> Untuk client sedia ada, sila tekan bahagian Phone. Pastikan phone anda adalah nombor yang berdaftar dengan Mplus. Untuk semak, boleh pergi ke bahagian seperti CARA SEMAK NOMBOR CDS ANDA.
Tekan ‘Log in or Sign up’

3. Disebabkan anda merupakan client Mplus, database anda sudah pun disimpan. Anda akan diminta untuk memilih sama ada ingin mendapatkan ‘confirmation code’ melalui emel atau nombor telefon.

4. Isi ‘verification code’ yang akan diterima melalui platform yang telah anda pilih sebentar tadi.

5. Buat password baru dengan mengikut ketetapan yang diberikan. Sehingga ketiga-tiga ketetapan dipenuhi dan ditanda ‘betul’ atau right, kemudian tekan ‘Sign up’

6. Padam atau untick bahagian ‘Share Margin Financing Account‘
Buat yang tidak tahu, share margin financing account adalah perkhidmatan margin yang disediakan oleh Mplus. Jika anda ada membeli saham, saham yang anda beli itu mempunyai value yang boleh ‘dicagarkan’ kepada Mplus, anda akan ada dana tambahan untuk membeli saham lain walaupun duit dalam trust sudah tiada.
Walaubagaimanapun, sekiranya harga saham anda jatuh, maka akan berlaku ‘Margin Call’ di mana Mplus akan menjual saham anda untuk ‘cover loss’ tersebut – disebabkan dana tambahan tersebut adalah seperti hutang Mplus kepada anda.
Berkaitan margin, selalunya akan ada caj tambahan yang dikenakan jika menggunakan margin. Untuk tahu lebih lanjut boleh ke Apa Itu Margin Call dan Forced Selling oleh Majalahlabur
Mungkin ada servis margin patuh shariah menggunakan konsep Tawarruq, namun jujur cakap saya tidak selesa dengan cara tersebut. Untuk Mplus, ‘unlikely’ servis margin menggunakan konsep Tawarruq sekalipun.

7. Jika anda tiada cukai di negara lain, tekan ‘No‘ di ‘Are you a tax resident of another country(s) outside Malaysia?’. Pilih ‘Malaysia’ sebagai ‘Country of Tax Residence‘. Pilih ‘Yes‘ di ‘Do you have a Tax Identification Number (TIN)’ sekiranya anda ada nombor cukai dan isikan nombor tersebut di bahagian ‘Tax ID‘. Kemudian tekan ‘Next’.

Jika anda tiada nombor cukai, pilih ‘No’ di bahagian ‘Do you have a Tax Identification Number (TIN)’, pilih ‘B’ dan nyatakan sebab anda tidak mempunyai nombor cukai.

8. Jika anda tidak termasuk dalam kategori orang yang ada domestic ringgit borrowings, klik ‘I do not have domestic ringgit borrowings…’. Apa itu FEA Rules? Anda boleh baca penerangannya di bawah artikel ini di bahagian ‘Soalan-soalan Berkaitan Pendaftaran Mplus Global’.

9. Ini bahagian paling penting. Pastikan anda isi kod – salah satu sahaja – biasanya sudah automatik jika anda klik link dari artikel ini – ‘DADY atau B754 atau OT89‘ di ‘Invitation Code’ sekiranya anda ingin mendapat kelebihan sebagai client Mahersaham. Sekiranya anda bukan client Mahersaham untuk akaun CDS untuk Bursa Malaysia, anda juga boleh mengisi kod ini. Tetapi, mungkin juga terdapat kod yang dimasukkan berbeza dan masih boleh diterima iaitu DADY, B754, OT89.
Isi kod : kod yang dinyatakan di atas.

Lihat CDS Statement dan Terms of Service (sekiranya perlu).
10. Boleh jadi juga terdapat kod yang dimasukkan berbeza dan masih boleh diterima iaitu Q7HV , DADY, B754, OT89 sekiranya anda membuka akaun menggunakan link yang diberikan.
11. Tick ‘accept this Agreement’ dan ‘acknowledgement’. Kemudian tekan ‘Sign and Submit‘. Anda akan diminta untuk sign dan tekan butang ‘Confirm‘

12. Proses akan diambil lebih kurang 1-3 hari bekerja.

13. Anda akan menerima mesej selepas akaun anda telah aktif.

Selesai. Sekiranya anda terlupa atau tidak masukkan kod, boleh cuba hubungi fb.com/mplusonline Baritahu ingin membuat permohonan baru untuk global sebab terlupa masukkan kod.
Ada mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan? Boleh tanya di Support Group Khas untuk client Mahersaham atau terus hubungi https://t.me/mahersahamplatform
Ingin mengetahui lebih lanjut? Boleh juga baca artikel /blogs/mplus-dah-mula-tawarkan-akaun-untuk-trade-global
Soalan-soalan Berkaitan Pendaftaran Mplus Global
Tutorial Cara Guna Apps Mplus Global
Setelah berjaya buka akaun, dan anda telah pun memuat turun aplikasi Mplus Global, maka tibalah masa untuk anda mula melabur dalam saham luar negara. Untuk itu, saya sediakan panduan Tutorial Penuh Cara Menggunakan Aplikasi Mplus Global.
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah kelebihan membuka akaun Mplus Global?
Mplus Global membolehkan pelabur Malaysia melabur di pasaran saham luar negara termasuk pasaran US, Hong Kong, dan lain-lain. Ia memberi peluang untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan ke peringkat antarabangsa.
Bagaimana cara mendaftar akaun Mplus Global?
Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan rasmi Mplus Global. Anda perlu menyediakan dokumen pengenalan diri, maklumat bank, dan mengikut langkah-langkah pendaftaran yang ditetapkan.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk pembukaan akaun?
Anda memerlukan kad pengenalan atau pasport, penyata bank terkini, dan maklumat peribadi seperti alamat dan nombor telefon. Semua dokumen perlu dimuat naik semasa proses pendaftaran dalam talian.
Bagaimana cara masuk ke group support client selepas buka akaun?
Gunakan Mahersaham Global Bot di Telegram. Tekan /start, pilih /mplusglobal, kemudian masukkan emel dan nombor telefon yang didaftarkan. Bot akan berikan link untuk masuk ke group client.
Kesimpulan
Membuka akaun Mplus Global adalah langkah pertama untuk pelabur Malaysia memasuki pasaran saham antarabangsa. Dengan proses pendaftaran yang mudah dan sokongan daripada Mahersaham, anda boleh mula melabur dengan yakin.
Untuk bermula, buka akaun CDS anda hari ini. Muat turun juga ebook percuma asas pelaburan kami untuk membina pengetahuan asas sebelum mula melabur di pasaran global.




