CARA SEMAK NOMBOR CDS ANDA

Kegunaan Nombor CDS
Apabila seseorang mohon Akaun CDS untuk mula melabur dan siap sahaja Akaun CDS diproses, perkara WAJIB perlu tahu tentang CDS anda adalah:
- Client Code
- User ID
- Siapa Remisier
- Nombor CDS
- Trading Pin
Sila Ambil Perhatian 5 Perkara penting ini dalam CDS anda kerana anda akan gunakan maklumat-maklumat ini untuk Login ke Platform, mohon IPO, hubungi Remisier untuk sebarang pertanyaan, hantar order buy/sell dan tujuan pengesahan lain-lain lagi.
Kebiasaannya, maklumat nombor CDS digunakan semasa anda nak mohon IPO di Online Banking.
Ia akan menjadi masalah apabila anda tidak tahu mana nak dapat maklumat nombor CDS ini.
Jadi dalam artikel ini akan tunjukkan cara untuk anda semak nombor CDS terutamanya bagi pengguna Platform Mplus.
Cara Semak Nombor CDS
- Melalui Platform Mplus:



Pertama sekali Login Platform Mplus. Kemudian klik bahagian My Account > My Profile.Jadi disitu akan keluar paparan details maklumat Akaun CDS termasuk Nombor CDS anda.Cuma untuk makluman, nombor CDS anda hanya 9 digit yang terakhir. 6 digit pertama yang tertera (012-001) adalah kod broker dan cawangan.Sekiranya anda nak mohon IPO melalui online banking nanti anda kena masukkan kesemua 15 digit ini tanpa simbol ‘-‘Sebagai contoh, 012001123456789.Pastikan cukup 15 digit semasa mohon IPO untuk elak permohonan IPO anda di reject disebabkan digit nombor CDS tidak cukup.
- Contract Note:


Kedua, boleh semak nombor CDS di Contract Note anda. Contoh boleh rujuk pada gambar.Contract Note ini anda akan dapat selepas transaksi beli/jual saham dibuat sebagai rujukan transaksi anda.Berbeza sedikit jika di contract note 9 digit nombor CDS anda sahaja yang ditunjukkan. 6 digit pertama tadi hanya boleh semak di Platform Mplus sahaja.
Kesimpulan
Inilah 2 cara mudah untuk semak nombor akaun CDS anda iaitu melalui Platform Mplus dan Contract Note. Nombor CDS ini penting untuk urusan permohonan IPO dan pengesahan akaun pelaburan anda.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Bagaimana cara semak nombor CDS saya?
Anda boleh semak nombor CDS melalui dua cara utama iaitu melalui Platform Mplus yang memaparkan kesemua 15 digit, atau melalui Contract Note yang memaparkan 9 digit terakhir selepas transaksi beli/jual saham dibuat.
2. Berapa digit nombor CDS?
Nombor CDS terdiri daripada 15 digit. Di Platform Mplus anda boleh lihat kesemua 15 digit, manakala di Contract Note hanya 9 digit terakhir yang dipaparkan.
3. Untuk apa nombor CDS digunakan?
Nombor CDS diperlukan untuk urusan seperti permohonan IPO melalui online banking Maybank, CIMB, Public Bank dan bank-bank lain. Ia juga diperlukan untuk pengesahan identiti akaun pelaburan anda.
4. Bolehkah saya semak nombor CDS jika belum ada transaksi?
Ya, anda boleh semak nombor CDS terus di Platform Mplus selepas akaun CDS anda siap diproses tanpa perlu membuat sebarang transaksi terlebih dahulu.
Belum ada akaun CDS? Buka akaun CDS anda sekarang bersama Mahersaham untuk mula melabur dalam pasaran saham. Muat turun juga Ebook Asas Saham percuma untuk panduan lengkap belajar saham dari asas.