Cara Deposit ke Mplus Global

Mplus Global telah dilancarkan. Pendaftaran akaun baru untuk membenarkan pelabur mula melabur di pasaran saham global mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Selepas membuka akaun, perkara seterusnya yang perlu dilakukan ialah deposit modal ke dalam akaun Mplus Global. Ini merupakan langkah yang wajib sebelum kita membeli saham luar negara.
Langkah-langkah Deposit
1.Buka akaun M+ Global. Transaksi jual beli dilakukan dalam aplikasi M+ Global. Jadi, perlu download terlebih dahulu aplikasi M+ Global.
Untuk pengguna Android download di : android
Pengguna Apple, download di : apple

2. Pergi ke menu ‘Trade‘.

3. Tekan ikon ‘Deposit‘.

4. Pilih ‘Online FPX Deposit‘

5. Tulis jumlah yang ingin dimasukkan di bahagian ‘Amount‘. Minimum transaksi ialah RM1,000 dan maksimum RM30,000. Lihat pada nama, pastikan penama pada bank yang digunakan adalah sama dengan nama yang tertera.

6. Masukkan ‘Trading Password’ yang telah anda tetapkan pada pembukaan akaun.

7. Pastikan amount yang dimasukkan betul dan pilih bank anda. Pastikan bank yang anda gunakan merupakan nama yang sama seperti yang telah didaftarkan untuk pembukaan akaun Mplus.

8. Sebagai contoh, anda pilih ‘Maybank’, isi seperti anda membuat transaksi FPX yang biasa.

9. Semak ‘Total Asset’ di bahagian ‘Trade’ untuk pastikan duit anda telah berjaya deposit. Deposit akan diproses semasa hari bekerja sahaja.
Soalan Lazim (FAQ)
Berapa lama masa deposit Mplus Global diproses?
Deposit akan diproses semasa hari bekerja sahaja. Sekiranya anda membuat deposit pada hujung minggu atau cuti umum, ia akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
Bolehkah saya deposit menggunakan akaun bank orang lain?
Tidak, penama akaun bank yang digunakan perlu sama seperti penama pada akaun Mplus yang didaftarkan. Ini adalah untuk tujuan keselamatan dan pengesahan identiti.
Apakah kaedah deposit yang dibenarkan untuk Mplus Global?
Transaksi hanya boleh dilakukan melalui FPX online transfer sahaja. Transfer manual melalui mesin ATM atau kaedah lain tidak dibenarkan oleh Mplus Global.
Bagaimana cara menyemak deposit sudah berjaya?
Anda boleh menyemak di bahagian Total Asset dalam menu Trade pada aplikasi Mplus Global. Jumlah yang dipaparkan akan dikemaskini selepas deposit berjaya diproses.
Kesimpulan
Proses deposit ke Mplus Global adalah mudah melalui FPX online transfer. Pastikan anda menggunakan akaun bank yang sama dengan nama pendaftaran dan membuat deposit pada hari bekerja untuk pemprosesan yang lancar.
Jika anda belum mendaftar, buka akaun CDS anda hari ini untuk mula melabur di pasaran global. Muat turun juga ebook percuma asas pelaburan kami untuk panduan lengkap.