Company Announcements : Pengumuman Penting Syarikat Kepada Shareholder

Loading...

Baru-baru ini saya berpeluang untuk menilai kembali prestasi portfolio saya dan berasa gembira bahawa salah satu kaunter yang saya laburkan telahpun mencapai keuntungan lebih kurang 82-85% dalam masa setahun berbanding modal yang saya laburkan.
Diingatkan juga bahawa jika hanya dikira dari ‘entry price’ pertama kali saya melabur dalam kaunter tersebut, tanpa membuat sebarang penambahan modal (average up atau average down), saya boleh dikira sudahpun mencapai keuntungan 105-110%, pada hari saya menilai kembali prestasi portfolio tersebut.
Saya perasan bahawa syarikat tersebut ada menjalankan satu corporate exercise baru-baru ini. Jadi saya mengambil kesempatan untuk berkongsi sedikit maklumat kepada semua berkaitan corporate exercise dan company announcement.
Corporate exercise juga dikenali sebagai corporate action di sesetengah tempat.
Corporate exercise secara mudahnya merujuk kepada sebarang aktiviti syarikat yang akan memberi kesan secara langsung kepada saham syarikat itu samada pertambahan atau pengurangan jumlah unit saham.
Antara contoh corporate action adalah share split, share consolidation, warrant, merger and acquisition.
Apabila sesebuah syarikat hendak melaksanakan sesuatu corporate exercise, segala announcement atau progress perlulah diumumkan kepada public (spesifik: kepada shareholder atau bakal pelabur).
Pengumuman tersebut boleh diakses dengan mudah pada website bursamalaysia.com pada bahagian company announcements.

Walaubagaimanapun, tak ramai yang akan cuba untuk meluangkan masa membaca dan memahami apa yang diumumkan oleh syarikat-syarikat yang ada.
Keadaan ini sebenarnya mewujudkan satu market yang belum effisien sepenuhnya dan memberikan peluang kepada ‘smart trader/investor’ untuk menghasilkan keuntungan.
Mereka cuba mencari arbitrage untuk mendapatkan keuntungan yang pasti (baca: hampir pasti) dalam saham.
‘Market Efficiency’ juga adalah salah satu perkara yang perlu diketahui oleh para pelabur/pedagang (trader/investor) jika mahu meningkatkan level mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Keuntungan dalam saham tidak datang dengan mudah, biarpun tidak mustahil.
Jika kita masih mengharapkan keuntungan mudah tanpa kita sendiri meningkatkan ilmu pengetahuan kita, kita pasti akan menemui jalan buntu dan tidak akan berjaya untung dengan konsisten dalam saham.
Company announcement ialah pengumuman rasmi yang dibuat oleh syarikat tersenarai di Bursa Malaysia melalui platform Bursa Malaysia. Ia merangkumi maklumat penting seperti keputusan kewangan, dividen, perubahan pengurusan, kontrak baharu, dan corporate action yang boleh memberi kesan kepada harga saham.
Company announcement boleh disemak melalui laman web rasmi Bursa Malaysia di bahagian Announcements. Pelabur juga boleh menggunakan platform trading broker masing-masing atau aplikasi seperti Bursa Anywhere untuk mendapatkan notifikasi pengumuman terkini.
Company announcement memberikan maklumat awal yang boleh mempengaruhi harga saham. Pelabur yang membaca dan memahami pengumuman lebih awal mempunyai kelebihan berbanding pelabur yang hanya bergantung kepada tips atau rumours. Ini mewujudkan peluang arbitrage untuk smart investor.
Market efficiency merujuk kepada sejauh mana harga saham sudah mencerminkan semua maklumat yang tersedia. Di Bursa Malaysia, pasaran belum sepenuhnya efisien kerana ramai pelabur tidak membaca announcement. Ini memberi peluang kepada pelabur yang rajin mengkaji untuk mendapat keuntungan.
Membaca dan memahami company announcement adalah kemahiran penting yang membezakan pelabur berjaya daripada pelabur biasa — jadikan ia sebahagian daripada rutin pelaburan anda.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur di Bursa Malaysia dan akses maklumat pengumuman syarikat secara terus.
Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk memahami asas pelaburan saham termasuk cara membaca laporan kewangan.
Bacaan lanjut: