Apa yang menyebabkan harga saham naik dan turun?

Loading...

Artikel kali ini membincangkan kenapa harga saham naik dan turun. Agak-agaknya kenapa ya? Jawapannya adalah kerana “demand” dan “supply”.
Bagaimana ianya bermula? Katakanlah keluar satu berita mengatakan ekonomi sedang bagus dan meningkat naik lebih dari dijangkakan.
Atau sesuatu syarikat itu mendapat kontrak besar dari kerajaan maka berbondong-bondonglah orang beratur untuk membeli saham syarikat lebih dari orang yang ingin menjual saham tersebut.
Disebabkan sudah mula ramai pembeli ingin membeli berbanding penjual, pembeli yang menjangkakan pergerakan harga akan semakin positif, mereka akan membeli saham-saham ini walaupun harga yang ditawarkan oleh penjual lebih tinggi dari harga semasa.
Ini menyebabkan harga akan didagangkan lebih tinggi dan harga saham akan terus meningkat.
Sebaliknya bila sesuatu berita buruk keluar, katakanlah, ekonomi negara dilaporkan lembab, ataupun hutang negara dilaporkan semakin meningkat, seperti yang berlaku baru-baru ini, banyak saham-saham telah jatuh.
Ini kerana lebih ramai pemegang saham berpotensi tinggi untuk menjual berbanding dengan pelabur yang berpotensi untuk membeli.

Bila demand melebihi supply harga saham naik dan sebaliknya bila supply meningkat demand turun, harga saham turun.

Gambar 2: Kaunter x menunjukkan demand yang tinggi
Merujuk pada gambar 2, peratus belian yang tinggi di setiap harga berbanding dengan peratusan jualan.
Ini menunjukkan demand meningkat dan membuat harganya naik pada hari dagangan tersebut.

Gambar 3: Kaunter Y menunjukkan supply yang tinggi.
Merujuk pada gambar 3, peratusan belian telah berkurang dan diatasi oleh jualan, ini bermakna supply telah mengatasi demand dan mendorong harga turun pada hari dagangan tersebut.
KESIMPULAN
Pergerakan harga saham sebenarnya didorong oleh emosi dari pelbagai golongan pelabur dan pedagang.
Emosi ini disebabkan oleh berita mengenai ekonomi atau sesuatu syarikat. Bila para pelabur dan pedagang tertarik dan optimistik, mereka akan mendorong harga saham lebih tinggi.
Bila mereka bimbang dan takut , ianya mendorong harga saham turun. Kenaikan harga saham jangka pendek tidak menggambarkan nilai sesuatu syarikat.
Ini memberikan ruang untuk pelabur bijak membeli pada harga diskaun dan menjual pada harga lebih nilai, dan memberi keuntungan kepada mereka.
Harga saham naik apabila permintaan (demand) melebihi penawaran (supply). Ini biasanya berlaku apabila pelabur optimistik terhadap sesuatu syarikat atau ekonomi secara keseluruhan, menyebabkan lebih ramai pembeli berbanding penjual dan mendorong harga ke atas.
Harga saham jatuh mendadak apabila berlaku panik jualan di mana ramai pelabur ingin menjual pada masa yang sama. Ini boleh dicetuskan oleh berita negatif tentang syarikat, keadaan ekonomi yang merosot, atau sentimen pasaran yang bertukar kepada ketakutan menyebabkan supply mengatasi demand.
Tidak semestinya. Harga saham jangka pendek lebih dipengaruhi oleh emosi pelabur dan sentimen pasaran berbanding nilai sebenar syarikat. Ini memberikan peluang kepada pelabur bijak untuk membeli saham berkualiti pada harga diskaun apabila pasaran dalam keadaan panik.
Demand dan supply boleh dilihat melalui order book atau market depth yang menunjukkan jumlah bid (permintaan beli) dan ask (penawaran jual). Apabila peratusan belian lebih tinggi daripada jualan, demand lebih kuat dan harga cenderung untuk naik, dan sebaliknya.
Memahami konsep demand dan supply adalah asas penting dalam pelaburan saham — ia membantu anda memahami kenapa harga bergerak dan membuat keputusan jual beli yang lebih rasional.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur di Bursa Malaysia dan belajar membaca pergerakan demand dan supply secara langsung.
Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk memahami asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: