Cara Detect Market Rebound

Loading...

Kali ini kita belajar 2 jenis PATTERN dalam TEKNIKAL ANALISIS yang para trader akan detect MARKET akan rebound.
Sebenarnya banyak lagi tapi kali ini bagi 2 je dulu. Kalau bagi semua nanti pening lalat pulak. 
Sebelum tu kita fahamkan dulu apa itu teknikal analisis (TA) dan fundamental analisis (FA).
TA – Kaji kesan pergerakan harga
FA – Kaji kenapa pergerakan harga berlaku
2 PATTERN itu adalah :
Candlestick dalam keadaan downtrend dan kita boleh lihat candle positive yg kecil bakal terbentuk.
Ini menunjukkan ia mungkin akan UPTREND semula selepas transaksi SELL telah berlaku dan mungkin diakhir2 SELL.
So kita sebagai trader boleh mula untuk BUY. Namun begitu buat dulu sedikit kajian berapa ENTRY POINT yang anda inginkan.
TAKE PROFIT dan juga STOP LOSS.

Dari gambar kita boleh lihat adanya MARUBOZU (LIHAT GAMBAR KE 3 untuk tahu macam mana MARUBOZU) di bottom itu maskudnya adalah kombinasi BULLISH ENGULFING.
So disini bagi trader meraka faham bahawa SELL hampir tamat dan market akan mula UPTREND.
Disini lah JERUNG akan mulakan operasi mereka untuk BUY. So kita sebagai bilis ini ambil peluang dimasa JERUNG MELAKUKAN aktiviti diorang. 
Dua pattern seperti yang ditunjukkan di atas adalah sebahagian daripada topik Candlestick Analisis, seperti yang terkandung dalam Advance Online Coaching untuk Mahersaham Premium.
Candlestick Analisis adalah kajian candlestick, salah satu jenis chart yang banyak digunakan oleh para pelabur dalam proses mereka menganalisa saham.
Untuk tahu jenis-jenis chart yang ada selain daripada chart jenis candlestick, tuan puan boleh rujuk di sini.
Para pelabur seharusnya menyediakan diri mereka dengan pelbagai jenis pengetahuan dan analisa.
Ini membolehkan mereka memahami pergerakan pasaran dan faktor-faktor yang menggerakkan pasaran dengan lebih mendalam dan hasilnya mereka akan lebih yakin dengan Trading Plan hasil kajian mereka sendiri.
Cara untuk detect market rebound juga merupakan salah satu daripada analisa yang boleh dilakukan untuk membantu dalam memahami pergerakan pasaran.
Pengetahuan dan analisa ini akan membantu dan memudahkan keputusan pelaburan atau trading mereka.
Ambil peluang ini dan belajar dari yang TERBAIK!!.Â
Market rebound ialah keadaan di mana harga saham atau indeks pasaran melantun naik semula selepas mengalami penurunan. Ia berlaku apabila tekanan jualan berkurangan dan pembeli mula masuk semula ke pasaran, menyebabkan harga bergerak ke atas daripada paras sokongan.
Antara pattern yang boleh digunakan untuk mengesan rebound termasuk double bottom, hammer candlestick, dan bullish engulfing. Perhatikan juga volume dagangan — rebound yang disertai dengan peningkatan volume biasanya lebih kukuh dan berpotensi untuk berterusan.
Membeli semasa rebound boleh menguntungkan tetapi perlu berhati-hati. Pastikan rebound disahkan oleh pattern teknikal yang jelas dan volume yang mencukupi. Elakkan membeli terlalu awal (catching a falling knife) kerana harga mungkin turun lagi sebelum rebound sebenar berlaku.
Rebound biasanya merujuk kepada lantunan sementara dalam trend menurun, manakala reversal ialah perubahan trend secara keseluruhan dari downtrend kepada uptrend. Rebound mungkin hanya bertahan beberapa hari, tetapi reversal menandakan permulaan trend baharu yang lebih panjang.
Menguasai cara mengesan market rebound membantu anda mengenal pasti peluang kemasukan yang tepat dan mengelakkan pembelian semasa pasaran masih dalam keadaan menurun.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur di Bursa Malaysia dengan strategi yang berasaskan analisis teknikal.
Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk memahami asas pelaburan saham termasuk cara membaca carta dan pattern.
Bacaan lanjut: