Menggunakan Volume Dalam Analisa Saham

Loading...

Volume adalah jumlah dagangan saham di BURSA MALAYSIA. Ia boleh dilihat untuk 30 minit, harian, mingguan dan bulanan bergantung jenis TRADER/INVESTOR itu sendiri .
Dalam chart, ia akan berada di bawah chart CANDLESTICK. Kebiasaannya digunakan untuk melihat trend STOCK itu sendiri.
Ia sangat penting dalam pasaran saham kerana TRADER/INVESTOR akan menganalisa sesuatu stock menggunakan ilmu TECHNICAL ANALYSIS.
Dalam proses mereka membuat kajian, pergerakannya antara paling utama akan dilihat untuk mengesahkan EP(ENTRY POINT), TP (TAKE PROFIT) & CL (CUT LOSS).

Contoh di atas dari SHARE INVESTOR team mahersaham untuk kaunter MKLAND (hanya tujuan pembelajaran).
Dalam kotak merah itu adalah VOLUME untuk kaunter ini. Yang lain tidak perlu lihat untuk sesi posting kali ini tetapi sesiapa guna SHARE INVESTOR memang best sebab banyak features.
Nak tahu boleh ke /pakejgold>
Mudah je, contoh kaunter A kebiasaanya volume dagangan akan sama je untuk sebulan, namun ada satu hari VOLUME KAUNTER A lain dari kebiasaan.
Di situ kita boleh tahu yang ada TRADER/INVESTOR mahupun JERUNG(INSTITUSI-INSTITUSI) yang berminat dengan kaunter ini.
Jadi kita tumpang sekaki untuk mengambil peluang yang ada. Itulah kelebihan menggunakan cara ini.
Tetapi kena ingat volume ada dua iaitu MERAH & HIJAU. Jangan lihat ada volume je terus profit lah tu.
JIKA MERAH itu bermaksud para TRADER/INVESTOR menjual.
Bahasa mudah LARIIIII.
JIKA HIJAU itu bermaksud para TRADER/INVESTOR membeli. Bahasa mudah nak merempittt/merokettttt.
Akhir sekali kena faham, VOLUME mendahului PRICE. Para TRADER/INVESTOR akan mengawal jumlah untuk melihat jika berlaku REVERSAL yang mungkin boleh berlaku disebabkan beberapa faktor.
Maksudnya sesuatu VOLUME tidak kira MERAH mahupun HIJAU akan mengakibatkan berlakunya PERUBAHAN HARGA.
Contoh mudah seperti dalam gambar rajah di bawah
Price kalau dilihat trend menaik namun begitu volume semakin berkurang, jadi inilah yang di katakan REVERSAL yang berkemungkinan akan berlaku terhadap PRICE.
PRICE akan jatuh disebabkan VOLUME BUY semakin menipis dan VOLUME SELL semakin menebal.
Setakat itu dahulu, nanti akan ada sambungan lain pulak.
Volume ialah jumlah unit saham yang didagangkan dalam sesuatu tempoh masa di Bursa Malaysia. Ia boleh dilihat dalam carta harian, mingguan atau bulanan. Volume yang tinggi menunjukkan minat dagangan yang aktif terhadap sesuatu kaunter, manakala volume rendah menandakan kurang minat daripada pelabur.
Volume mengesahkan kekuatan pergerakan harga. Apabila harga naik disertai volume tinggi, ia menunjukkan kenaikan yang kukuh dan disokong oleh ramai pembeli. Sebaliknya, kenaikan harga dengan volume rendah mungkin tidak bertahan lama kerana kurang sokongan daripada pasaran.
Divergence berlaku apabila harga dan volume bergerak dalam arah yang bertentangan. Contohnya, jika harga terus naik tetapi volume semakin berkurang, ia memberi amaran bahawa trend kenaikan mungkin akan berakhir kerana semakin sedikit pembeli yang menyokong kenaikan tersebut (reversal signal).
Perhatikan lonjakan volume yang luar biasa kerana ia biasanya menandakan pergerakan harga yang signifikan. Volume tinggi pada breakout mengesahkan kekuatan breakout tersebut. Sebaliknya, volume yang menipis semasa harga naik memberi isyarat untuk berhati-hati kerana kemungkinan berlaku pembalikan harga.
Volume adalah petunjuk penting yang sering diabaikan oleh trader baru — menguasai cara membaca volume membantu anda mengesahkan isyarat harga dan mengelakkan false breakout.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula mengaplikasikan analisis volume dalam strategi trading saham anda di Bursa Malaysia.
Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk memahami asas pelaburan saham dari sifar termasuk cara membaca carta saham.
Bacaan lanjut: