Zakat Saham Kena Bayar Ke?

Loading...

Zakat merupakan kata terbitan dari kalimah (زَكَى ).
Ia bermaksud suci, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.
Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.
Perkataan ‘Saham’ berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud bahagian yang dimiliki.
Seperti yang diketahui, saham adalah wang yang dilaburkan dalam sesebuah syarikat atau perniagaan.
Contohnya saham dalam syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Prestasi sesebuah perniagaan biasanya boleh diukur melalui dividen yang diagihkan atau nilai saham tersebut di pasaran saham.
Dalil dan Hujah mengeluarkan zakat adalah seperti berikut:

‘Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakan (zakat) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu’
(Surah Al-Baqarah: Ayat 267)
1. Islam – diwajibkan kepada pemilik Muslim sahaja
2. Milik Sempurna – mempunyai kuasa menjual dan memperoleh manfaat daripada portfolio saham atau pelaburan.
3. Cukup Nisab – Nisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat.
Untuk tahu kadar nisab ini ditentukan oleh purata harga 85 gram emas pada setiap tahun seperti berikut:

Sumber: zakat.com.my
4. Cukup Haul – Haul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh satu tahun pemilikan portfolio pelaburan.
5. Halal – Saham yang diterbitkan untuk operasi perniagaan adalah halal dan tiada unsur gharar, riba’, arak atau judi.
Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan kepada dua kumpulan iaitu
1. saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan
2. saham-saham yang dijual beli untuk tempoh kurang daripada setahun.
Nilai zakat yang diwajibkan adalah sebanyak 2.5% daripada nilai pelaburan.


Sumber: zakat.com.my
Bagi saham yang tidak shariah terkecuali daripada zakat saham.
Tetapi tertakluk kepada wang modal asal sahaja. Namun sebagai muslim anda di nasihatkan supaya membuka akaun Islamik supaya terhindar dari memiliki saham yang Tidak Shariah.
Keuntungan daripada saham tidak shariah tidak diwajibkan zakat. Sebaliknya ia boleh diberikan kepada Baitulmal atau badan-badan kebajikan.
Saham jenis ini adalah saham yang tidak disenaraikan di Bursa Saham atau saham dalam koperasi.
Ia kebiasaannya tidak mudah ditunaikan. Zakat hendaklah dikeluarkan ke atas jumlah dividen yang diterima.
Zakat tidak perlu dibayar atas saham dan dividen saham sekiranya sesebuah syarikat tersebut telah pun mengeluarkan zakat perniagaan bagi pihak pemegang-pemegang sahamnya.
Namun sekiranya syarikat tidak mengeluarkan zakat perniagaannya, maka individu yang memiliki saham syarikat tersebut WAJIB membayar zakat secara persendirian.
Sebagai Muslim kita di wajibkan menunaikan zakat kerana dengan mengeluarkan zakat dapat membersihkan jiwa dan mensucikan harta kita.
Selain itu, melalui zakat juga harta akan lebih berkat InsyaAllah.
Sekiranya anda masih keliru dengan pengiraan zakat saham, boleh rujuk pada pusat zakat yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal anda atau layari portal zakat negeri masing-masing.
Ya, zakat wajib dibayar ke atas saham yang dimiliki jika memenuhi syarat nisab dan haul, sama seperti zakat harta yang lain.
Zakat saham dikira berdasarkan nilai semasa saham pada akhir haul dan dikenakan kadar 2.5% daripada jumlah tersebut.
Tidak. Jika syarikat telah mengeluarkan zakat perniagaan bagi pihak pemegang saham, anda tidak perlu bayar zakat saham secara persendirian.
Anda boleh membayar zakat saham melalui portal zakat negeri masing-masing atau di kaunter pusat zakat yang berdekatan.
Menunaikan zakat saham adalah tanggungjawab setiap pelabur Muslim — dan langkah pertama untuk melabur saham adalah dengan memiliki akaun CDS yang sah.
Jom buka akaun CDS bersama Mahersaham untuk mula melabur dalam saham patuh syariah di Bursa Malaysia.
Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: