Jenis-jenis Akaun CDS Dan Bagaimana Hendak Main Saham Tanpa Modal

Loading...

Akaun CDS ada banyak jenis, bergantung kita hendak mengasingkan akaun CDS tersebut berdasarkan kriteria apa.
Secara umumnya kita boleh asingkan atau bezakan akaun CDS dari sudut :
Ramai sudah tahu yang nak mula melabur dalam BURSA MALAYSIA, first kena ada AKAUN CDS untuk mula trade. Namun begitu ramai lagi tidak tahu yang dalam akaun cds ini terbahagi kepada dua iaitu
Ramai pakat buka je tanpa tahu yang di buka itu ISLAMIK or KONVENSIONAL. Itu satu hal. Yang kedua kita sebagai MUSLIM memang wajib yang ISLAMIK.
Untuk perbezaan ISLAMIK dan KONVESIONAL rujuk gambar 1.
Ringkasnya, kelebihan akaun CDS jenis islamik adalah :
Dalam webiste Bursa Malaysia juga kita boleh lihat ada 11 broker yang menawarkan AKAUN CDS ISLAMIK sama ada “FULL-FLEDGED” atau “WINDOW BASIS”.
Senarai broker-broker tersebut adalah :
Sumber : Bursa Malaysia
Akaun ini akan berdaftar atas nama anda. Bermaksud, nama anda sendiri yang akan berdaftar dalam daftar pemegang saham syarikat yang anda labur.
Akaun ini tidak didaftarkan atas nama anda sebaliknya menjadikan syarikat broker sebagai wakil anda.
Dah fahamkan maksud dia so jom tengok gambar rajah yang man dah siapkan ini perbezaan diantara DIRECT dan NOMINEE.
Mungkin ramai yang masih belum mengenali Rakuten, namun ianya mula mendapat tempat dalam komuniti saham.
Kos brokerage yang ditawarkan adalah setanding dengan akaun CDS Mplus yang kami promosikan.
Nak buka akaun CDS online pun boleh, kalau hari bekerja boleh siap dalam masa 1-3jam.
Tetapi…
Akaun CDS Rakuten bukanlah akaun jenis direct. Jadi seperti ulasan di atas, anda tak dapat buat banyak perkara, iaitu :
Dalam tajuk post ini kita sertakan sekali persoalan “Bagaimana Hendak Trade Saham Tanpa Modal”.
Logik ke untuk trade atau main saham tanpa modal ni?
Jawapannya, logik.
Tak ramai yang tahu jawapan ini kerana kurangnya kefahaman tentang jenis-jenis akaun.
Jadi tanpa membuang masa kita pergi kepada jenis-jenis akaun berdasarkan modal yang boleh digunakan untuk melabur saham.
1. Akaun Jenis Cash, atau dikenali sebagai Cash Upfront. Akaun jenis ini memerlukan anda deposit duit anda ke dalam akaun CDS terlebih dahulu. Jika tidak, anda tidak boleh trade.
Duit yang anda boleh trade adalah sama atau kurang sedikit dari duit yang anda deposit (tolak tepi sebahagian untuk dijadikan sebagai reserve). Senang cerita, cash x1.
2. Akaun Jenis Collateral atau Limit AccountAkaun ini juga memerlukan anda meletakkan sebahagian duit atau pun saham ke dalam akaun trust atau CDS anda.
Aset yang anda deposit kan – sebagai contoh mudah, anda masukkan rm10k, maka pihak broker akan memberikan 2 atau 3kali ganda cash yang anda ada menjadikan jumlah modal yang anda boleh trade adalah rm20-30k.
3. Akaun Jenis Margin
Akaun jenis margin pula hampir sama dengan collateral atau limit.
Cuma untuk akaun limit, anda hanya ada beberapa hari sahaja sebelum anda akan ‘dipaksa’ untuk lunaskan hutang anda – duit tambahan berganda yang diberikan oleh broker.
Manakala untuk margin account, duit hutang boleh digunakan selagi belum berhadapan dengan ‘margin call’.
4. Akaun Jenis Istimewa : ‘Clean Limit’ Akaun jenis istimewa ini memerlukan anda mempunyai hubungan baik dengan remisier anda.
Dalam hal ini, anda tidak perlu letakkan modal pun tak mengapa. Anda boleh trade saham mengikut kelulusan fund yang diberikan oleh remisier anda.
Jika untung, duit memang masuk dalam akaun trust anda.
Namun, jika rugi duit remisier anda yang akan ditolak.
Ini antara sebab kenapa tak ramai yang nak offer akaun jenis ini.
Haa.. dah faham?
Kalau dah faham, apa tunggu lagi?
Dengan ketiga-tiga kriteria ini anda tak perlu ragu-ragu status halal untuk jual beli saham, layak mohon IPO, layak juga datang terus ke AGM (mesyuarat agung tahunan) syarikat.
Kalau habis baca ni belum ada akaun CDS cuba baca lagi syarat untuk ada akaun CDS iaitu :
1. 18 tahun keatas
2. Tidak Bangkrap
3. Ada RM10
4. Ada email
5. Ada akaun bank
Cukup syarat ni anda layak buka akaun cds untuk mulakan langkah pertama dalam dunia saham.
Saya Maher Alias menyediakan perkhidmatan membuka akaun cds dan kami dibawah broker MALACCA SECURITIES yang lebih dikenali dengan MPLUS.
Saya adalah seorang remisier. Nak tahu apa itu remisier, boleh baca Semak Lesen Remisier Atau Perancang Kewangan Anda
Terdapat dua jenis utama: akaun CDS individu (direct) di mana saham dipegang atas nama pelabur sendiri, dan akaun CDS nominee di mana saham dipegang oleh broker bagi pihak pelabur.
Kos pembukaan akaun CDS adalah sekitar RM10. Anda perlu berumur 18 tahun ke atas, tidak bankrap, mempunyai email dan akaun bank untuk memenuhi syarat pembukaan.
Ya, anda boleh mula dengan modal kecil. Di Bursa Malaysia, pembelian minimum ialah 1 lot (100 unit). Bergantung kepada harga saham, anda boleh mula dengan beberapa ratus ringgit sahaja.
Remisier ialah wakil broker yang berlesen untuk menguruskan pembukaan akaun CDS dan membantu pelabur dengan transaksi jual beli saham. Remisier juga boleh memberi panduan dan sokongan kepada pelabur baru.
Langkah pertama untuk melabur saham ialah membuka akaun CDS — proses ini mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian.
Jika anda belum mempunyai akaun pelaburan, buka akaun CDS melalui Mahersaham bersama broker Mplus untuk mula melabur di Bursa Malaysia.
Baru nak mula belajar? Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk fahami asas pelaburan saham dari awal.
Bacaan lanjut: