Bursa Malaysia Ditutup Tinggi : Window Dressing Pertengahan Tahun?

Loading...

Menurut Investopedia :
“Window Dressing” adalah strategi yang digunakan oleh ‘mutual fund’
dan pengurus portfolio lain pada akhir tahun atau suku tahun untuk meningkatkan penampilan prestasi dana sebelum menyampaikannya kepada pelanggan atau pemegang saham.
Untuk window dressing, pengurus dana menjual saham yang sedang rugi besar dan membeli saham yang naik tinggi berhampiran akhir suku tahun. Sekuriti ini kemudian dilaporkan sebagai sebahagian daripada pegangan dana.
Seperti yang sudah kita sebutkan di atas, ini bertujuan untuk memberikan kesan yang seakan-akan ‘baik’ pada prestasi portfolio.
Dalam keadaan di atas, kemungkinan ‘mutual fund’ atau ‘unit trust’ itu membeli saham syarikat A hanya dua minggu sebelum prestasi dilaporkan namun dalam laporan mereka menampilkan kenaikan saham syarikat A dalam masa setahun.
Ini seolah-olah menunjukkan fund tersebut sememangnya bagus kerana berjaya memilih saham syarikat A untuk menjadi sebahagian daripada portfolio.
Window dressing untuk Bursa pula agak berbeza sedikit.
Indeks tidak mudah untuk memilih saham yang naik dan menjadikan saham tersebut sebahagian daripada indeks.
Jadi apa yang boleh dibuat?
Menaikkan saham-saham tertentu yang memang adalah sebahagian daripada indeks.
Dengan itu, indeks boleh naik secara keseluruhannya.
Sebagai contoh,

Pada awal tahun, indeks bermula dengan 1783 mata. Paling rendah sehingga hari Jumaat yang lepas adalah 1658 mata. Jadi sebelum penghujung bulan 6 (prestasi setengah tahun), indeks dinaikkan supaya nampak 32 mata lebih elok berbanding nilai paling rendah (1690 – 1658 = 32)
Memang nampak tak signifikan pun bagi saya.
Di sini pentingnya para pelabur menggunakan ‘common sense’ mereka.
Perkara paling penting kepada para pelabur adalah, bagaimana menggunakan maklumat ini untuk buat profit dalam pasaran saham?
Antara perkara yang memerlukan kajian lanjut adalah : (tidak mengikut turutan)
Dalam berita mereka mengatakan bahawa kenaikan indeks – penyumbang terbesar adalah saham Maybank dan Tenaga.

Gambar di atas diambil daripada Platform Trading M+ (Malacca Securities). Jika anda belum memiliki akaun CDS dengan M+ yang menawarkan brokerage yang sangat MURAH berbanding broker-broker lain, boleh lawati link ini.
Dari gambar di atas kita boleh nampak senarai saham dalam indeks FBMKLCI (tak lengkap), di mana saya menyusunnya mengikut peratusan kenaikan.
Kita boleh nampak, saham yang perform pada hari Jumaat adalah KLCC, TENAGA, HARTA, PMETAL, DIGI dan MAXIS.
Manakala saham yang lain naik biasa-biasa sahaja. Maybank mungkin juga masih penyumbang terbesar kenaikan indeks disebabkan indeks kita dikira berdasarkan market capitalisation weightage (topik di lain waktu).






Fuh!
Banyaknya chart, banyaknya tulisan …. banyaknya signal dan simbol yang tak difahami!
Chart adalah instrumen paling penting untuk pengamal Technical Analysis.
Seperti mana ilmu atau silibus yang lain, ianya memerlukan masa, dedikasi dan pengalaman untuk mahir dalam sesuatu perkara.
Anda disarankan klik link ini untuk belajar macam-macam perkara berkaitan technical analysis.
Dari kesemua chart di atas, ada dua kaunter yang menarik perhatian saya iaitu KLCC dan TENAGA.
Hal ini adalah disebabkan candlestick yang tidak seperti hari-hari yang biasa, dan kita boleh perhatikan juga peningkatan volume yang signifikan.
Hal ini menunjukkan ada sesuatu yang memotivasikan ‘large fund’ untuk masuk ke dalam kaunter-kaunter tersebut.
Kita akan meneruskan lagi kajian ini… sebab saya pun dah mengantuk.
‘catalyst’ atau sebab kenapa saham KLCC dan TENAGA naik banyak
Window dressing ialah strategi yang digunakan oleh pengurus dana (fund manager) untuk memperbaiki penampilan portfolio mereka menjelang akhir suku tahun atau akhir tahun. Mereka akan membeli saham-saham yang telah naik dan menjual saham yang rugi supaya laporan portfolio kelihatan lebih menarik kepada pelabur.
Window dressing biasanya berlaku menjelang akhir setiap suku tahun iaitu Mac, Jun, September dan Disember. Kesan paling ketara biasanya pada akhir tahun (Disember) dan pertengahan tahun (Jun) apabila fund manager perlu menyediakan laporan prestasi kepada pelabur mereka.
Ya, pelabur runcit boleh memanfaatkan fenomena window dressing dengan membeli saham blue chip atau saham berkapitalisasi besar beberapa minggu sebelum akhir suku tahun. Namun, perlu berhati-hati kerana kesan window dressing biasanya bersifat sementara dan harga mungkin turun semula selepas tempoh tersebut.
Perhatikan saham-saham berkapitalisasi besar yang menunjukkan peningkatan volume dagangan luar biasa menjelang akhir suku tahun. Candlestick yang luar biasa besar disertai volume tinggi pada saham blue chip seperti KLCC dan TENAGA boleh menjadi petunjuk aktiviti window dressing oleh fund manager.
Memahami fenomena window dressing membantu anda mengenali corak pasaran yang berulang dan merancang strategi pelaburan dengan lebih baik di Bursa Malaysia.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur di Bursa Malaysia dan manfaatkan peluang daripada corak pasaran seperti window dressing.
Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk memahami asas pelaburan saham termasuk cara membaca pergerakan pasaran.
Bacaan lanjut: