Perang Dagangan (Trade War) dan kesan terhadap Bursa Malaysia

Loading...

Kita mungkin pernah dengar Perang Dunia Pertama, Kedua, Perang Vietnam dan Perang teluk. Pernah dengar tentang perang dagangan?

Dengan pemodenan dunia zaman sekarang, peperangan secara psikologi menjadi peperangan zaman dengan menggunakan polisi, strategy dagangan, kadar tukaran asing dan juga teknologi perisikan melalui aplikasi dalam telefon.
Apa yang anda perlu tahu mengenai perang dagangan ini ialah konflik ekonomi antara kuasa-kuasa besar di dunia untuk melindungi industri masing-masing.
Contohnya Amerika Syarikat cuba untuk merendahkan kadar tukaran asing USD terhadap China. (Bacaan lanjut)
Selain itu Amerika juga mengenakan tarif besi dan aluminium terhadap Canada, Mexico dan juga Eropah.
Selain itu Amerika juga mengenakan import tarif terhadap China dimana industri yang membuat barangan mereka di China akan dikenakan tariff ini.
Ini akan menaikkan harga barang dan akibat daripada kenaikan harga barang akan menyebabkan pengguna akan mengurangkan perbelanjaan mereka.
Ada para ekonomi turut menegaskan kemungkinan perang dagangan ini akan menyebabkan seperti mana efek ‘the great depression’ pada tahun 1929.
Apa efek dan kesan terhadap pasaran Saham Malaysia. Malaysia antara negara-negara membangun yang turut terkena tempias akibat perang dagangan ini.
Ketika penjualan Thai Baht oleh George Soros pada tahun 1997, Malaysia turut terkena tempias kerana merupakan jiran kepada Thailand.
Oleh kerana faktor geografi dan juga rakan dagangan dalam ASEAN, hampir kesemua negara ASEAN turut terkena tempias kejatuhan ekonomi Asia.
Maka tidak dinafikan pasaran saham Malaysia turut terkena tempias ‘trade war’ ini. Kita tengok pada 25 Jun 2018 index Dow Jones telah jatuh sebanyak 1.3% kepada 24,252 dan dijangka turun sehingga 24,000 mata.
Index bursa Malaysia pula pada 26 Jun 2018 ialah 1,678.10 mata (jatuh 16.05 mata, -0.95%) dan dijangka mengalami penurunan sehingga 1650 mata.
Namun tak semua saham yang didagangkan mengalami penurunan dan masih ada beberapa kaunter yang mendapat keuntungan khususnya kaunter-kaunter ekspot.
Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira ketika berdagang di masa ‘High Volatile Market’.
Antaranya Analisa Fundamental, Teknikal dan juga Analisa ekonomi dimana kesemuanya berkait rapat bagi menentukan masa berdagang dan juga strategi portfolio anda.
Hubungi kami jika berminat mengetahui dengan lebih lanjut.
Sumber:
https://www.history.com/topics/great-depression
https://www.thebalance.com/the-great-depression-of-1929-3306033
https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-06-25/china-and-europe-warn-trade-war-could-trigger-global-recession
Perang dagangan ialah konflik ekonomi antara dua atau lebih negara yang mengenakan tarif atau sekatan perdagangan terhadap satu sama lain. Contoh paling terkenal ialah perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China yang bermula pada 2018 dan memberi kesan besar kepada pasaran saham global.
Trade war menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran global yang turut memberi kesan kepada Bursa Malaysia. Indeks KLCI boleh mengalami penurunan apabila pelabur asing menarik keluar pelaburan. Namun, sesetengah kaunter eksport mungkin mendapat manfaat daripada pengalihan perdagangan.
Melabur ketika pasaran volatile memerlukan strategi yang lebih berhati-hati. Pelabur perlu memastikan analisis fundamental yang kukuh, menetapkan stop loss yang ketat, dan mengelakkan penggunaan margin yang berlebihan. Pasaran volatile juga boleh menjadi peluang untuk membeli saham berkualiti pada harga diskaun.
High volatile market merujuk kepada keadaan pasaran di mana harga saham bergerak dengan sangat besar dalam tempoh yang singkat. Keadaan ini biasanya berlaku semasa ketidaktentuan ekonomi atau geopolitik seperti perang dagangan, dan memerlukan pelabur menggabungkan analisis fundamental, teknikal dan ekonomi sebelum membuat keputusan.
Memahami kesan perang dagangan dan faktor makroekonomi terhadap pasaran saham membantu anda membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak dalam apa jua keadaan pasaran.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur di Bursa Malaysia dengan strategi yang betul walaupun dalam pasaran yang tidak menentu.
Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk memahami asas pelaburan dan cara mengurus risiko dalam pasaran saham.
Bacaan lanjut: