Technical Analysis Series – ATR / Chandelier Exit

Loading...

Indikator ATR digunakan untuk mengukur volatiliti sesuatu kaunter.
Semakin tinggi pergerakan harga, semakin tinggi volatiliti kaunter tersebut.
Kita mencari kaunter yang tinggi volatilitinya kerana ketika itu, lebih senang untuk kita buat profit berbanding ketika sideways.
ATR akan menjadi semakin tinggi mengikut ketinggian perubahan harga yang berlaku.
Boleh digabungkan indikator ATR ini dengan indikator ‘Chandelier Exit’.
Apabila digabungkan, lebih mudah untuk kita membuat untung dan mengelak kerugian di pasaran saham!
Chandelier Exit ialah satu trailing stop yang digunakan untuk mengesan sell signal.
Selagi harga sesuatu kaunter berada di atas chandelier exit, selagi itu kita boleh hold possesion.
Apabila harga saham/candlestick memintas chandelier exit ke bawah, ini adalah sell signal.
Tapi, masalahnya ialah, kebanyakan charting software tidak ada indikator Chandelier Exit ni!
Habis tu, macam mana nak buat..?
Anda bertuah kerana hari ini kita akan belajar ‘programming’, cara untuk buat dan setup sendiri indikator kita!
Jangan risau, nak buat script ni sangat mudah, walaupun anda tak pernah belajar programming sebelum ni, cukup dengan hanya menonton video ini.
Dalam video ini, kami terangkan macam mana nak buat sendiri indikator chandelier exit menggunakan platform Trading View.
Mungkin anda berminat nak mengikuti Technical Analysis kami, seperti indikator MACD, Parabolic SAR, RSI, ADX/DMI, atau Ichimoku Kinko Hyo.
ATR (Average True Range) ialah indikator yang mengukur volatiliti atau tahap turun naik harga sesuatu saham. Semakin tinggi nilai ATR, semakin besar pergerakan harga kaunter tersebut. Trader menggunakan ATR untuk mencari kaunter yang aktif kerana lebih mudah untuk mendapat keuntungan daripada pergerakan harga yang besar.
Chandelier Exit ialah indikator trailing stop loss yang dikira berdasarkan ATR. Ia meletakkan stop loss pada jarak tertentu (biasanya 3x ATR) dari harga tertinggi dalam tempoh tertentu. Apabila harga jatuh melepasi garisan Chandelier Exit, ia memberi isyarat untuk keluar daripada posisi.
Kaunter yang mempunyai volatiliti tinggi memberi peluang keuntungan yang lebih besar kerana julat pergerakan harganya lebih luas. Namun, ia juga membawa risiko yang lebih tinggi. ATR membantu trader mengenal pasti kaunter dengan volatiliti yang sesuai dengan toleransi risiko dan gaya trading mereka.
Ya, ATR sangat berkesan apabila digabungkan dengan indikator trend seperti Parabolic SAR, ADX atau Moving Average. ATR membantu menentukan saiz stop loss yang sesuai berdasarkan volatiliti semasa, manakala indikator trend menentukan arah dan masa yang sesuai untuk masuk atau keluar posisi.
ATR dan Chandelier Exit membantu anda menguruskan risiko dengan lebih sistematik — menguasai indikator ini penting untuk menetapkan stop loss yang realistik berdasarkan volatiliti sebenar pasaran.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula mengaplikasikan ATR dan Chandelier Exit dalam strategi trading saham anda.
Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk membina asas kukuh dalam pelaburan saham sebelum mendalami analisis teknikal.
Bacaan lanjut: