Technical Analysis Series – Parabolic SAR

Loading...

Banyak ilmu yang anda akan dapat selepas menonton video ini walaupun video ini hanya berdurasi 7 minit lebih. Sangat ringkas dan padat. Disertakan sekali dengan contoh kaunter untuk penerangan yang lebih mudah faham.
1. cara setting Parabilic SAR
2. cara kenalpasti buy signal
3. cara kenalpasti sell signal
4. boleh hold lagi ke?
5. apakah trend semasa sesuatu kaunter (uptrend, downtrend, sideways)
6. apa sifat parabolic SAR
7. cara tentukan resistance dan support
8. di mana kita nak mula beli
9. timeframe yang sesuai digunakan
Kami harap anda tak terlepas video penerangan berkaitan indicator yang sangat terkenal dan powerful iaitu indicator MACD.
Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.
Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.
Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.
Parabolic SAR (Stop and Reverse) ialah indikator teknikal yang menunjukkan arah tren harga dan potensi titik pembalikan. Titik-titik SAR dipaparkan di atas atau bawah carta harga untuk menandakan tren naik atau turun.
Apabila titik SAR berada di bawah harga, ia menandakan tren menaik (bullish). Apabila titik SAR berada di atas harga, ia menandakan tren menurun (bearish). Pertukaran posisi titik memberi signal pembalikan tren.
Parabolic SAR paling berkesan dalam pasaran yang bertren kuat. Dalam pasaran mendatar (sideways), ia boleh menghasilkan signal palsu. Sebaiknya gabungkan dengan indikator lain seperti MACD atau RSI.
Ya, Parabolic SAR tersedia sebagai indikator terbina dalam TradingView. Anda boleh menambahnya pada carta dengan mencari "Parabolic SAR" dalam senarai indikator.
Menguasai analisis teknikal memerlukan latihan berterusan dan asas pelaburan yang kukuh.
Belum ada akaun? Buka akaun CDS melalui Mahersaham untuk mula melabur di Bursa Malaysia.
Baru bermula? Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk bina asas pelaburan yang kukuh.
Bacaan lanjut: