Politik Malaysia Tiada Kesudahan

Loading...

Isu politik Malaysia tiada kesudahan dengan pelbagai masalah berbangkit.
Perkara ini dilihat semakin rancak selepas Pakatan Harapan (PH) menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 yang lalu.
Ini merupakan sejarah buat Malaysia apabila kali pertama BN tewas sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.
Dengan pembentukan kerajaan baru ini banyak perkara yang perlu diperbaiki dan diperbetulkan semula bagi mengimbangi kestabilan ekonomi negara.
Ini termasuklah masalah hutang negara yang terus meningkat.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengumumkan hutang negara kini sudah mencecah lebih RM 1 Trillion.
Kajian secara terperinci berkaitan isu ini, terdapat 2 aspek yang perlu dtitikberatkan.
Iaitu dari segi jumlah hutang dan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangkakan lebih perlahan pada tahun 2019.
Kemajuan sesebuah negara bukan dilihat pada besarnya hutang yang ditanggung, tetapi sewajarnya diukur dari jumlah pengeluaran kasar (KDNK) terhadap jumlah bebanan hutang tersebut.
Secara ringkasnya, terdapat beberapa nisbah kewangan boleh diguna pakai bagi tujuan menganalisa seberapa cekap sesebuah negara itu menggunakan liabiliti untuk menjana perolehan.
Nisbah-nisbah ini boleh digunakan bagi mengesan prestasi negara.
Maka wajarlah jika kita melihat hutang bagi sesebuah negara itu melambung dengan hasil pengeluarannya juga setanding dengan jumlah hutang yang ditanggung.
Sebagai contoh, nisbah hutang terhadap KDNK Jepun merupakan yang tertinggi dunia. Namun, Jepun tidak diisytihar bankrap sama sekali.
Hal ini kerana semua sedia maklum bahawa Jepun merupakan negara pesat membangun setaraf negara maju di dunia.
Sesetengah pihak mencadangkan agar Malaysia merancakkan ekonomi dengan sektor eksport bagi menangani hutang negara ini.
Melalui eksport, pertukaran mata wang asing akan dapat membantu menggalakkan pertumbuhan pendapatan negara.
Di samping itu, rakyat Malaysia juga harus mencontohi semangat cinta akan negara seperti yang ditunjukkan oleh rakyat Turki.
Nilai perpaduan rakyat Turki digambarkan dengan semangat saling bersatu padu walaupun terpaksa mengharungi sejarah hitam politik negara Turki
Secara keseluruhanya, diharapkan lawatan Tun Mahathir ke Turki bermula 23 Julai 2019 akan memberikan suatu impak positif kepada negara.
Lawatan tersebut akan membincangkan isu-isu yang berkait rapat dengan antarabangsa, perdagangan dan pertahanan.
Dalam masa yang sama mampu meningkatkan hubungan dua hala demi mencapai hasrat murni negara.
Ketidakstabilan politik menyebabkan pelabur asing kurang yakin dan mengeluarkan modal dari Bursa Malaysia. Ringgit turut melemah apabila berlaku ketidaktentuan politik. Namun, pelabur berpengalaman melihat kejatuhan pasaran akibat politik sebagai peluang membeli saham pada harga diskaun.
Ya, selagi anda memilih syarikat dengan asas kewangan kukuh dan tidak terjejas langsung oleh perubahan politik. Sektor seperti makanan, utiliti, dan penjagaan kesihatan biasanya lebih tahan terhadap gejolak politik. Kunci utama ialah pelaburan jangka panjang dan diversifikasi portfolio.
Sektor pembinaan dan infrastruktur paling terjejas kerana bergantung pada kontrak kerajaan. Sektor perladangan dan komoditi juga boleh terkesan oleh perubahan dasar perdagangan. Sebaliknya, sektor teknologi dan pengguna biasanya kurang terjejas secara langsung oleh pertukaran kerajaan.
Pelabur bijak akan mempelbagaikan portfolio merentasi pelbagai sektor, mengekalkan simpanan tunai untuk peluang belian, dan fokus pada syarikat dengan pendapatan stabil serta dividen konsisten. Elakkan membuat keputusan emosi berdasarkan berita politik — ikut analisis fundamental dan teknikal.
Politik akan sentiasa mempengaruhi pasaran, tetapi pelabur yang berpengetahuan dan berdisiplin mampu memanfaatkan setiap situasi — sama ada pasaran naik atau turun.
Buka akaun CDS untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia dan bina portfolio yang tahan terhadap gejolak politik.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk belajar asas pelaburan saham yang tidak bergantung pada sentimen politik semata-mata.
Bacaan lanjut: