Pecahan Modal Dan Position Sizing

Loading...

Dalam trading atau pelaburan, salah satu teknik atau strategi yang perlu dikuasai adalah bagaimana hendak membahagikan modal pelaburan anda dengan efektif. Walaupun dibekalkan dengan strategi atau teknik yang padu, jika gagal atau kurang bagus dari segi menguruskan modal dan kerugian, teknik yang dipelajari mungkin tidak berguna.
Kebiasaannya traders atau pelabur meletakkan 3-5% sebagai nombor panduan. Jika anda memiliki rm10,000, amount boleh rugi adalah rm300 – rm500. Itu jika anda letakkan keseluruhan rm10k dalam satu-satu saham. Jika anda masuk amount yang berbeza, anda perlu kira 3-5% daripada amount tersebut.
Namun demikian, menurut apa yang saya perhatikan dalam pasaran saham, 3-5% bukan level cutloss yang strategik jika mengikut chart. Kita biasanya nak letak level cutloss di bawah paras support yang dapat diperhatikan pada chart.
Misal kata, harga kita masuk 56sen. Tengok dekat chart, support adalah 46sen. Kita kemudiannya letak cutloss kita pada 45sen. Beza 45sen dengan 56sen dah hampir 20%.
Dalam kes ini, sekiranya nak gunakan nombor 3-5%, maka saya kira kita sepatutnya mengubahsuai strategi ini.
Saya cadangkan anda duduk dan fikirkan masak-masak. Berapa amount yang anda sanggup hangus?
Yang penting, amount tu adalah amount yang anda tak rasa sedih sangat kalau rugi sampai tak tidur malam.
Dah dapat amount tersebut, anda kena tengok kepada trading plan.
Sebagai contoh, trading plan nak beli kaunter A menyatakan entry 56sen, cutloss 45sen dan targetprice adalah 73sen. Potensi kerugian adalah 19.6% manakala potensi keuntungan adalah 30.36%.
Anda pula ada modal rm10k dan amount anda sanggup rugi apabila masuk dalam satu kaunter adalah rm100.
RM100 = potensi kerugian anda iaitu 19.6% atau 0.196 daripada modal beli saham A.
Modal beli saham A adalah, RM100 dibahagikan 0.196 = RM510.20.
Kemudian barulah anda perlu kirakan berapa unit anda patut beli, sebagai contoh jika saham A bernilai 50sen, maka RM510.20 bahagi 50sen = 1020unit. Bundarkan anda patut beli 10 atau 11lot sahaja. Jika anda beli lebih daripada itu, maka anda berpotensi rugi dengan amount yang besar yang buat anda asyik terfikir-fikir.
Modal anda adalah rm10k, dah masuk dalam kaunter A RM510, maka ada banyak lagi lebihan.
Jika kita gunakan rules 3-5% tadi, katalah kita pegang 3%. Amount keseluruhan boleh rugi adalah rm3k.
Maka dengan amount sanggup rugi adalah rm100, anda boleh masuk sehingga 30kaunter.
Namun demikian, datang pula isu kemampuan anda hendak monitor pergerakan saham 30kaunter.
Kalau anda yakin hanya boleh monitor 5 kaunter sahaja pada satu-satu masa, maka 5 sahajalah yang anda boleh masuk.
Ringkasnya, berapa banyak kaunter nak masuk adalah bergantung kepada
– amount sanggup rugi dalam satu-satu kaunter
– amount keseluruhan boleh rugi iaitu 3% dari modal keseluruhan
– komitmen dan kemampuan untuk monitor pergerakan harga saham
Seorang trader atau pelabur akan meningkatkan skil mereka seiring dengan pengalaman. Ini tidak bermaksud amount anda sanggup rugi adalah rm100 sampai bila-bila. Mungkin anda dah selesa, anda sanggup rugi sampai rm300 dalam satu-satu kaunter.
Mungkin juga modal anda daripada RM10k sudah berkembang menjadi rm50k. Perspektif anda akan berbeza. Mungkin winning rate anda sudah meningkat seiring dengan masa, jadi anda mampu untuk menanggung risiko yang lebih besar.
Position sizing ialah teknik menentukan berapa banyak modal yang perlu diperuntukkan untuk setiap kaunter saham. Ia membantu pelabur mengawal risiko dengan memastikan kerugian dalam satu kaunter tidak menjejaskan keseluruhan portfolio.
Secara umum, risiko untuk keseluruhan portfolio tidak melebihi 3% daripada modal. Bilangan kaunter yang boleh dimasuki bergantung kepada jumlah kerugian yang sanggup ditanggung untuk setiap kaunter.
Position sizing dikira berdasarkan jumlah modal keseluruhan, peratus risiko yang sanggup ditanggung, dan jarak antara harga masuk dengan harga stop loss. Formula ini membantu menentukan bilangan lot yang sesuai untuk setiap dagangan.
Ya, seiring dengan peningkatan pengalaman dan modal, pelabur boleh melaraskan position sizing mereka. Apabila winning rate meningkat dan modal berkembang, pelabur mampu menanggung risiko yang lebih besar.
Pecahan modal dan position sizing adalah asas pengurusan risiko yang wajib dikuasai setiap pelabur. Dengan teknik yang betul, anda boleh melindungi modal sambil memaksimumkan potensi keuntungan.
Untuk memulakan perjalanan pelaburan anda, buka akaun CDS hari ini. Muat turun juga ebook percuma asas pelaburan kami untuk panduan lengkap strategi pelaburan saham.