Kos Jual Beli Saham Di Mplus Global

By Maher Alias
This article is also available in English
A

Dalam artikel ini saya akan menceritakan secara ringkas kos-kos yang terlibat dalam aktiviti jual beli saham US dan HK dengan menggunakan platform Mplus Global.

Sekiranya nak cuba memahami bagaimana average cost untuk sesuatu saham itu dikira dan dipaparkan dalam app, boleh rujuk Pengiraan Average Cost Untuk Jual Beli Saham US/HK

Kos Saham US

Daripada laman web Mplus, https://mplusonline.com/support/detail/1000752?id=1000685

Commission and Margin Rates

ItemKadarMinimum
Commission (US)Serendah 0.10% daripada nilai daganganSerendah US$3.00
Margin (kadar faedah tahunan)8%-

Sumber: laman rasmi M+Global Pricing. Kadar boleh berubah - sila sahkan yang terkini.

Other Charges

ItemCharging EntityFeesMinMax
Malaysia Contract StampMalaysia governmentShares or stocks: RM1.00 for every RM1,000.00 contract value, maximum RM 1000.00RM1,000
Malaysia Contract StampMalaysica governmentMarketable securities: RM1.00 for every RM1,000.00 contract value, maximum RM200.00RM200
Regulatory Fees (sell only)US SEC0.0008%0.01
Trading Activities Fees (sell only)FINRA0.000166/share0.018.30
Settlement FeesUS Settlement Agency0.003/share0.01
Withholding taxInternal Revenue Service30%(varies from different stocks )of the dividend value

Kos Saham HK

Commission and Margin Rates

ItemKadarMinimum
Commission (HK)Serendah 0.10% daripada nilai daganganSerendah HK$18.00
Margin (kadar faedah tahunan)8%-

Sumber: laman rasmi M+Global Pricing. Kadar boleh berubah - sila sahkan yang terkini.

Other Charges

Selain commission, saham HK tertakluk kepada caj pihak ketiga seperti stamp duty, trading fee bursa dan levy pengawalselia. Kerana kadar caj ini dikemas kini dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa Hong Kong, sila rujuk senarai penuh terkini di laman rasmi M+Global Pricing atau hubungi khidmat pelanggan Malacca Securities di 1300 22 1233.

Kos Saham Bursa Malaysia

Untuk kos jual beli saham di Bursa Malaysia (brokerage, SST, clearing fee dan stamp duty) beserta contoh pengiraan penuh, rujuk artikel khusus kami: Kos Yang Terlibat Dalam Proses Jual Beli Saham. Untuk kadar brokerage M+ secara terperinci, lihat Brokerage Fee M+ Online.

Soalan Lazim (FAQ)

Bolehkah beli saham US dan Hong Kong melalui Mplus?

Ya, Mplus Global membolehkan anda membeli saham di pasaran Amerika Syarikat (NYSE, NASDAQ) dan Hong Kong (HKEX) terus dari satu platform. Anda perlu buka akaun Mplus Global yang berasingan daripada akaun CDS biasa.

Apakah kos utama jual beli saham US di Mplus Global?

Kos utama termasuk commission fee (yuran broker), platform fee, dan exchange fee. Kadar berbeza mengikut pasaran (US vs HK). Tiada stamp duty untuk saham US, tetapi ada SEC fee untuk transaksi jual.

Adakah kos saham global lebih mahal berbanding saham Malaysia?

Kos brokerage saham global biasanya lebih tinggi kerana melibatkan pasaran antarabangsa dan pertukaran mata wang. Namun, akses kepada syarikat besar seperti Apple, Tesla dan Alibaba menjadikan ia berbaloi untuk diversifikasi portfolio.

Perlu ke convert ringgit ke USD sebelum beli saham US?

Ya, anda perlu menukar MYR kepada USD atau HKD sebelum membeli. Mplus Global menyediakan fungsi pertukaran mata wang dalam platform. Kadar pertukaran akan mempengaruhi kos keseluruhan pelaburan anda.


Melabur dalam saham global melalui Mplus Global membuka peluang diversifikasi portfolio anda melepasi pasaran Malaysia — tetapi pastikan anda memahami semua kos yang terlibat.

Muat turun ebook asas pelaburan percuma kami untuk memahami konsep asas pelaburan saham.

Belum ada akaun CDS? Buka akaun CDS anda sebagai langkah pertama ke dunia pelaburan.

Bacaan Lanjut