Cara Simpan Emas Serendah RM10 di Maybank

Loading...

Pastinya ramai sudah tahu tentang simpanan emas. Jika dilihat harga emas hari ini pun sudah mencecah sehingga RM273 segram berbanding 3-4 tahun lepas diniagakan pada harga RM170-RM190 sahaja segram.
Ini menunjukkan emas adalah kalis inflasi dan harga emas akan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.
Untuk pengetahuan di Bursa juga ada saham emas untuk anda rujuk harga semasa emas, iaitu GOLDETF.

Harga saham dari tahun 2018 hingga 2022.

Kini anda sudah mempunyai pelbagai cara untuk mula menyimpan emas. Antaranya anda boleh mula menyimpan dengan mudah melalui Maybank2u.
Macam mana? Jom saya tunjukkan.
Pertama login ke akaun Maybank2u anda

Kemudian klik apply dan klik bahagian Investment


Pilih product Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) dan klik Apply Now

Jawab kesemua 4 bahagian maklumat diri anda. Selepas selesai klik confirm.




Sekarang akaun emas MIGA-i anda sudah berjaya activate. Anda sudah boleh mula melabur emas, klik Invest Now.

Anda boleh mula simpan emas dengan rm100. Jadi pastikan dalam akaun anda ada duit sekurangnya RM100 untuk mula simpan emas.
Apabila cukup 1 gram, 5 gram emas dan lain-lain di akaun Maybank ini, anda boleh tebus emas fizikal di cawangan Maybank ya. Best kan!
Campaign Maybank ini hanya sah hingga 31 Mac 2022 sahaja.

Kemudian jika akan datang anda mahu tambah lagi simpanan emas, login semula di Maybank2u.
Klik pada wealth

Pilih akaun Maybank Islamic Gold Account-i

Klik Buy Now, masukkan jumlah yang anda nak topup dalam simpanan emas.
Minimum simpanan adalah serendah rm10.

Selepas selesai buat bayaran, kini anda boleh semak jumlah simpanan emas yang telah berjaya kumpul.

Selesai!
Minimum simpanan emas di Maybank melalui Maybank Islamic Gold Account-i ialah serendah RM10 sahaja. Anda boleh mula menyimpan dengan jumlah yang kecil dan menambah secara berkala.
Ya, simpanan emas melalui Maybank Islamic Gold Account-i diurus oleh Maybank yang merupakan institusi kewangan berlesen. Akaun ini juga mematuhi prinsip Syariah.
Ya, anda boleh menjual balik emas pada bila-bila masa melalui aplikasi Maybank2u. Harga jualan bergantung kepada harga emas semasa di pasaran.
Simpanan emas adalah pelaburan aset fizikal yang cenderung stabil dalam jangka panjang, manakala saham menawarkan potensi pulangan lebih tinggi tetapi dengan risiko turun naik harga yang lebih besar. Kedua-duanya boleh menjadi sebahagian daripada portfolio pelaburan anda.
Selain simpanan emas, anda juga boleh mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia. Buka akaun CDS bersama Mahersaham hari ini untuk mula melabur saham.
Baru nak mula? Dapatkan ebook percuma asas pelaburan saham untuk panduan lengkap dari sifar.