Harga Emas Pecah Paras US$4,000 — Isyarat Pelabur Sedang beralih arah ke Aset Selamat

Loading...

Harga emas melonjak melewati paras USD 4,000, mencerminkan gelombang baru kenaikan dalam tempoh tiga tahun akibat ketidakpastian geopolitik dan pembelian besar oleh bank pusat. Kenaikan ini menandakan emas kini berada pada tahap tertinggi apabila diselaraskan dengan inflasi sejak 1980. Ini jelas menunjukkan bahawa pelabur mencari perlindungan daripada risiko pasaran dan ketidakstabilan ekonomi global.
Permintaan tinggi dari China pernah menjadi pemangkin utama kepada kenaikan harga emas. Kini, institusi pelaburan Barat dan dana ETF mula mengambil alih peranan tersebut. Sejak pertengahan 2024, lebih 16 juta auns emas telah dibeli oleh entiti-entiti ini. Penganalisis menyatakan bahawa lonjakan ini bukan saja disebabkan kelemahan dolar AS atau kadar faedah rendah. Malah, ia turut mencerminkan kebimbangan terhadap hutang kerajaan, inflasi berpanjangan, dan kejatuhan keyakinan terhadap mata wang fiat.
Dalam suasana global yang tidak menentu, emas kembali menjadi aset pilihan ramai pelabur. Jika anda sedang mempertimbangkan pelaburan emas, faktor seperti asal pembelian, ketulenan, dan instrumen yang dipilih sangat penting.
Kalau anda trade spot gold CFD dengan broker asing (contohnya di platform seperti Exness, IC Markets, atau Pepperstone), anda bukan beli emas sebenar.
Sebaliknya, anda cuma buat kontrak derivatif — anda bertaruh sama ada harga emas akan naik atau turun. Tak ada pemilikan fizikal, tak ada serahan (delivery), dan biasanya ada leverage serta overnight swap (faedah harian bila posisi dibuka lebih dari sehari).
Simbol XAU/USD mewakili harga emas (XAU) dalam mata wang dolar AS (USD).
Bila anda “trade” XAU/USD di platform broker (contohnya MT4, MT5, atau cTrader), anda tidak beli emas sebenar.
Anda cuma buat kontrak spekulatif — cuba untung daripada naik-turun harga emas.
Contohnya:
Anda “buy” XAU/USD pada $2,400 dan “sell” bila naik ke $2,420 — anda untung $20 per ounce tanpa pernah pegang emas pun.
Itu sebenarnya CFD (Contract for Difference), bukan jual beli emas sebenar.
Dalam Islam, emas termasuk dalam kategori ribawi, jadi syaratnya ketat:
📍Mesti ada serahan serta-merta (qabd).
📍Tak boleh ada unsur spekulasi atau pertaruhan harga semata-mata.
📍Tak boleh ada riba (swap/interest).
Beberapa sebab utama:
Tiada pemilikan sebenar emas — cuma kontrak harga.
Unsur spekulasi tinggi, sama seperti berjudi atas turun naik harga.
Leverage dan swap fees (overnight interest) yang bersifat riba.
Tiada serahan fizikal walaupun harga disebut sebagai “spot gold”.
Walaupun ada sesetengah broker tawarkan “Islamic Account” tanpa swap, ia masih belum cukup menjadikannya patuh syariah, sebab transaksi asasnya tetap spekulatif tanpa serahan sebenar.
Kalau niat nak melabur dalam emas dengan cara yang menepati syariah:
Beli emas fizikal — dari kedai emas, Ar-Rahnu, atau platform digital yang patuh syariah seperti HelloGold, Kuwait Finance House Gold Account, atau Maybank Islamic Gold Investment Account.
ETF emas patuh syariah — contohnya TradePlus Shariah Gold Tracker (0828EA) di Bursa Malaysia.
Saham syarikat perlombongan emas yang patuh syariah — tapi ni lebih kepada pelaburan saham, bukan emas fizikal.
Spot Gold CFD melalui broker asing kebiasaannya tidak patuh syariah.
Ia bersifat spekulatif, tiada pemilikan sebenar, dan banyak melibatkan unsur riba.
Kalau matlamat anda ialah pelaburan emas yang selamat dan patuh hukum, pilih platform atau instrumen yang jelas memiliki emas sebenar dan dilindungi oleh institusi kewangan Islam.
Nak tahu lebiih lanjut boleh dapatkan kelas rakaman Webinar Rahsia Pelaburan Emas: /pakejgold>
Anda masih belum ada CDS? Buka PERCUMA dengan kami,Newbie dapat masuk kelas Asas percuma

Harga emas melonjak disebabkan ketidakpastian geopolitik, pembelian besar-besaran oleh bank pusat, dan pelabur institusi yang beralih kepada aset selamat sebagai lindung nilai terhadap inflasi dan ketidaktentuan pasaran global.
Tidak. Spot Gold CFD melalui kebanyakan broker asing tidak patuh syariah kerana ia bersifat spekulatif, tiada pemilikan emas sebenar, dan melibatkan unsur riba. Pelabur Muslim disarankan memilih alternatif patuh syariah.
Antara pilihan terbaik termasuk membeli emas fizikal, menggunakan platform digital patuh syariah seperti HelloGold, atau melabur dalam ETF emas patuh syariah seperti TradePlus Shariah Gold Tracker (0828EA) di Bursa Malaysia.
Tidak digalakkan. Diversifikasi adalah kunci pelaburan bijak. Emas sesuai sebagai sebahagian portfolio untuk lindung nilai, tetapi portfolio seimbang yang merangkumi saham, emas, dan aset lain biasanya memberi pulangan lebih stabil jangka panjang.
Kenaikan harga emas ke paras USD 4,000 menunjukkan betapa pentingnya memahami pelbagai kelas aset termasuk saham untuk membina portfolio pelaburan yang seimbang dan tahan lasak.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.