Cara Beli Saham Bursa Malaysia (Aplikasi Mplus Global)

Loading...


Selepas login akaun Mplus Global, tekan ‘trade‘ dibawah sekali yang merupakan salah satu daripada enam tab yang ada di paparan ini.

Selepas masuk ke paparan Trade, langkah seterusnya ialah tekan ‘Trade‘ seperti yang ditanda kotak merah dalam gambar diatas.

Untuk mencari kaunter, tekan bahagian search yang menunjukkan ‘Name/Symbol’.

Cari kaunter atau syarikat pilihan anda. Sebagai contoh untuk tujuan pembelajaran, dalam gambar kita cari kaunter AWC.
Disebelah nama kaunter AWC itu akan keluar simbol ‘bulan sabit’. Ini menandakan kaunter AWC ini adalah patuh shariah.
Dibawah nama kaunter AWC ini terdapat tulisan ‘MY’. Ini menunjukkan kaunter ini adalah kaunter yang berada dalam pasaran Bursa Malaysia. Nombor disebelah MY ini menunjukkan nombor kaunter tersebut. Setiap kaunter mempunyai nombor yang berbeza.
Dapat dilihat, terdapat pilihan AWC-WA dibawah kaunter AWC. Ini ialah warrant untuk kaunter AWC.

Boleh dilihat dalam kotak berwarna merah menunjukkan harga best sell queue. Ini bermaksud sekiranya kita ingin membeli tanpa perlu menunggu, harga RM0.800 inilah yang perlu kita isi.
Sekiranya kita ingin mendapatkan harga yang lebih murah, kita perlu tukar di bahagian price kepada harga yang lebih murah daripada RM0.800.
Namun untuk mendapatkan harga yang lebih murah mungkin kita perlu menunggu sehingga terdapat pemilik saham yang menjual harga mereka kepada kita dan kita perlu beratur dibelakang mereka yang telah lebih awal meletakkan queue order.

Tetapkan bilangan saham yang anda ingin miliki. Perlu diingat, jumlah yang perlu diisi adalah dalam bentuk lot.
1 lot bersamaan 100 unit. Untuk contoh yang ditunjukkan diatas, bilangan lot yang diisi ialah 100 lot. Ini bersamaan dengan 10,000 unit.
Sekiranya harga saham RM0.800, maka modal pelaburan ialah 10,000 unit X RM0.800 bersamaan dengan RM8000. Ini adalah kiraan tidak termasuk kos yang terlibat.

Terdapat pilihan untuk mengubah ‘order validity’. Fungsi validity ini adalah sekiranya anda ingin membuat order tersebut masih valid sehingga ke tarikh yang anda tetapkan.
Sebagai contoh, jika anda letak sehingga sebulan, maka order anda akan valid sehingga sebulan sebelum expired dan hanya sekiranya order anda tidak berjaya ‘filled’ dalam tempoh masa tersebut.

Selepas yakin dengan harga yang ingin dibeli, jenis order, bilangan lot dan validity, seterusnya boleh tekan ‘Buy’ yang berada dalam kotak hijau untuk teruskan pembelian.
Selepas anda tekan butang buy, maka akan muncul pop-up menunjukkan ‘Order has been submitted‘.

Selepas itu boleh lihat dibahagian bawah sekali untuk memastikan status order yang telah dibuat. Sekiranya order masih berstatus ‘submitting‘ maka itu menunjukkan kita masih belum berjaya membeli saham tersebut.
Tunggu sehingga status bertukar kepada ‘filled‘ barulah confimed bahawa kita sudah memiliki pegangan terhadap saham tersebut.
Log masuk ke aplikasi Mplus Global, tekan tab 'Trade', cari kaunter saham yang ingin dibeli, masukkan harga dan bilangan lot, kemudian tekan butang 'Buy' untuk menghantar pesanan pembelian anda.
Minimum pembelian saham di Bursa Malaysia adalah 1 lot bersamaan 100 unit saham. Jadi modal minimum bergantung kepada harga saham yang ingin dibeli. Contohnya, saham berharga RM0.50 memerlukan modal minimum RM50 untuk 1 lot.
Status 'submitting' bermaksud pesanan anda masih dalam proses dan belum berjaya dilaksanakan. Apabila status bertukar kepada 'filled', ini bermakna pesanan anda telah berjaya dipadankan dan anda kini memiliki saham tersebut.
Ya, anda boleh membatalkan pesanan yang masih berstatus 'submitting' atau 'pending' selagi pesanan belum dipadankan. Setelah status bertukar kepada 'filled', pesanan tidak boleh dibatalkan kerana transaksi sudah dilaksanakan.
Membeli saham pertama anda adalah langkah besar dalam perjalanan pelaburan. Dengan panduan ini, anda kini boleh membuat pembelian saham dengan yakin menggunakan aplikasi Mplus Global.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.