Technical Analysis Series : Bollinger Bands

Bollinger Bands
Antara indikator yang terkenal dan sering kali digunakan oleh trader ataupun investor dalam membaca chart ialah indikator Bollinger Bands
Applikasi yang digunakan dalam video ini ialah : Trading View (free di internet)
Terdapat 3 line penting dalam indikator ini:
- upper band
- middle band
- lower band

Merujuk kepada gambar:
- Panjang (20) itu melambangkan jumlah candlestick yang digunakan untuk mengira. Sebagai contoh, 20 itu ialah 20 candlestick yang digunakan. Kalau timeframe kita ialah ‘daily’, maka 20 itu melambangkan 20 hari, kalau timeframe kita ialah ‘weekly’ maka 20 itu ialah merujuk kepada 20 minggu.
- Sumber(tutup) itu bermaksud kita menggunakan harga tutup dalam pengiraan kita.
- Sisihan piawai = amplitude = pekali = gandaan

Merujuk kepada Gambar 2 :
- Middle Band (garisan berwarna merah di tengah) : Middle band ini sebenarnya ialah Moving Average (MA). Jika nilai 20 digunakan untuk setting Bollinger Bands ini, maka garisan ini melambangkan Moving Average untuk 20 hari(guna timeframe daily)
- Upper Band (garisan hijau di atas) : Upper band terlukis dengan menggunakan rumus standard deviation. Rumusnya ialah = MA + 2(standard deviation)
- Lower Band (garisan hijau di bawah) : Lower band terlukis dengan menggunakan rumus standard deviation. Rumusnya ialah = MA – 2(standard deviation)
Terdapat 2 teknik cara untuk menggunakan indikator Bollinger Bands ini :
- Support dan Resistance
- Bollinger Band Squeeze
Tonton video penuh untuk penerangan yang lebih detail, cara guna indikator ini, tahu kat mana nak beli dan jual, dan beberapa contoh berdasarkan real chart. Dalam website kami, banyak lagi penerangan berkaitan ilmu Technical Analysis.
Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu Bollinger Bands?
Bollinger Bands adalah indikator analisis teknikal yang terdiri daripada 3 garisan — middle band (Moving Average), upper band, dan lower band. Ia membantu pelabur mengenal pasti sama ada harga saham berada dalam keadaan overbought atau oversold.
Bagaimana Bollinger Bands digunakan sebagai support dan resistance?
Upper band bertindak sebagai rintangan dinamik manakala lower band bertindak sebagai sokongan dinamik. Apabila harga menyentuh upper band, ia mungkin overbought, dan apabila menyentuh lower band, ia mungkin oversold.
Apa itu Bollinger Band Squeeze?
Bollinger Band Squeeze berlaku apabila upper dan lower band semakin rapat, menunjukkan volatiliti yang rendah. Ini sering menandakan pergerakan harga yang besar akan berlaku — sama ada breakout ke atas atau ke bawah.
Apakah setting terbaik untuk Bollinger Bands?
Setting lalai yang paling popular ialah 20 tempoh untuk Moving Average dengan 2 standard deviation. Setting ini sesuai untuk kebanyakan timeframe, namun pelabur boleh menyesuaikan mengikut gaya trading mereka.
Bollinger Bands adalah salah satu indikator teknikal yang paling versatil dan mudah difahami untuk mengenal pasti peluang entry dan exit dalam dagangan saham.
Sila daftar akaun CDS melalui Mahersaham untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Dapatkan Ebook Asas Saham percuma untuk pelajari asas analisis teknikal termasuk penggunaan indikator.
Bacaan lanjut: