Berapa Banyak Modal Untuk Mohon IPO?

Ramai pelabur baru tertanya-tanya berapa modal mohon IPO di Bursa Malaysia. Artikel ini akan terangkan jumlah sebenar yang diperlukan dan bagaimana prosesnya berjalan.
Setelah mengkaji prospektus sesebuah syarikat yang nak IPO, anda sudahpun membuat keputusan untuk memohon IPO syarikat tersebut. Persoalan seterusnya ialah, berapa banyak IPO yang perlu dimohon?
Modal yang diperlukan bergantung kepada modal yang anda miliki. Cuma, dengan menggunakan kaedah yang akan didedahkan ini, anda dapat memaksimakan potensi untuk anda mendapat IPO yang dimohon.
Langkah mengira berapa banyak bilangan unit yang perlu dimohon :
- Pergi ke IPO Calculator di aplikasi Mahersaham yang sudah di install dalam telefon anda. Jika anda belum install aplikasi tersebut, anda boleh terus akses aplikasi mahersaham di app.mahersaham.com
- Kemudian pergi ke ‘Trading Tools’
- Setelah itu, tekan ‘IPO Tier Calculator’. Kegunaan IPO Tier Calculator ini adalah untuk menentukan berapa modal yang kita patut mohon.
- Dapatkan harga IPO yang ingin dimohon. Kita jadikan syarikat Oppstar Berhad sebagai contoh. Harga IPO ialah RM0.63.
- Masukkan harga di harga IPO yang ingin dimohon di bahagian ‘Harga Terbitan’
- Masukkan modal yang kita ingin laburkan. Contohnya modal kita ialah RM5,000. Tuliskan RM5,000 di bahagian ‘Jumlah Modal’. Kemudian tekan ‘KIRA’.
- Boleh dilihat dalam gambar dibawah, kita berada di tier yang ke 7. Macam mana nak baca tier rangking ni? Sebenarnya antara 6,100 unit (RM3,843) hingga 11,099 unit (RM6,992) semua berada di tier yang sama. Jadi lebih baik kita apply minimum di tier yang ditunjukkan. Kita mohon RM3,843 sahaja berbanding RM5,000 kerana dua-dua berada di tier yang sama.
Apa Beza Tanpa Guna Kaedah Ini?
Dengan mengambil pendekatan ini, daripada kita memohon menggunakan keseluruhan modal kita iaitu RM5,000, kita hanya memohon sebanyak RM3,843 sahaja dan dapat jimatkan RM1,157.
Baki RM1,157 ini jika kita masukkan juga di IPO Tier Calculator, dia akan tunjukkan kita berada di tier nombor 3.
Jika betul-betul ingin maksimumkan potensi untuk mendapat IPO yang dimohon, kita boleh gunakan baki ini dengan memohon menggunakan akaun pasangan atau anak.
Lihat pada gambar, sebenarnya walaupun baki tadi ialah RM1,157, tapi minimum modal yang diperlukan untuk masuk ke tier 3 hanyalah RM663 dan kita masih lagi mempunyai baki modal iaitu RM464.
Bermodalkan RM464 jika dimasukkan ke IPO Tier Calculator, kita boleh tersenarai di tier yang ke 2 seperti yang ditunjukkan dalam gambar dibawah.
Bahkan jika ditolak baki RM464 dengan minimum tier ke 2 iaitu RM189,, kita masih mempunyai baki RM275 dan masih lagi boleh memohon dan termasuk dalam tier yang ke 2.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Berapa modal minimum untuk memohon IPO di Bursa Malaysia?
Modal minimum bergantung kepada harga IPO dan lot minimum yang ditetapkan. Secara purata, anda mungkin memerlukan antara RM300 hingga RM2,000 untuk satu permohonan IPO bergantung kepada syarikat.
2. Bolehkah saya mohon IPO menggunakan lebih dari satu akaun?
Ya, anda boleh menggunakan lebih dari satu akaun CDS untuk memohon IPO yang sama. Strategi ini meningkatkan peluang untuk mendapat peruntukan saham IPO kerana setiap akaun dikira sebagai permohonan berasingan.
3. Apa itu IPO Tier dan bagaimana ia berfungsi?
IPO Tier merujuk kepada tahap permohonan berdasarkan jumlah unit yang dimohon. Tier yang lebih rendah biasanya mempunyai peluang peruntukan yang lebih tinggi kerana persaingan kurang berbanding tier yang lebih tinggi.
4. Bagaimana cara menggunakan IPO Tier Calculator?
IPO Tier Calculator membantu anda mengira jumlah permohonan optimum berdasarkan modal yang ada. Masukkan modal anda dan kalkulator akan cadangkan berapa banyak akaun dan di tier mana anda patut memohon.
Nak mula memohon IPO? Buka akaun CDS bersama Mahersaham hari ini dan dapatkan bimbingan pelaburan eksklusif. Muat turun juga ebook percuma asas pelaburan untuk memahami strategi pelaburan IPO yang berkesan.