Bagaimana Menggunakan Gann Chart Untuk Trade Saham

Loading...

Sebelum kami mula menerangkan mengenai penggunaan Gann Chart di Mahersaham.com, anda patut tahu dahulu apa yang dimaksudkan dengan Gann Square 9 beserta fungsinya dalam trading saham.
Gann Square merupakan antara salah satu ciptaan W.D. Gann berasaskan campuran geometri, astrologi dan teknik matematik kuno. Ia boleh digunakan untuk membantu pedagang menentukan paras resistance dan support sekaligus menentukan harga untuk take profit dan cut loss.

William Delbert Gann (1878 – 1955) merupakan trader yang terkenal dengan keupayaannya meramal pasaran dengan menggabungkan campuran geometri, astrologi, dan teknik matematik kuno. Beliau mula berdagang pada usia 24 tahun. Dengan pengetahuan yang beliau ada, banyak metode technical analysis yang beliau cipta seperti Gann angles, Master charts, Hexagon chart dan Circle of 360.
Namun begitu terdapat beberapa percanggahan dan kotroversi mengenai beliau. Dikatakan beliau membuat keuntungan berdasarkan spekulasi. Ini kerana Dr Alexander Elder, penulis buku Trading for a Living pernah menemubual anak lelaki Gann iaitu John Gann yang bekerja sebagai analyst di Boston Bank. Mengikut kata anaknya, Gann tidak berapa Berjaya dalam bidang trading sebaliknya banyak mendapatkan wang melalui penulisan dan menjual kursus pengajaran.

Gann square of nine mendapat namanya kerana jika anda melihat carta di atas lagi, angka 9 mewakili penyelesaian persegi pertama. Ia juga dikenali sebagai carta 9×9.

1) Set nombor penting yang ialah yang termasuk nombor dalam line bewarna merah (Cardinal cross) dan nombor dalam line bewarna biru (Ordinal cross).
2) Sebarang nombor atau harga yang jatuh di line bewarna merah dan dikatakan sebagai support penting dan resistance penting.
Manakala sebarang nombor atau harga yang jatuh di line bewarna biru dikatakan sebagai support dan resistance yang kedua penting.
1) Bermula dari nombor 1, baca mengikut arah pusingan jam bergerak (clock wise).
2) Cari harga yang telah jatuh dan nak mula rebound kemudian rujuk harga dengan Gambarajah Gann Square.
Untuk mengelakkan mata anda dari berpinar melihat Gann Square ini, kami telah menyediakan jadual yang lebih mudah untuk anda gunakan bagi mengetahui Resistance 1, Resistance 2 juga Support 1 dan Support 2. Rujuk Cara Analisa Mahersaham Dashboard untuk menggunakan Gann Chart dengan mudah.
Penerangan lanjut mengenainya dalam video ini. Kami tunjukkan cara untuk anda menggunakan teknik Gann Chart ini tanpa anda perlu mengetahui pun apa itu Gann Chart. Anda hanya perlu masukkan harga saham semasa, kemudian anda akan terus diberitahu support dan resistance menggunakan Gann Chart.
Mahersaham telah sediakan layout khusus. Anda hanya perlu masukkan harga saham yang ingin dibeli dan sistem akan auto calculate nilai support dan resistance yang terdekat. Rujuk Mahersaham Dashboard
https://youtu.be/RAhdIZ2Wi7M
Masih baru mengenal saham dan tak berapa faham bagaimana ia berfungsi? Ketahui 4 langkah Newbie Saham Wajib Tahu Sebelum Membeli Saham.
Gann Chart atau Gann Square of Nine ialah alat analisis teknikal ciptaan W.D. Gann yang menggunakan pengiraan geometri untuk menentukan paras support dan resistance sesuatu saham.
Anda hanya perlu masukkan harga saham semasa ke dalam kalkulator Gann dan sistem akan auto-calculate nilai support dan resistance terdekat — ini membantu anda menentukan entry dan exit point.
Tidak semestinya — dengan tools seperti Mahersaham Dashboard, anda boleh menggunakan Gann Chart tanpa perlu memahami teori di sebaliknya kerana sistem akan membuat pengiraan secara automatik.
Support ialah paras harga di mana saham cenderung melantun naik kerana tekanan belian kuat, manakala Resistance ialah paras di mana saham cenderung jatuh kerana tekanan jualan tinggi — Gann Chart membantu mengenal pasti kedua-dua paras ini.
Nak mula menggunakan Gann Chart dan analisis teknikal untuk trade saham? Buka akaun CDS anda melalui panduan pembukaan akaun CDS di sini untuk memulakan, dan muat turun ebook asas saham percuma untuk kuasai asas pelaburan saham.
Bacaan lanjut: