Analisis Teknikal dalam Pasaran Saham Overview

Loading...

Analisis teknikal adalah salah satu kaedah yang selalu digunakan oleh pelabur untuk meramal pergerakan harga saham berdasarkan data sejarah harga dan volume dagangan. Dalam pasaran saham, analisis teknikal memainkan peranan penting dalam membantu pelabur membuat keputusan pelaburan yang bijak.

Analisis teknikal melibatkan kajian carta harga dan volume dagangan untuk mengenal pasti corak dan trend dalam pergerakan harga saham. Terdapat beberapa alat dan petunjuk utama dalam analisis teknikal dalam pasaran saham:
Carta saham adalah alat utama dalam analisis teknikal. Ia memaparkan data harga saham sepanjang masa, biasanya dalam bentuk bar. Pelabur menggunakan carta saham untuk melihat corak dan formasi tertentu yang boleh memberikan petunjuk tentang pergerakan harga akan datang.
Indikator teknikal adalah alat tambahan yang digunakan dalam analisis teknikal untuk memberikan petunjuk tentang momentum, kekuatan pasaran, dan isyarat jual beli potensial. Contohnya termasuk indikator seperti moving average, indeks kekuatan relatif (RSI), dan band Bollinger. Indikator-indikator ini membantu pelabur mengenal pasti apabila saham dalam keadaan jual beli berlebihan atau apabila terdapat potensi pembalikan harga.
Chart pattern adalah corak atau formasi tertentu yang muncul dalam carta saham. Contohnya termasuk pola seperti double top, double bottom, head and shoulders, dan ascending triangle. Pelabur menggunakan pola-pola ini sebagai petunjuk tentang pergerakan harga akan datang. Misalnya, pola double top dapat menunjukkan kemungkinan penurunan harga setelah saham mencapai paras tertinggi dua kali.

Support dan Resistance adalah satu ‘kawasan’ atau ‘garisan’ yang digunakan dalam analisis teknikal untuk mengenal pasti tahap harga di mana saham cenderung mengalami sokongan atau tentangan semasa pergerakan harga. Garisan sokongan digunakan untuk mengenal pasti tahap harga di mana permintaan kuat dan saham cenderung untuk berhenti jatuh dan harga memantul bergerak ke atas. Sebaliknya, garisan tentangan pula sebaliknya. Ia digunakan untuk mengenal pasti tahap harga di mana lebih ramai yang ingin menjual berbanding membeli saham dan saham lebih cenderung berhenti meningkat dan menurun ke bawah.
Analisis teknikal memberikan isyarat beli (buy signal) dan jual berdasarkan corak dan petunjuk dalam carta saham. Contohnya, apabila garisan sokongan dilanggar ke bawah, ia boleh menjadi isyarat jual (sell signal), manakala apabila garisan tendangan dilanggar ke atas, ia boleh menjadi isyarat beli (buy signal). Pelabur menggunakan isyarat-isyarat ini untuk digunakan sama ada untuk membeli apabila harga pada buy signal dan menjual ketika bertemu sell signal.
‘Volume dagangan’ adalah jumlah saham yang diperdagangkan dalam satu-satu sesi perdagangan. Dalam analisis teknikal, volume digunakan sebagai pengesahan atau penolakan terhadap pergerakan harga. Contohnya, jika harga saham meningkat dengan volume dagangan yang tinggi, itu menunjukkan bahawa terdapat minat beli yang kuat dan pengesahan bagi kenaikan harga tersebut. Sebaliknya, jika harga saham meningkat dengan volume dagangan yang rendah, itu boleh menunjukkan kurangnya keyakinan dalam kenaikan harga tersebut.
Analisis momentum melibatkan kajian perubahan harga saham dalam tempoh masa tertentu. Ini membantu pelabur mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pergerakan harga saham. Contohnya, jika momentum positif meningkat, itu menunjukkan bahawa saham mempunyai kecenderungan untuk terus naik. Sebaliknya, jika momentum negatif meningkat, itu menunjukkan bahawa saham mempunyai kecenderungan untuk terus menurun.

‘Stop-loss’ adalah satu istilah yang digunakan dalam dunia technical analysis. Ia digunakan oleh pelabur untuk menjual saham yang dipegang sekiranya harga jatuh kebawah dan terkena paras yang ditetapkan untuk menjual. Ini penting dalam bagi mengurangkan risiko dalam pelaburan saham. Stop-loss membantu untuk melindungi modal pelabur daripada kerugian yang besar jika harga saham tidak bergerak mengikut jangkaan.
Analisis teknikal adalah kaedah mengkaji pergerakan harga saham berdasarkan data sejarah harga dan volume dagangan menggunakan carta dan indikator untuk meramal arah pergerakan harga masa hadapan.
Analisis teknikal memberi tumpuan kepada corak harga dan volume dagangan pada carta, manakala analisis fundamental mengkaji prestasi kewangan syarikat, pengurusan, dan faktor ekonomi untuk menentukan nilai sebenar saham.
Antara indikator teknikal yang popular untuk pemula termasuk Moving Average (MA), Relative Strength Index (RSI), dan MACD. Indikator ini membantu mengenal pasti trend, momentum, dan isyarat jual beli.
Tidak digalakkan bergantung sepenuhnya kepada analisis teknikal sahaja. Pelabur bijak menggabungkan analisis teknikal dengan analisis fundamental untuk membuat keputusan pelaburan yang lebih menyeluruh dan tepat.
Menguasai analisis teknikal adalah langkah penting untuk menjadi pelabur yang lebih yakin dan berdisiplin dalam pasaran saham.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.