Loading...
OPR ialah Overnight Policy Rate atau kadar semalaman polisi. Kegunaan OPR ini adalah untuk mengawal polisi monetari ringgit kita supaya berada pada tahap yang baik agar tidak berlaku difisit ekonomi.
Bank Negara Malaysia bekalkan OPR pada 3.25%
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=mone&pg=mone_opr_stmt .
OPR ini adalah satu rate pinjaman Bank Negara Malaysia yang diberikan kepada bank-bank perdagang di Malaysia yang tidak mencukupi jumlah dana bank-bank tersebut.
Peningkatan OPR ini akan memberikan peningkatan kepada kos bank tersebut, setiap bank berbeza-beza bagi kos yang ditanggunng oleh sesebuah institusi bank tersebut. Sebagai contoh, kos utility, kos bayar gaji pekerja dan lain-lain.
Kesan kenaikan OPR ini juga akan membantut kan perniagaan bank, bank bukan lah satu badan kebajikan tetapi mereka menjalankan satu perniagaan memberi perkhidmatan pinjaman dan sebagainya.
Sebagai contoh, jika OPR dinaikkan oleh Bank Negara maka orang ramai tidak akan meminjam kepada bank, perkara ini yang membantutkan perniagaan sesebuah bank.
Kebiasaan yang akan dapat fixed rate ini adalah bagi mereka yang bekerja di sektor kerajaan. Paling mudah untuk memahami fixed rate ini adalah, ketika mana keadaan ekonomi tidak menentu, sama ada difisit atau surplus. Kadar yang diberikan itu tetap dan tak akan berubah. Kebiasaanya kadar oinjaman ini digunakan untuk pinjaman rumah dan pinjaman yang berkala.
Kadar faedah ini akan berkaitan dengan BLR iaitu Base Lending Rate. tetapi sekarang bank tidak menggunakan BLR tetapi BR atau BFR bagi Islamik kewangan. Kadar faedah jenis ini akan berubah mengikut ekonomi negara itu sendiri.
Kadar faedah ini lebih mahal daripada kadar pinjaman yang lain. Kebiasaannya kadar pinajamn ini digunakan untuk pinjaman peribadi atau kenderaan. Untuk mengetahui pengiraan kadar jenis-jenis faedah ini, pembaca boleh tekan link ini http://www.bnm.gov.my/.
OPR ialah kadar faedah semalaman yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia untuk mengawal polisi monetari negara. Ia menjadi penanda aras kepada kadar faedah pinjaman dan simpanan yang ditawarkan oleh bank-bank komersial.
Kenaikan OPR meningkatkan kos pinjaman, menjadikan syarikat perlu membayar lebih untuk hutang mereka. Ini boleh mengurangkan keuntungan syarikat dan menyebabkan pelabur beralih ke instrumen deposit yang kini menawarkan pulangan lebih tinggi.
Kadar tetap kekal sama sepanjang tempoh pinjaman, manakala kadar terapung berubah mengikut pergerakan OPR dan Base Rate (BR). Apabila OPR naik, kadar terapung juga naik, meningkatkan bayaran bulanan pinjaman anda.
Tidak semestinya. Saham sektor perbankan biasanya mendapat manfaat kerana margin faedah bersih (NIM) meningkat. Pelabur bijak mengalihkan portfolio mereka ke sektor yang mendapat manfaat dari kenaikan kadar faedah.
Memahami kesan OPR terhadap pasaran saham membantu anda membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak — mulakan dengan membuka akaun pelaburan anda.
Buka akaun CDS dan mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia dengan pemahaman makroekonomi yang kukuh — Daftar akaun CDS sekarang.
Dapatkan ebook asas pelaburan saham secara percuma untuk fahami faktor-faktor yang mempengaruhi pasaran — Muat turun ebook percuma di sini.
Bacaan lanjut: