Zakat Saham
| | |

Zakat Saham Kena Bayar Ke?

Apa Itu Zakat?

Zakat merupakan kata terbitan dari kalimah (زَكَى ).

Ia bermaksud suci, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

Jenis Zakat

  • 1.Zakat Pendapatan
  • 2.Zakat Perniagaan
  • 3.Zakat Simpanan
  • 4.Zakat Emas
  • 5.Zakat Saham

Apa Itu Zakat Saham?

Perkataan ‘Saham’ berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud bahagian yang dimiliki.

Seperti yang diketahui, saham adalah wang yang dilaburkan dalam sesebuah syarikat atau perniagaan.

Contohnya saham dalam syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Prestasi sesebuah perniagaan biasanya boleh diukur melalui dividen yang diagihkan atau nilai saham tersebut di pasaran saham.

 

Dalil Wajib Zakat Saham

Dalil dan Hujah mengeluarkan zakat adalah seperti berikut:

‘Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakan (zakat) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu’

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267)

 

Syarat Wajib Zakat Saham

1. Islam – diwajibkan kepada pemilik Muslim sahaja

2. Milik Sempurna – mempunyai kuasa menjual dan memperoleh manfaat daripada portfolio saham atau pelaburan.

3. Cukup Nisab – Nisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat.

Untuk tahu kadar nisab ini ditentukan oleh purata harga 85 gram emas pada setiap tahun seperti berikut:

Sumber: zakat.com.my

 

4. Cukup Haul – Haul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh satu tahun pemilikan portfolio pelaburan.

5. Halal – Saham yang diterbitkan untuk operasi perniagaan adalah halal dan tiada unsur gharar, riba’, arak atau judi.

 

Cara Pengiraan Zakat Saham

Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan kepada dua kumpulan iaitu

1. saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan

2. saham-saham yang dijual beli untuk tempoh kurang daripada setahun.

Nilai zakat yang diwajibkan adalah sebanyak 2.5% daripada nilai pelaburan.

Contoh 1: Saham yang dijual beli kurang dari tempoh setahun

 

Contoh 2: Saham yang disimpan melebihi setahun

Sumber: zakat.com.my

 

Zakat Saham bagi Saham Tidak Patuh Shariah

Bagi saham yang tidak shariah terkecuali daripada zakat saham.

Tetapi tertakluk kepada wang modal asal sahaja. Namun sebagai muslim anda di nasihatkan supaya membuka akaun Islamik supaya terhindar dari memiliki saham yang Tidak Shariah.

Keuntungan daripada saham tidak shariah tidak diwajibkan zakat. Sebaliknya ia boleh diberikan kepada Baitulmal atau badan-badan kebajikan.

 

Saham-Saham Yang Tidak Disenaraikan (Saham Koperasi)

Saham jenis ini adalah saham yang tidak disenaraikan di Bursa Saham atau saham dalam koperasi.

Ia kebiasaannya tidak mudah ditunaikan. Zakat hendaklah dikeluarkan ke atas jumlah dividen yang diterima.

 

Saham Bagi Syarikat Yang Telah Mengeluarkan Zakat Perniagaan

Zakat tidak perlu dibayar atas saham dan dividen saham sekiranya sesebuah syarikat tersebut telah pun mengeluarkan zakat perniagaan bagi pihak pemegang-pemegang sahamnya.

Namun sekiranya syarikat tidak mengeluarkan zakat perniagaannya, maka individu yang memiliki saham syarikat tersebut WAJIB membayar zakat secara persendirian.

 

Kesimpulan

Sebagai Muslim kita di wajibkan menunaikan zakat kerana dengan mengeluarkan zakat dapat membersihkan jiwa dan mensucikan harta kita.

Selain itu, melalui zakat juga harta akan lebih berkat InsyaAllah.

Sekiranya anda masih keliru dengan pengiraan zakat saham, boleh rujuk pada pusat zakat yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal anda atau layari portal zakat negeri masing-masing.

 


Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts