|

Teori Kitaran Pasaran Wyckoff : 4 Jenis Fasa dalam Wyckoff Theory

Bila bercerita mengenai Teori Wyckoff ini, kita akan sentiasa dengar istilah “smart money”,  “acumulation”, “distribution”, “mark up”, dan “mark down”.

Ini adalah fasa-fasa yang sentiasa berlaku jika mengikuti teori ini. Teori ini di perkenalkan oleh Richard D. Wyckoff, antara orang terawal menggunakan pendekatan teknikal dalam analisa pergerakan harga saham.

Meskipun teori ini sudah lama wujud ianya masih terpakai sehingga kini dan mejadi panduan pelabur dan pedagang hebat.

Gambar rajah menunjukkan teori Wyckoff secara ilustratif. Banyak teknik yang boleh digunakan untuk entry dari gambar rajah.

Salah satunya adalah beli setelah harga bergerak mejauhi paras rintangan (Buy on breakout).

Fasa “accumulation” (pengumpulan) 

Smart Money (SM) telah mengenal pasti harga telah rendah/ murah dan mula mengumpul  saham dalam kuantiti yang banyak.

Biasanya harga saham akan berada dalam keadaaan “sideways” (mendatar) dan  fasa ini mengambil masa yang lama, boleh sampai bertahun – tahun.

Fasa “Mark up

Ketika ini saham yang dikumpul oleh SM telah mula bergerak naik setelah melepasi tahap rintangan sesuatu harga.

Semasa fasa ini SM akan biarkan pasaran naik secara neutral.

Fasa Distribution

Pada Fasa ini SM akan mendapati harga sudah pada harga kemuncak dan mula melepaskan pegangan mereka.

Momentum kenaikan harga akan berkurangan/menghilang disebakan aktiviti pelepasan saham oleh mereka.

Biasanya pembeli yang lewat masuk akan tersangkut disini.

Fasa Mark down

Setelah SM melepaskan semua pegangan saham mereka, harga saham akan mula turun disebabkan tiada lagi minat mebeli saham pada skala besar.

SM akan menunggu untuk harga jatuh pada harga yg mereka anggap rendah untuk kumpul semula. Adalah diingatkan proses pengumpulan akan mengambil masa jangka panjang.

Bila menggunakan teori ini, indikator bar volume sangat penting bagi mengesahkan pergerakan harga kerana ia berkait rapat dengan “demand” dan “supply”.

Anomali pergerakan harga dibandingkan dengan volume sangat penting bagi mengetahui arah pergerakan harga saham.

Teori Wyckoff ini kami kupaskan lebih jelas dan lengkap  dalam video Volume Price Analysis untuk premium.

KESIMPULAN

Dengan memahami teori Wyckoff dan fasa-fasa nya, para pelabur dan pedagang akan lebih memahami pergerakan harga dan dapat merancang plan trading yang berkesan.

Pergerakan harga saham ada naik dan turun, para pelabur mestilah bersedia untuk perubahan dalam pergerakan harga sama ada untuk ambil untung atau cutloss.

Setakat ini dulu, jumpa di artikel seterusnya.


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Korang dah follow/like/join media sosial Mahersaham??? Follow sekarang untuk mengetahui informasi terkini mengenai pasaran saham

Website

Facebook

Twitter

Instagram

Youtube

Telegram

Similar Posts

3 Comments

Comments are closed.