Bursa Malaysia Ditutup Tinggi : Window Dressing Pertengahan Tahun?
Apa itu Window Dressing?
Menurut Investopedia :
“Window Dressing” adalah strategi yang digunakan oleh ‘mutual fund’
dan pengurus portfolio lain pada akhir tahun atau suku tahun untuk meningkatkan penampilan prestasi dana sebelum menyampaikannya kepada pelanggan atau pemegang saham.
Untuk window dressing, pengurus dana menjual saham yang sedang rugi besar dan membeli saham yang naik tinggi berhampiran akhir suku tahun. Sekuriti ini kemudian dilaporkan sebagai sebahagian daripada pegangan dana.
Mengapa Window Dressing?
Seperti yang sudah kita sebutkan di atas, ini bertujuan untuk memberikan kesan yang seakan-akan ‘baik’ pada prestasi portfolio.
Dalam keadaan di atas, kemungkinan ‘mutual fund’ atau ‘unit trust’ itu membeli saham syarikat A hanya dua minggu sebelum prestasi dilaporkan namun dalam laporan mereka menampilkan kenaikan saham syarikat A dalam masa setahun.
Ini seolah-olah menunjukkan fund tersebut sememangnya bagus kerana berjaya memilih saham syarikat A untuk menjadi sebahagian daripada portfolio.
Apa kaitan dengan Bursa Malaysia?
Window dressing untuk Bursa pula agak berbeza sedikit.
Indeks tidak mudah untuk memilih saham yang naik dan menjadikan saham tersebut sebahagian daripada indeks.
Jadi apa yang boleh dibuat?
Menaikkan saham-saham tertentu yang memang adalah sebahagian daripada indeks.
Dengan itu, indeks boleh naik secara keseluruhannya.
Sebagai contoh,
gambar di atas diambil dari software Shareinvestor Station. Jika anda berminat,boleh dapatkan di sini dengan harga diskaun.
Pada awal tahun, indeks bermula dengan 1783 mata. Paling rendah sehingga hari Jumaat yang lepas adalah 1658 mata. Jadi sebelum penghujung bulan 6 (prestasi setengah tahun), indeks dinaikkan supaya nampak 32 mata lebih elok berbanding nilai paling rendah (1690 – 1658 = 32)
Betul Ke Ni…. Nampak Tak Signifikan Pun
Memang nampak tak signifikan pun bagi saya.
Di sini pentingnya para pelabur menggunakan ‘common sense’ mereka.
Perkara paling penting kepada para pelabur adalah, bagaimana menggunakan maklumat ini untuk buat profit dalam pasaran saham?
Antara perkara yang memerlukan kajian lanjut adalah : (tidak mengikut turutan)
- Berapa kerap window dressing ini berlaku? Untuk hujung tahun dan pertengahan tahun?
- Berapa banyak mata boleh naik dalam masa satu hari window dressing?
- Dapatkah kita mengesan awal saham-saham yang bakal naik pada hari window dressing?
- Adakah window dressing ini sesuatu yang signifikan dan dapat memberikan suatu trading plan yang reliable?
Saham-saham Yang Dikatakan Menyebabkan Indeks naik pada 29 Jun
Dalam berita mereka mengatakan bahawa kenaikan indeks – penyumbang terbesar adalah saham Maybank dan Tenaga.
Gambar di atas diambil daripada Platform Trading M+ (Malacca Securities). Jika anda belum memiliki akaun CDS dengan M+ yang menawarkan brokerage yang sangat MURAH berbanding broker-broker lain, boleh lawati link ini.
Dari gambar di atas kita boleh nampak senarai saham dalam indeks FBMKLCI (tak lengkap), di mana saya menyusunnya mengikut peratusan kenaikan.
Kita boleh nampak, saham yang perform pada hari Jumaat adalah KLCC, TENAGA, HARTA, PMETAL, DIGI dan MAXIS.
Manakala saham yang lain naik biasa-biasa sahaja. Maybank mungkin juga masih penyumbang terbesar kenaikan indeks disebabkan indeks kita dikira berdasarkan market capitalisation weightage (topik di lain waktu).
Masa Untuk Melihat Chart

Fuh!
Banyaknya chart, banyaknya tulisan …. banyaknya signal dan simbol yang tak difahami!
Chart adalah instrumen paling penting untuk pengamal Technical Analysis.
Seperti mana ilmu atau silibus yang lain, ianya memerlukan masa, dedikasi dan pengalaman untuk mahir dalam sesuatu perkara.
Anda disarankan klik link ini untuk belajar macam-macam perkara berkaitan technical analysis.
Tafsiran Chart
Dari kesemua chart di atas, ada dua kaunter yang menarik perhatian saya iaitu KLCC dan TENAGA.
Hal ini adalah disebabkan candlestick yang tidak seperti hari-hari yang biasa, dan kita boleh perhatikan juga peningkatan volume yang signifikan.
Hal ini menunjukkan ada sesuatu yang memotivasikan ‘large fund’ untuk masuk ke dalam kaunter-kaunter tersebut.
Kita akan meneruskan lagi kajian ini… sebab saya pun dah mengantuk.
Kajian Lanjut
‘catalyst’ atau sebab kenapa saham KLCC dan TENAGA naik banyak
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
5