WFH- Sektor Awam dan Industri di bawah MITI terlibat!

WFH- Hanya mempengaruhi sektor awam dan industri di bawah MITI

 

Jika sebelum ini saya ada menceritakan mengenai beberapa isu semasa yang perlu anda tahu sepanjang situasi COVID-19. Kali ini, di artikel ini saya akan menceritakan mengenai isu semasa yang sedang hangat diperkatakan! Iaitu mengenai work from home

Pasti ramai dalam kalangan kita yang menjadi panik apabila mendapat arahan untuk work from home kan?

Perkara ini pasti akan memberi kesan kepada setiap individu dan tidak lain tidak bukan pasti akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

Baru-baru ini keluar kenyataan dari Menteri yang mengatakan bahawa pesanan work from home hanya mempengaruhi sektor awam dan industri di bawah MITI.

 

WFH
Kredit Gambar: The Edge Market

 

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob:

“Arahan kerja dari rumah (WFH), yang akan dikuatkuasakan mulai 22 Oktober di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (CMCO)”

 

“Ia hanya akan berlaku untuk sektor awam dan industri di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)”

 

Dalam sidang media tersebut, Ismail menjelaskan bahawa penjawat awam dalam perkhidmatan penting tidak terlibat dengan arahan ini. Pekerja di sektor informal juga dikecualikan.

 

Sektor Yang Tidak Perlu Work From Home

 

Terdapat beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi secara normal sesuai dengan SOP yang telah ditetapkan di bawah CMCO dan tidak perlu work from home. Antara sektor tersebut ialah:

i) Pekerja yang bekerja di kedai runcit

ii) Kedai runcit dan pasar raya

iii) Sektor perladangan & pertanian

iv) Restoran kedai makan

 

Selain daripada itu, anggota polis, angkatan bersenjata, pekerja syarikat pengangkutan awam, pemandu teksi, perkhidmatan e-hailing dan penghantaran juga dapat beroperasi seperti biasa.

Dalam pada itu, MITI telah mengumumkan garis panduan untuk pengurus dan penyelia di kawasan CMCO.

Dikatakan sehingga 10% pekerja di jawatan ini akan dibenarkan bekerja di pejabat, dari pukul 10 pagi hingga 2 petang, tiga hari seminggu.

Kementerian juga menetapkan bahawa mereka harus terlibat dalam bidang perakaunan, kewangan, pentadbiran, undang-undang, perancangan, teknologi maklumat dan komunikasi.

 

WFH- Swab Test

 

Swab Test
Kredit Gambar: Goggle

 

Anda pernah melalui ujian swab?

Tujuan ujian ini dibuat untuk mengesan sama ada individu tersebut positive atau negative COVID-19

Ujian swab sangat disarankan untuk pekerja tempatan supaya jangkitan dapat dikesan lebih awal untuk mengelakkan munculnya kelompok baru di tempat kerja.

Berkata Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lagi:

“Mereka yang perlu berada di pejabat tetapi tinggal di zon merah, serta orang asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pekerja binaan di kawasan CMCO, perlu mengambil ujian Swab untuk COVID-19”

 

Kesimpulan

 

Kesimpulannya, tidak semua sektor ditutup 100% atau perlu WFH. Hanya sektor dan industri yang di bawah MITI sahaja perlu mematuhi arahan ini.

Manakala, untuk sektor yang penting seperti keselamatan atau perkhidamatan awam dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Rakyat Malaysia tidak perlu panik dengan situasi ini dan boleh terus menjalani kehidupan seharian secara normal.

 

 

_________________________________________________________________________________________

Korang dah follow/like/join media sosial Mahersaham???

Follow sekarang untuk mengetahui informasi terkini mengenai pasaran saham

 

Website

Facebook

Twitter

Instagram

Youtube

Telegram


Similar Posts