Wang Helikopter: Selamat atau tidak?
Hari ini saya berminat untuk kongsikan ilmu baru berkaitan wang Helikopter.
Wang helikopter ialah suatu kaedah baru yang difikirkan oleh sesetengah pihak untuk dijadikan sebagai langkah jalan keluar ekonomi negara untuk Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi dunia.
Keberkesanan sistem ini sudah pasti akan dipersoalkan oleh pelbagai pihak.
Jadi adakah sistem Wang Helikopter ini selamat untuk digunakan bagi membangunkan semula ekonomi yang kini sedang meleset akibat penularan Covid-19.
Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai bank pusat Malaysia bertanggungjawab dalam perlaksanaan pencetakan wang.
Kedudukan BNM yang kini berada di bawah Parlimen dan telah dikeluarkan kedudukannya dari bawah Kementerian Kewangan Malaysia dapat menjamin keberkesanan perananya.
Tetapi sebelum itu kita perlu tahu apa itu wang.
Wang

Wang merupakan sejenis alat pertukaran yang mempunyai harga dan nilai dan diakui sah.
Sebenarnya 97% wang dalam ekonomi diterbitkan dalam bentuk nombor dalam akaun bank dan bakinya 3% adalah wang dalam bentuk kertas dan siling di Bank Negara Malaysia (BNM).
Kesan ketidakstabilan ekonomi kini ketika Covid-19 telah mencetuskan idea beberapa pihak untuk BNM melaksanakan sistem wang helikopter.
Hal ini disebabkan oleh keperluan kerajaan yang memerlukan wang untuk melakukan perbelanjaan mengurus dan membangun bagi pemberian insentif kepada rakyat yang telah menerima kesan akibat penularan Covid-19.
Ditambah pula kadar pengangguran Malaysia yang meningkat sehingga 4.8% pada Disember 2020 berbanding bulan yang sama tahun 2019 iaitu 3.3% (DOSM, 2020).
Hasil Kerajaan
Secara amnya, perolehan hasil kerajaan Malaysia kini adalah dari kutipan hasil cukai dan aktiviti terbitan bon oleh pihak kerajaan.

Sebagai contoh, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan salah satu institusi di Malaysia yang banyak memegang terbitan bon.
Jadi sekiranya pihak kerajaan ingin mendapatkan perolehan hasil bagi dijadikan sebagai aset untuk melakukan pembiayaan perbelanjaan kerajaan.
Pihak kerajaan boleh membeli terbitan bon dari KWSP untuk dicairkan sebagai perolehan hasil kerajaan ketika kemesetan ekonomi.
Idea untuk melakukan pencetakan wang oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai idea reformasi ini perlu diteliti oleh pihak kerajaan sekiranya ingin dijalankan.
OPR
Hal ini demikian kerana kadar polisi monetari atau OPR Malaysia kini 1.75 adalah rendah untuk menggalakkan orang ramai melakukan pinjaman dengan pihak bank kerana kos pinjaman adalah rendah ketika ekonomi meleset.
Ini sekaligus dapat menyedarkan orang ramai untuk tidak melakukan simpanan dan tabungan ketika keadaan ekonomi sedang meleset.
Ini merupakan matlamat ahli ekonomi dan pihak kerajaan untuk menggalakan aktiviti jual beli atau meningkatkan sebarang transaksi oleh orang ramai bagi membantu meningkatkan wang dalam edaran pasaran.
Sekaligus langkah ini dapat membantu ekonomi negara untuk keluar dari kemelestan ekonomi dan dalam usaha membangunkan semula ekonomi.
Ketahanan ekonomi bagi mendepani kemesesatan ekonomi adalah sangat penting. Perancangan yang teliti perlu dikaji oleh pihak penyelidik dasar di institusi pengajian tinggi dan usaha penelitian pihak kerajaan dalam merancang dasar ekonomi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
Permintaan dan Penawaran Ekonomi

Ilmu asas dalam teori ekonomi. Dasar fiskal dan monetari adalah merupakan teori disebelah permintaan yang menunjukkan perancangan dasar dalam jangka masa pendek.
Namun begitu, kerajaan boleh melakukan langkah reformasi untuk menggunakan teori ekonomi di sebelah penawaran.
Sebagai contoh dengan membantu dan memberi insentif kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam pemberian bantuan dan insentif bagi mendepani cabaran ekonomi semasa penularan Covid-19.
Kesimpulan
Oleh itu, idea pencetakan wang ataupun Wang Helikopter perlu dinilai semula untuk perlaksanaannya oleh BNM.
Hal ini kerana kerajaan pada ketika kemelesetan ekonomi kini akibat Covid-19 masih boleh mempelbagaikan hasil kutipan cukai.
Contohnya seperti cukai warisan dan cukai terhadap keuntungan perlaburan saham dapat diperkenalkan. Idea ini juga perlu dinilai oleh pihak kerajaan dan pakar ekonomi.
Selain itu, perolehan hasil dari terbitan bon untuk dicairkan bagi melakukan belanjawan kerajaan masih dapat membantu perolehan hasil kerajaan. Justeru idea untuk melaksanakan Wang Helikopter adalah tidak selamat.
Anda boleh baca artikel tentang OPR kekal 1.75 untuk mengetahui maklumat secara lebih lanjut.
Anda Newbies dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.