logo bursa malaysia

Waktu Dagangan Untuk Bursa Malaysia

Semua pelabur atau pedagang di Bursa Malaysia perlu tahu waktu untuk urusniaga supaya tak terlepas peluang atau dapat memastikan order buy atau sell anda dapat berfungsi dengan baik.

Waktu dagangan dibahagikan kepada beberapa sesi seperti berikut:

  1. Sesi Pra-Pasaran (Pre-Open)
    • Waktu: 8:30 pagi hingga 9:00 pagi
    • Sesi ini adalah untuk memasukkan, mengubah, dan membatalkan pesanan sebelum pasaran dibuka.
  2. Sesi Pasaran Dibuka (Continuous Trading)
    • Waktu: 9:00 pagi hingga 12:30 tengahari
    • Semasa sesi ini, semua pesanan akan dipadankan secara berterusan dan transaksi saham berlaku secara langsung.
  3. Sesi Rehat (Lunch Break)
    • Waktu: 12:30 tengahari hingga 2:30 petang
    • Tiada aktiviti perdagangan berlangsung semasa waktu rehat ini.
  4. Sesi Pasaran Dibuka Semula (Continuous Trading)
    • Waktu: 2:30 petang hingga 4:45 petang
    • Dagangan bersambung selepas rehat tengahari, di mana pesanan dan transaksi saham akan dipadankan sehingga pasaran ditutup.
  5. Sesi Pasca-Tutup (Pre-Close)
    • Waktu: 4:45 petang hingga 4:50 petang
    • Ini adalah sesi untuk memasukkan, mengubah, dan membatalkan pesanan sebelum pasaran ditutup sepenuhnya.
  6. Sesi Tutup Pasaran (Closing)
    • Waktu: 4:50 petang hingga 5:00 petang
    • Pesanan yang masih belum dilaksanakan akan dipadankan dalam sesi ini sebelum pasaran ditutup secara rasmi.

Transaksi yang berlaku pada waktu yang berbeza akan nampak berbeza pada platform. Boleh rujuk Simbol Dan Warna Dalam Platform Trading

Jika ditanya saya, apakah waktu terbaik untuk masuk atau beli saham? Saya lebih kepada swing atau hold lama, ada orang panggil positional trading juga. Jadi dalam hari trading, harga yang paling signifikan adalah harga closing.

Oleh sebab itu saya akan biasanya memilih untuk membeli saham pada pukul 4petang-5petang untuk market Bursa Malaysia sebab kebiasaannya harga pada waktu itu sudah stabil. Signal berdasarkan daily timeframe boleh diyakini tidak berubah kerana harga sudah stabil.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untukĀ buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts