Waktu Dagangan Pasaran US

Perbezaan timezone antara negara Malaysia dan Amerika Syarikat menyebabkan waktu dagangan mereka tidak sama dengan kita. Ini merupakan antara perbezaan yang ada diantara pasaran Malaysia dan pasaran Amerika Syarikat atau United States of America (US). Jadi, pasaran disana buka pada pukul berapa?

Pasaran US

Secara umumnya, pasaran di US mempunyai 3 pembahagian. Pre-market, Regular Trading Hours dan Post Market.

Pre-MarketRegular Trading HoursPost-Market
4:00am – 9:30am9:30am – 4:00pm4:00pm – 8:00pm
Waktu di US

Namun, masa di atas ialah masa di Amerika Syarikat. Kita yang ingin berdagang pasaran US ketika berada di Malaysia pula bagaimana?

Perbezaan antara timezone kita dan mereka ialah 12 jam. Kita lebih cepat 12 jam berbanding mereka. Jadi, jadual di bawah ialah waktu dagangan pasaran US di Malaysia.

Pre-MarketRegular Trading HoursPost-Market
4:00pm – 9:30pm9:30pm – 4:00am4:00am – 8:00am
Pasaran US mengikut waktu di Malaysia

Apa pula maksud Pre-Market, Regular Trading Hours dan Post-Market

  • Pre-Market : Sebelum pasaran dibuka
  • Regular Trading Hours : Masa dagangan berlaku
  • Post-Market : Selepas pasaran dibuka

Ketika Pre-Market dan Post-Market, kita hanya boleh membuat pesanan (order buy and sell) tetapi transaksi hanya akan ‘matched’ ketika Regular Trading Hours sahaja.

The Night Owl Trader Working late into the night, a man is seen from behind as he analyzes market trends and exchange information in his home office.

Kesimpulan

Perbezaan ini memberikan kelebihan dan kekurangan untuk kita sebagai pedagang saham khususnya. Ini menjadi satu kelebihan bagi mereka yang sibuk pada waktu siang untuk boleh memberi perhatian untuk berdagang pada waktu malam.

Ia juga memberi kelebihan untuk ‘pedagang tegar’. Pagi berdagang di pasaran Bursa Malaysia, malam pula di pasaran US. Namun, agak sukar bagi kita kerana pada waktu malam, kebiasaannya kita gunakan untuk berehat.

Jadi, pembahagian masa yang efektif diperlukan untuk berdagang mengikut waktu dagangan pasaran US. Yang penting, untuk melabur di mana-mana sekalipun, kita mesti kena mempunyai ilmu. Lain padang lain belalang.

Nak tahu lebih lanjut tentang pasaran global? Baca Tutorial Cara Guna Aplikasi Mplus Global.

Dah jadi client tapi masih belum masuk dalam group client? Jom masukĀ disini.

Similar Posts