WAHED INVEST MALAYSIA-Penasihat Digital Shariah
Pernah tak dengar tentang wahed invest Malaysia?? Apa kelebihan wahed invest ni?? Apa keistimewaan platform ini dan bagaimana nak mulakan pelaburan dengan platfrom ini?
Wahed Invest memilih Malaysia sebagai hab serantau
Kini pelaburan patuh shariah semakin mudah dengan adanya Wahed Invest!
Platform pelaburan digital Islam pertama di Malaysia ini telah dilancarkan pada 29 Oktober 2019 yang lalu.
Ia merupakan syarikat pelaburan patuh shariah yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan mahu menjadikan Malaysia sebagai hab serantau.
Pilihan ini berdasarkan kewangan Islam yang kukuh di negara ini dan pasaran modal Islam yang berdaya saing.
Ia boleh didapati dengan memuat turun melalui aplikasi PlayStore dan Apple Store di peranti anda.
Tahukah anda, ia telah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, sebuah badan yang berautoriti dalam mengawal selia pelaburan di Malaysia.
Keistimewaan platform ini
Menariknya, anda hanya perlu menjawab 8 soalan yang diberi untuk mendapatkan cadangan portfolio pelaburan oleh Wahed. Ini adalah kelebihan wahed invest.
Berikut merupakan sebab mengapa anda perlu memilih platform ini sebagai penasihat pelaburan anda:
1.Proses pembukaan akaun hanya mengambil masa beberapa minit
2. Pelaburan bermula serendah RM100 tanpa tempoh berkunci
3. Mempelbagaikan portfolio pelaburan merentasi syarikat dan negara
4. Pemantauan dalam memastikan pelaburan patuh shariah oleh Bursa Saham Sekuriti, Pihak Berkuasa Perlakuan Kewangan, Pihak Berkuasa Pasaran Modal Arab Saudi dan Bank Pusat Bahrain.
5. Dipercayai oleh 10,000 pengguna di seluruh dunia
6. Cadangan portfolio untuk pengguna (berdasarkan 8 soalan)
7. Penyata zakat dikeluarkan pada akhir tahun menerusi pendapatan yang diraih daripada pihak yang melabur.
8. Portfolio yang dicadangkan adalah berdasarkan toleransi pelabur terhadap risiko
Bagaimana mahu memulakan pelaburan dengan platform ini?
Berikut merupakan langkah-langkah untuk memulakan:
PERTAMA: Download aplikasi Wahed Invest di Playstore atau Apple store di peranti anda
KEDUA: Buka akaun dengan Wahed Invest
KETIGA: Jawab 8 soalan ringkas
KEEMPAT: Cadangan portfolio oleh Wahed Invest
KELIMA: Lengkapkan pendaftaran bagi deposit
KEENAM: Membuat deposit serendah RM100
Wahed Invest sahaja robot penasihat yang Shariah di Malaysia
Seiring dengan kepesatan dan perkembangan teknologi global, industri kewangan juga turut bangkit dalam membangunkan teknologinya tersendiri.
Kini, Malaysia sudah mempunyai 3 robot penasihat yang berlesen dan dikawal selia iaitu StashAway, My THEO dan Wahed.
Tetapi hanya satu sahaja yang patuh Shariah iaitu Wahed Invest.
Pilihan portfolio pelaburan Wahed Invest termasuk kategori emas, sukuk, saham domestik dan AS.
Ia membolehkan rakyat Malaysia untuk melabur kepada pelbagai akses portfolio yang berstatus patuh Shariah. Kerana ia merupkan platform pelaburan digital Islam.
Terbaru, Wahed Invest, telah membuat kerjasama strategi dengan Bank Muamalat Malaysia Sdn Bhd.
Berdasarkan kerjasama tersebut, Bank Muamalat menyasarkan penambahan sebanyak RM 100 juta menjelang 2020 untuk meraih dana tambahan aset di bawah pengurusannya (AUM).
Pelaburan Wahed Invest
Wahed Invest tidak sama seperti pelaburan dalam ASB.
Seperti yang kita ketahui, harga ASB adalah tetap dimana harga seunitnya bersamaan dengan RM1.
Tetapi tidak untuk Wahed Invest dimana harganya berubah-ubah mengikut keadaan pasaran modal.
Dalam kata yang lain, ada naik dan turun.
Sebelum kewujudan robot penasihat digital, pelabur perlu mendapatkan nasihat daripada golongan professional.
Jika sebelum ini, anda perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada professional dalam urusan pelaburan.
Jadi, dengan berkembangnya teknologi dalam bidang kewangan, penasihat digital direka untuk memudahkan lagi orang ramai mendapatkan khidmat nasihat dalam urusan pelaburan.
Anda hanya perlu daftar akaun secara atas talian, deposit duit ke dalam akaun, dan akhirnya monitor pelaburan.
Jika dibandingkan sekiranya anda mendapatkan khidmat nasihat professional, perbincangan tidak mungkin akan habis dalam masa satu jam sahaja.
Ianya adalah proses agak panjang yang makan berhari-hari, dimana anda perlu membuat temu janji dengan penasihat terlebih dahulu.
Sekiranya anda ingin mencuba melabur menggunakan platfom ini boleh rujuk macam mana melabur serendah rm100 .
Kesimpulan
Industri kewangan Islam digalakkan untuk memanfaatkan potensi yang ada dalam teknologi kewangan (Fintech) bagi merancakkan lagi daya saing antara pasaran.
Industri perlu cakna dengan kepesatan arus perkembangan teknologi dengan melahirkan lebih ramai lagi bakat-bakat yang akan membentuk masa hadapan.
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !
Jika anda nak belajar teknik ‘copy & trade’ menggunakan platform Bursa Marketplace, boleh ke sini.