Volcano Dikenakan UMA

Syarikat Volcano Bhd telah dikenakan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa atau unusual market activity (UMA) selepas sahamnya melonjak lebih 23% pada 13 Mac 2023 yang lalu.
Saham syarikat yang tersenarai di Pasaran ACE itu ditutup pada harga RM1.09, menokok 21 sen atau 23.86%, dengan 23.43 juta saham didagangkan. Untuk tahun ini sahaja, kaunter itu telah melonjak sebanyak 124.74%.
Perlu Dedahkan Aktiviti Perniagaan
Memberi focus kepada kenaikan mendadak pada harga dan volume sahamnya, Bursa meminta Volcano untuk mendedahkan sebarang perkembangan korporat, khabar angin atau laporan mengenai perniagaan dan hal ehwal kumpulan itu, dan sebarang kemungkinan sebab lain, yang mungkin menyumbang kepada UMA.
Bagi suku kewangan berakhir 31 Dis 2022, keuntungan bersih Volcano turun 58.48% kepada RM837,000 berbanding RM2.02 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya, apabila pendapatan susut sebanyak 12.56%.
Kumpulan ini juga telah menukar tahun kewangannya dari 31 Dis kepada 30 Jun.
Pemegang Saham Utama

Menurut laporan tahunan Volcano untuk 2021, pemegang saham utama syarikat itu ialah Datuk Ch’ng Huat Seng dengan pegangan 16.97% diikuti oleh Datuk Wong Tze Peng , Gan Yew Thiam, Khoo Boo Wui, dan Yeap Guan Seng.
Syarikat Volcano baru disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 6 April 2021, dengan harga terbitan 35 sen.
Baca Artikel Lain Berkaitan di Mahersaham
Cara Semak CCRIS Online Dengan Mudah
Petronas Merekodkan Keuntungan Tertinggi Sebanyak RM101.6 Bilion
Apa Itu Limit Up dan Limit Down
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham secara percuma.