Vivocom Limit Down
Saham Vivocom Melonjak Naik 2x Ganda
Assalamualaikum.. hari nie saya akan share pada korang semua mengenai sebuah syarikat yang berada dalam sektor teknologi. Iaitu syarikat Vivocom.
Syarikat ini membuat aktiviti yang terdiri daripada pembinaan, reka bentuk dan fabrikasi aluminium, serta perkhidmatan kejuruteraan telekomunikasi.
Jom kita tengok corporate exercise syarikat ini terlebih dahulu. Maklumat ini korang boleh dapat di Malaysiastock.Biz.

Pada 20 November 2020, telah keluar satu berita di The Edge Market mengenai syarikat ini. Berita yang bertajuk ‘Vivocom Sparks Deja Vu Again’
Berita ini telah memberitahu kita bahawa harga saham syarikat ini telah meningkat naik sebanyak 2 kali ganda dalam sebulan.
Saham ia juga telah melonjak naik kepada paras four-year high pada RM2.05 dari paras all-time low iaitu 15 sen pada Mac tahun lalu.
Selain itu, peratusan kenaikannya juga mencecah 200%!

Saham Vivocom ini telah naik selepas ia membuat pengumuman mengenai share consolidation iaitu penggabungan saham. Tarikh ex-date untuk share consolidation syarikat ini ialah pada 2 Nov 2020.
Syarikat ini telah menggabungkan setiap 10 saham dan 10 waran masing-masing menjadi satu saham dan satu waran iaitu 1:10.
Perkara ini telah menyebabkan modal saham terbitannya menjadi 566.45 juta saham daripada 5.6 bilion, sementara Waran E (2018/2023) menjadi 113.29 juta daripada 1.13 bilion sebelumnya.

Vivocom Limit Down
Namun, untuk pengetahuan korang sekarang nie harga saham vivocom telah menjunam jatuh sebanyak 66% iaitu daripada harganya RM 2 hingga kini turun kepada RM 0.695.
Ini merupakan limit down yang agak banyak dialami oleh syarikat ini. Dimana pelabur saham lebih banyak menjual harga saham ini daripada membeli saham tersebut.
Kesimpulan
Kesimpulannya, beruntung kepada para pelabur yang dapat menjual saham Vivocom pada harga yang tinggi sebelum ia jatuh menjunam dengan teruk.
Namun, terdapat juga para pelabur yang membeli sahamnya pada harga yang tinggi semasa kenaikan dan kini harga sahamnya telah jatuh.
Jelas di sini kita perlu membuat kajian dengan lebih teliti dalam membeli sesuatu saham agar tidak mengalami sebarang kerugian.