Virtual Power Plant
|

Virtual Power Plant (VPP) Pemangkin Industri Tenaga

Virtual Power Plant

Virtual power plant (VPP) adalah pemangkin industri tenaga yang telah lama diperkenalkan di peringkat global.

Saban tahun, industri tenaga dunia telah mencatatkan pertumbuhan yang mantap kerana projek yang mampu menjimatkan tenaga elektrik dengan begitu efisien.

Umum mengetahui bahawa sumber tradisional untuk menghasilkan tenaga elektrik diambil daripada sumber gas asli dan arang batu.

51 % daripada keseluruhan bahan api terbesar untuk menghasilkan tenaga elektrik di ambil daripada arang batu diikuti oleh gas asli 45%, dan tenaga hidro sebanyak 4%.

Selain dapat mengelakkan kurang bekalan tenaga elektrik, ia juga dapat memelihara alam sekitar.

Apa Fungsi Virtual Power Plant?

Virtual power plant adalah sistem kawalan berpusat ‘centralized control system’ yang menggabungkan beberapa sumber tenaga boleh diperbaharui.

Dihasilkan oleh jaringan elektrik, turbin angin, sistem solar ‘photovoltaic’, simpanan bateri, tenaga biomas dan sumber janakuasa elektrik konvensional.

Ketika jaringan elektrik nasional ‘national grid’ berada pada kadar voltan yang paling tinggi, dan bekalan elektrik tidak dapat dialirkan, virtual power plant berupaya membekalkan tenaga elektrik sokongan kepada pengguna.

Virtual Power Plant Pemangkin Industri Tenaga

Berdasarkan suatu laporan, pasaran ini akan terus meningkat untuk beberapa tahun yang akan datang.

Hasil jalinan usahasama di antara Tenaga Nasional Berhad dengan beberapa syarikat Korea iaitu I-ON Communications Corp, Busan City Gas Co Ltd and Shinwa SnC juga menjadi batu loncatan kepada kemajuan industri tenaga.

RM28.63 juta akan dilaburkan bagi menguji kesesuaian teknologi ini dalam tempoh tiga tahun.

Setelah ujian yang dijalankan ini berhasil, maka TNB akan mengkomersialkan storan bateri simpanan ini.

Bateri dengan kapasiti sehingga 1 Megawatt ini akan dihubungkan dengan grid milik TNB.

Kesimpulan

Walaupun industri tenaga telah berubah dengan begitu drastik, namun pelan dan rencana untuk menghasilkan lebih banyak lagi inovasi amat diperlukan.

Setiap inovasi yang dihasilkan perlu mengutamakan keselesaan pengguna. Kepentingan teknologi adalah untuk memudahkan bukan menambahkan lagi kesukaran.

Apa gunanya jika negara memiliki berbilion ringgit sekalipun, tetapi tidak dapat dibelanjakan untuk menghasilkan teknologi canggih setanding dengan negara lain.

Sekadar lontaran idea, mungkin 10 – 20 tahun akan datang, boleh jadi industri tenaga elektrik tidak lagi memerlukan loji tenaga kerana kos untuk membina loji tenaga memerlukan ruang yang besar untuk penyambungan grid sekaligus menelan kos berbilion ringgit.

Sistem urusniaga saham ‘trading system connection’ juga boleh disambungkan dengan menggunakan loji tenaga maya.

Similar Posts