“Value Investing Strategy”
Pelaburan Menggunakan “Value Investing Strategy”
“Value investing strategy” merupakan salah satu strategi pelaburan.
Setiap strategi yang digunakan perlu mengambil kira pengurusan risiko ‘risk tolerance’.
Pengurusan risiko tidak semestinya akan membuatkan pelaburan sentiasa untung.
Dengan menguruskan risiko, kerugian dalam pelaburan akan dapat dikurangkan.
Maklumat Asas Sebelum Memilih Strategi Pelaburan
Pelabur yang bijak harus mengenalpasti beberapa maklumat asas sebelum menentukan strategi pelaburan yang berkesan.
Antara kriteria tersebut ialah mengetahui kedudukan atau situasi kewangan ‘financial position’.
Modal
Ketiadaan modal adalah salah satu bentuk situasi kewangan yang bermasalah.
Bagaimana menentukan sama ada individu itu tidak berada dalam kategori ini?
Caranya mudah sahaja. Pendapatan yang diperolehi tidak hanya dapat menampung kos sara hidup seperti keperluan isi rumah dan hutang, tetapi juga terdapat lebihan yang boleh dibelanjakan untuk perkara-perkara lain.
Mampu
Selain itu, individu yang ingin melabur perlu tahu tahap kemampuan yang dimiliki sesuai dengan lebihan pendapatan yang ada.
Jangan pula saat terdesak memerlukan wang, kesemuanya telah habis dilaburkan!
Prinsip mudah, KAMU TIDAK PERLU ADA BANYAK DUIT UNTUK BERMULA, TAPI JANGAN BERMULA KALAU KAMU TAK MAMPU!
Matlamat
Keduanya, setiap pelaburan perlu ada matlamat yang jelas.
Kuncinya ialah apa yang kita NAK BUAT DENGAN HASIL pelaburan. Nak melancong? pendidikan anak-anak? nak beli kereta dan rumah mewah?
Cuba bayangkan, kalau kita ada duit berkepuk-kepuk! BEST kan???
Melabur Dengan Ilmu
Carilah ilmu, sekurang-kurangnya kita tahu perkara asas ‘basic understanding’ bukan melabur kerana ikut ikutan ‘invest blindly‘.
Banyakkan bertanya dan membaca. Selain itu hadir ke kelas asas saham yang dianjurkan.
Strategi Pelaburan “Value Investing”
Picking
Pilih saham berdasarkan kepada ‘intrinsic value‘ sesebuah syarikat.
Teknik Graham – menjangkakan corak perolehan syarikat ‘revenue pattern’ pada masa hadapan berdasarkan corak perolehan terdahulu
Beli saham yang mana ‘intrinsic value’ lebih daripada harga semasa. Kemudian ‘hold’ sehinggalah ‘market price’ bertemu dengan ‘intrinsic value’ untuk menggambarkan ‘true value’.
Teknik Buffet – Menggunakan formula diskaun aliran tunai ‘discounted cash flow’ akan datang berdasarkan kepada ‘present value’
Aliran tunai percuma adalah perolehan keuntungan kepada syarikat.
Namun, teknik ini sukar meramalkan aliran tunai syarikat pada masa hadapan.
Oleh itu, lebih baik labur dalam syarikat yang konsisten dan mempunyai pengurusan yang bagus dari segi ‘fundamental’.
Pengaruh berita baik atau buruk
Berita baik atau buruk sesuatu syarikat berupaya memberikan tindakbalas berlebihan ‘overreaction’ terhadap harga pasaran yang tidak seiring dengan pertumbuhan jangka panjang syarikat ‘company’s long-term fundamental’.
Jangan mudah termakan dengan sesuatu berita tentang syarikat itu sendiri sedangkan kita sendiri lebih kenal jauhari daripada jauhari sendiri yang mengenal manikam!
Purchase business not stocks
Beli saham untuk jangka panjang tentunya akan mengecewakan ramai pelabur sekiranya prestasi syarikat yang dilaburkan tidak memberansangkan.
Caranya ialah, “DO NOT FOLLOW THE HERD”, jangan beli masa orang ramai menjual, dan jangan jual masa orang ramai membeli.
Letakkan fokus kepada nilai sebenar syarikat yang boleh menguntungkan.
Selain itu, terus buat kajian mendalam mengenai syarikat tersebut.