Vaksin COVID-19: Malaysia-China tandatangan perjanjian kerjasama

Malaysia Tandatangan Perjanjian 5 Tahun Bekalan Vaksin, R&D Dengan China

 

Hai dan salam sejahtera Tuan-tuan dan Puan Puan. Jika semalam saya ada berkongsi dengan anda mengenai negara Indonesia yang bakal mengadakan kempen secara besar-besaran mengenai vaksin COVID-19.

Maka, hari ini saya akan kongsi dengan korang mengenai isu semasa vaksin COVID-19 ini berkenaan negara kita, Malaysia.

Telah keluar satu berita di Sinar Harian dan beberapa berita lain yang mengatakan Malaysia dan China hari ini telah menandatangani perjanjian kerjasama.

Haaa.. korang rasa perjanjian mengenai apa tu?

Antara perjanjiannya ialah untuk kerjasama dalam pembangunan vaksin yang selamat dan berkesan selaras dengan usaha kedua-dua negara memerangi pandemik COVID-19 ini.

Menurut kenyataan bersama oleh Kementerian Luar dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), majlis menandatangani perjanjian berkenaan disempurnakan oleh Menteri MOSTI, Khairy Jamaluddin dan rakan sejawatnya Wang Zhigang secara maya.

 

 

Vaksin
Kredit Gambar: Sinar Harian

 

 

“Perjanjian khusus ini akan dikendalikan di bawah pengawasan Jawatankuasa Tertinggi, dipengerusikan oleh Menteri Luar kedua-dua negara iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatnya Wang Yi seperti yang dipersetujui pada 13 Oktober lalu.

Ia bertujuan untuk mempromosikan kerjasama pragmatik dan pendekatan yang lebih koheren dalam menangani cabaran pasca-wabak.

Perjanjian ini akan berkuat kuasa untuk tempoh 5 tahun pertama dan dilanjutkan secara automatik untuk tempoh setahun pada satu masa, setelah dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak

 

 

Vaksin
Kredit Gambar: Bernama

 

Malaysia Keutamaan Penerima Vaksin

Untuk pengetahuan korang, menerusi perjanjian ini, Malaysia akan diberi keutamaan akses kepada vaksin yang dibangunkan oleh China

Juga termasuk akses perkongsian pengetahuan dan kepakaran serta kemudahan saintifik dan keupayaan teknologi untuk memajukan pembangunan vaksin di kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata dalam perbincangan dua hala bersama Menteri Luar China, negara itu bersetuju untuk memberi bantuan pembekalan vaksin kepada rakyat negara ini.

Kerjasama ini juga akan dipimpin oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

 

 

 

Blockchain-Enabled Digital Health Passport

Sementara itu, Khairy Jamaluddin menerusi akaun Twitternya berkata, pihaknya juga telah berbincang bersama Wang untuk menerima blok rantai passport kesihatan digital (blockchain-enabled digital health passport).

Ini akan digunakan bagi melaksanakan koridor perjalanan bagi warganegara yang telah mengambil vaksin dari kedua negara itu.

 

 

Jenis Vaksin

Kerajaan telah berkomunikasi dengan 10 pengeluar vaksin COVID-19 melibatkan lapan pengeluar yang dihubungi secara terus.

Manakala dua lagi melalui Fasiliti Akses Global Vaksin COVID-19 (Covax).

Berdasarkan rekod, terdapat sekurang-kurangnya 4 vaksin yang dibangunkan China yang kini dalam fasa klinikal peringkat akhir.

Antaranya ialah Ad5-nCoV yang dibangunkan CanSino Biological Inc, BBIBP-CorV dan WIBP yang dibangunkan Sinopharm, serta CoronaVac yang dibangunkan Sinovac.

Telah dilaporkan bahawa ujian tahap pertengahan menunjukkan CoronaVac memberi tindak balas imunisasi yang cepat.

Walaupun tahap antibodi yang dihasilkan lebih rendah dari orang yang telah sembuh dari penyakit ini.

Sebelum ini, pembuat ubat AS, Pfizer dan Moderna, serta Rusia, mendakwa vaksin mereka memberikan perlindungan lebih 90% terhadap COVID-19.

Ini berdasarkan hasil sementara dari ujian tahap akhir.

 

 

Kesimpulan

Kesimpulannya, cabaran pandemik memerlukan libat sama dan kerjasama seluruh negara.

Negara lain juga dilihat bertungkus- lumus dalam menjayakan penghasilan vaksin ini.

Disamping itu, diplomasi sains terus diperlukan bagi menghubungkan semua pihak bagi berkongsi penemuan semasa dan amalan terbaik penyelesaian jangkitan wabak.

 

 

 

_________________________________________________________________________________________

 

Moga artikel kali nie bermanfaat untuk anda!

Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.

 

 

 

 

 

 

 

Similar Posts