Vaksin COVID-19 dicipta dalam bentuk tablet
Vaksin COVID-19 Bentuk Tablet
Hai dan salam sejahtera! hari ni saya akan kongsi dengan anda semua mengenai berita yang telah dikeluarkan oleh akhbar Metro yang memberitahu bahawa kini vaksin COVID-19 akan diedar dalam bentuk tablet.
Akhbar Metro mengatakan bahawa Widad Group Berhad(Widad Group) menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan Rinani Dynamic Sdn Bhd (Rinani) untuk mengedarkan vaksin COVID-19 dalam bentuk tablet.

Vaksin berkenaan dibangunkan Vaxart Inc (Vaxart) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan Rinani adalah wakil Vaxart di Malaysia.
Dan.. pada masa kini vaksin itu dikenali dengan nama VXA-Cov2-1 masih dalam ujian klinikal fasa dua.
Vaksin Tablet VXA-CoV2-1
Haaa..unik kan nama vaksin nie?
VXA-CoV2-1 adalah sejenis vaksin COVID-19 yang berbentuk tablet dan hanya diberikan satu dos sahaja.
Ia dipercayai lebih mudah diuruskan kerana tidak memerlukan rangkaian penyimpanan dan pengedaran sejuk.
Berkata Pengarah Urusan Widad Group, Datuk Mohd Rizal Mohd Jaafar:
“Pihaknya yakin untuk menyokong usaha Rinani dalam mengetengahkan vaksin Vaxart ini di Malaysia untuk memastikan negara dapat akses vaksin yang praktikal untuk program imunisasi besar-besaran”
Kelebihan Vaksin Vaxart
Setiap yang diciptakan pasti ada baik dan buruknya. Begitu juga dengan vaksin ini. Terdapat 2 kelebihan terbesar pada penciptaan vaksin ini sendiri.
Kelebihan terbesar yang pertama ialah reka bentuk vaksin Vaxart ini mencetuskan imuniti mukosa.
Apa itu imuniti mukosa?
Ia berfungsi sebagai barisan pertahanan pertama terhadap virus yang boleh tersebar di udara seperti COVID-19. Ia juga memberikan perlindungan menyeluruh dari jangkitan.
Yang kedua ialah ia dihasilkan dalam bentuk tablet. Ini menjadikan vaksin ini mesra pengguna.
Selain itu, mewujudkan pengalaman tanpa rasa sakit yang di mana lebih ramai pengguna akan memilih cara ini.
Kesimpulan
Kesimpulannya, dapat kita lihat bahawa teknologi yang moden dapat menghasilkan vaksin yang berkualiti dan sekaligus dapat membangunkan sektor perubatan dunia. Selain itu, diharapkan dengan kewujudan vaksin dalam berbentuk tablet ini akan menghasilkan pasaran yang meluas serta mendapat banyak permintaan terhadap vaksin ini.
Disamping itu juga, dengan berlakunya kemajuan dalam sektor perubatan ini membolehkan untuk anda semua membuat kajian dan boleh mula untuk memerhatikan kaunter-kaunter yang terlibat dengan pro vaksin ini.
______________________________________________________________________________________________________________________________________
Moga artikel ini bermanfaat untuk anda semua.
Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.