Tutorial Mahersaham App 3.0

Assalmualaikum dan selamat sejahtera.

Haiiiii, korang apa khabar? sihat?

Semoga kekal sihat sentiasa bersama keluarga.

Hari ini saya terangkan mengenai performance screener Mahersaham App.

Bagi pengguna ANDROID boleh download di App Mahersaham

Jangan lupa rate 5๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ ya.

Seperti yang kita tahu, di luar sana terlalu banyak screener yang wujud dalam dunia saham ini.

Daripada percuma sehinggalah yang berbayar.

Persoalannya, sejauh mana performance untuk setiap screener yang wujud ni?

Justeru, artikel kali ini kita akan menyentuh hal tersebut.

Okay, sebelum saya mula, korang dah baca belum Tutorial Mahersaham App Siri 1 dan siri 2?

Korang yang belum baca Tutorial Mahersaham App Siri 1 dan siri 2 boleh la baca dahulu.

Jom kita mulakan.

Bismillah.

Screener Mahersaham App

Bagi mereka yang selalu ikuti rapat dengan kelas live harian Mahersaham sudah pasti korang dah terbiasa dengan Mahersaham App.

Dalam App tersebut terdapat pelbagai features antaranya adalah screener.

Korang boleh baca artikel Screener Mahersaham App untuk mengetahui lebih lanjut mengenai screener yang Mahersaham sediakan.

Jom kita lihat bagaimana prestasi (performance) Screener Mahersaham App.

Langkah-langkah Ketahui Prestasi Screener

Terdapat 4 langkah untuk korang ketahui.

Bunyi macam susahkan.

Korang jangan risau.

Langkah ini mudah sahaja.

Pertama: Muat turun (download) data Mplus platform menggunakan Internet Explorer.

Tutorial ini fokus kepada mereka mendaftar akaun CDS di bawah Mplus.

Korang dah ada akaun CDS belum?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham

Jika korang menggunakan platform Mplus maka

wajib menggunakan Internet Explorer.

Kenapa??

Terdapat beberapa features yang tak dapat support sekiranya korang guna engine search yang lain seperti google chrome atau Mozilla firefox.

Usah pening-pening, guna saja Internet Explorer.

Kedua: Copy dan paste data-data screener dalam excel

Ketiga: Ada sedikit pengiraan.

Formula simple sahaja.

Tidak complicated

Usah risau.

Keempat: Lihat performance.

Sama ada berjaya atau tidak.

Hari ni kita akan fokus kepada screener yang sudah berlaku.

Kita nak bandingkan hari semalam dan hari ini.

Prestasi Screener

Pertama korang log in dalam platform Mplus macam biasa.

Kemudian guna setting default.

Macam mana tu?

Korang klik butang gear kemudian ikut pilih use default.

Faham tak?

Ikuti seperti gambar di bawah.

Selepas itu akan keluar satu lagi pop-up.

Pastikan All stock sahaja yang di tick,

kemudian klik ok.

Rujuk gambar di bawah.

Data apa yang diperlukan?

4 data price yang diperlukan

  • Open
  • High
  • Low
  • Close

Jadi korang pastikan dekat menu tu ada 4 column data ni.

Kalau korang rujuk gambar di atas, data apa yang tiada?

Open price kan.

Caranya korang kena tambah sendiri.

Simple sahaja.

Korang ikut step dalam gambar di bawah ni.

sekarang di platform korang pun dah ada column open price.

Korang boleh drag column tersebut untuk dekatkan antara 4 column yang kita perlukan.

Kalau tak nak drag pun boleh.

Seterusnya korang right click mana-mana bahagian di platform Mplus dan pilih export stock list (all pages)

Nota tambahan, korang kena buat perkara ni setelah market tutup iatu selepas jam 5 petang dan sebelum jam 9 pagi.

Kalau tak, korang tak dapat export data.

Akan keluar pop-up macam di bawah ni.

Andai kata korang dah berjaya export data.

Data tersebut akan berada di folder yang korang save tadi.

Langkah seterusnya adalah export pula data dalam screener Buy Today Sell

Tomorrow (BTST).

Korang buka app.mahersaham.com/screener cari premium dan klik BTST

Pastikan korang export data di Mplus sehari selepas data BTST.

Maksudnya?

Kalau korang gunakan data BTST 1 Januari maka korang kena guna data di Mplus pada 2 Januari.

Barulah korang boleh tengok dan bandingkan performance.

Next step?

Korang merge data Mplus dan BTST.

Menggunakan formula VLOOKUP.

Macam mana?

Di akhir artikel ini team Mahersaham telah sediakan video untuk tontonan korang.

Bila dah merge kedua data tadi, maka korang dah dapat data open, high, low dan close bagi hari selepas data BTST.

Pening tak?

Macam ni, lepas dah merge, kitanya dalam excel kita ada data BTST (contoh hari jumaat bersamaan 5hb) dan data open, high, low dan close bagi data di Mplus (contoh hari isnin bersamaan 8hb)

Rujuk gambar excel di bawah ni.

Column B dan C adalah data bagi BTST.

Bagi column F sehingga I adalah data dari Mplus.

Kemudian nak buat apa?

Disebabkan kita nak tahu performance screener ini maka kena tambah beberapa column.

Antaranya:

1. Perubahan (Change) nilai close bagi data di BTST iaitu hari jumaat bersamaan 5hb dan data di Mplus pada hari isnin bersamaan 8hb.

Formulanya, nilai close 8 hb tolak nilai close 5 hb.

2. Peratus perubahan (Change %)

Formulanya, nilai change bahagi dengan nilai close 5 hb.

3. Nilai satu lot pada hari jumaat (5hb)

Formulanya, 100 darab dengan nilai close 5 hb.

Kenapa darab 100?

Sebab 1 lot bersamaan 100 unit.

4. Nilai satu lot pada hari isnin (8hb)

Formulanya, 100 darab dengan nilai close 8 hb.

Fuhhh! panjang betul step.

Alhamdulillah, dah siap!

Setelah masukkan formula, inilah hasilnya.

Kena ingat data ini adalah perbandingan di antara hari jumaat iaitu 5 hb dan hari isnin iaitu 8hb.

Seperti yang saya katakan di atas, Team Mahersaham dah sediakan video.

Jom tonton video ini untuk lebih memahami tajuk kali ini.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Anda masih belum ada akaun CDS? Klik sini untukย buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Saya selalu ingatkan bahawa nak belajar ilmu saham kena konsisten.

Bagi memudahkan korang belajar, Mahersaham ada menyediakan video pembelajar secara percuma.

Klik tonton video Asas Saham.

Semoga bermanfaat!

Similar Posts